CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berjaya Tagih Hutang Lepas Kongsi Gambar Bomoh Kepada Rakan

24-7-2023 09:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1237| Komen: 16

Petaling Jaya: Gara-gara culas untuk membayar hutang sehingga makan tahun, seorang lelaki akhirnya berjaya menuntut hampir separuh wang yang dipinjamkan setelah berkongsi gambar bomoh kepada rakannya melalui aplikasi Whatsapp.


Hal berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter petang tadi dan dia mendakwa tindakan sedemikian terpaksa diambil kerana sudah tiada pilihan serta jalan lain untuk menagih hutangnya.


Menerusi ciapan yang mengandungi isi perbualan di Whatsapp bersama rakannya, difahamkan rakannya telah meminjam wang bernilai RM9,000 sejak dua tahun lalu.

“Salam bro! Aku harap kau langsaikan hutang, penat dah nak ingatkan. Dekat dua tahun ni kalau kau betul susah, aku tiada masalah nak halalkan tetapi hari-hari ‘update’ ubah suai kereta dan makan sedap-sedap. Kau ada nama tak tergamak aku nak busukkan.

“Masa kau susah aku ada, bukan nak ungkit. Whatsapp kena palau dm kena palau. Dah habis baik aku minta ni dah macam mengemis duit sendiri.


“Harap bagi kerjasama. Dua tahun baru bayar RM150, baki RM8,850,” tulisnya dalam perbualan berkenaan.

Tangkap layar perbualan bersama rakannya yang dikongsikan di Twitter.

Justeru, ciapan berkenaan meraih perhatian ramai apabila rakannya dengan segera membayar hutang setelah lelaki berkenaan menghantar sekeping gambar seorang bomoh yang seolah-olah sedang melakukan mantera.

“Hantar nombor akaun, aku dapat bayar RM4,000 dulu. Baki aku bayar bulan depan boleh ke?,”tanya rakannya.

Setelah melihat perkongsian terbabit, ramai berpendapat tindakan lelaki terbabit berkesan bagi mereka yang liat membayar hutang sehingga pemberi hutang terpaksa menagih berkali-kali.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 25-7-2023 08:18 AM
susah btl la jd org yg bg pinjam duit ni... tiba2 nk kena mengemis duit sndri pula
Quote rospinki 25-7-2023 08:30 AM
2 3 harini asik dengar org ckp pasal bomoh jah. dalam porem pon ada bukak tred pasal bomoh. cerita yg aku dengar kesahnya kawan pada si polan tu tgh sakit skrg ni sebab kena santet tapi tak tau sapa menyantet org baik2 katanya. pastu mcm kena tempias org nk santet org lain terkena dia bole ke jadigitu? bole jadi kawan socmed zmn ni jam gambar kita bersepah main pasing2 jah kejap je org nk buat. nauzubillahiminzalik.. walo apa tujuan adalah dosa besar melakukan sihir dan syirik kepada Allah swt.
Quote xtravaganza 25-7-2023 09:50 AM
Aku pon ada kenalan/kawan perangai mcmni.

Aku plak rs malu nk mntk duit aku blk padahal ko yg meminjam.. klu time nk meminjam tu, kerap la ko tnya bnyk2 kali..bab pulang, hurmphhhh semua pon lupa.
Quote kuzaime 25-7-2023 04:12 PM
xtravaganza replied at 25-7-2023 09:50 AM
Aku pon ada kenalan/kawan perangai mcmni.

Aku plak rs malu nk mntk duit aku blk padahal ko yg memi ...

Aku lagilah sadis, no tel dia pun sampai dah x active, fb ig lama x berupdate. Nak cakap dh mati tau dia hidup aje lagi
Quote xtravaganza 25-7-2023 04:46 PM
kuzaime replied at 25-7-2023 04:12 PM
Aku lagilah sadis, no tel dia pun sampai dah x active, fb ig lama x berupdate. Nak cakap dh mati t ...

Eeee…jenis ape la manusia mcmni.. muka kulit tebal tu satu hal.. tido tu blh lena yea mnganiya org.

Chuols xde kawan same cycle dgn org pinjam xreti byar blk ni utk mntk srh pulangkan duit chuols ke?
Quote kuzaime 25-7-2023 11:11 PM
xtravaganza replied at 25-7-2023 04:46 PM
Eeee…jenis ape la manusia mcmni.. muka kulit tebal tu satu hal.. tido tu blh lena yea mnganiya or ...

Pernah pm secara random aje dlm 2-3 orang, hmm rupanya si polan ni mmg suka berhutang. Semua sama reason sebab bercerai, laki x bagi nafkah anak blablabla.
Masa nak meminjam manisss aje mulut janji sekian2 tarikh, tup2 masuk 3 tahun dah pun
Quote xtravaganza 26-7-2023 08:40 AM
Edited by xtravaganza at 26-7-2023 08:42 AM

<double posting >
Quote xtravaganza 26-7-2023 08:41 AM
kuzaime replied at 25-7-2023 11:11 PM
Pernah pm secara random aje dlm 2-3 orang, hmm rupanya si polan ni mmg suka berhutang. Semua sama  ...

Cetttt…mcm xdpt blk je.

Kwn iols tu dia mntk pnjm lg even hutang lama xbyor so iols ckp gini lbh kurang “ aku xleh bg ko pinjam dh tp hutang lama ko, aku halalkan”

Pstu any money lending related, iols xlayan dh
Quote Yoonggi 26-7-2023 09:30 AM
sbb tu aku limit nk bg pinjam duit ni. kwn pun boleh gadoh psl duit.
Quote myclass 26-7-2023 04:08 PM
hahhahahah seram weyh, tp tula ade juga member buat donno jee bile kita message die, mcm pelik sape hutang sapa tah hahahahaaha
Quote johan-adx 26-7-2023 04:24 PM
bjaya dia guna taktik ni
br dia tau takut sikit
Quote bbi25 26-7-2023 08:18 PM
Haha menjadi ye. Boleh pakai juga tips ni. Yang memerlukan sangat duit tu better layari AMarkets. Duduk saje dekat rumah pun duit masuk tau.
Quote kuzaime 26-7-2023 09:27 PM
xtravaganza replied at 26-7-2023 08:41 AM
Cetttt…mcm xdpt blk je.

Kwn iols tu dia mntk pnjm lg even hutang lama xbyor so iols ckp gini lb ...

Itulah, cam gelap aje harapan utk dapat balik duit tu
Pengajaran jugak, kawan mcm manapun, x nak dah bagi pinjam. Bagi pinjam + x bayar = putus kawan terus
Quote xtravaganza 27-7-2023 08:00 AM
kuzaime replied at 26-7-2023 09:27 PM
Itulah, cam gelap aje harapan utk dapat balik duit tu
Pengajaran jugak, kawan mcm manapun, x nak ...

Betul.. sb duit pon keluarga berantakkan inikan plak kawan weii..

Lps ni klu ada yg mntk, baca pastu wat tak taw jela..
Quote kuzaime 27-7-2023 02:08 PM
xtravaganza replied at 27-7-2023 08:00 AM
Betul.. sb duit pon keluarga berantakkan inikan plak kawan weii..

Lps ni klu ada yg mntk, baca pa ...

Betul2, bab2 duit ni jangan kata kwn2, tp saudara mara, ipar duai, adik beradik, sampai ke mak bapak pun kadang boleh berantakan
Quote chiyoasuka 27-7-2023 10:19 PM
yg nak tagih hutang maybe boleh try tips ni

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.212363 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top