CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Alat Sulit Lelaki Gay Berbau Busuk, Bernanah & Mengelupas, Bawa 30 Pasangan Seks Untuk 'Check' Darah

23-7-2023 07:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1481| Komen: 12

Seorang wanita memuat naik di TikTok satu perkongsian mengenai salah seorang pesakitnya yang dijangkiti HIV.

Menurut doktor berkenaan, semuanya bermula apabila dia ditukarkan ke sebuah klinik kesihatan di kawasan kampung. Dia menerima seorang pesakit lelaki yang disahkan menghidap penyakit jangkitan kelamin.



"Awal tahun ini, saya ditukarkan ke sini. Kawasan ini semua penduduk ialah orang Melayu dan beragama Islam. Kes awal saya mengenai penyakit jangkitan kelamin atau lebih dikenali sebagai STD. Pesakit saya seorang lelaki muda, kacak dan sado. Agak kekok untuk kami bersembang dan dia mohon untuk berjumpa staf lelaki.

"Kebetulan pada hari tersebut, satu-satunya staf lelaki di situ mengambil cuti panjang. Jadi pesakit itu terpaksa berjumpa dengan saya. Wajahnya tidak dapat menahan kesakitan pada waktu tersebut. Dia terpaksa berterus terang dan memberitahu bahawa saluran kencingnya sakit dan pedih," katanya.


Tidak mempunyai alternatif yang lain, pesakit berkenaan terpaksa akur dan terpaksa menunjukkan alat kelaminnya untuk tujuan pemeriksaan.

Sebaik sahaja seluar ditanggalkan, satu bilik bau busuk. Alat kelaminnya bengkak, mengelupas dan bernanah.

Tambah doktor yang enggan identitinya didedahkan, pesakit tersebut menafikan pernah melanggan pelacur. Bagi memulakan proses rawatan, sampel darah telah diambil dan suntikan ubat bagi penyakit kelamin turut diberikan.

"Saya beri dia ubat untuk makan dekat rumah juga sebelum kembali ke klinik untuk mengetahui keputusan ujian darah. Sebaik sahaja keputusan keluar, pesakit tersebut positif HIV. Pesakit berkenaan menangis dan akhirnya membuat pengakuan bahawa dia seorang gay.

"Bila ditanya berapa ramai pasangan, lelaki itu berkata terlalu ramai. Saya suruh dia ajak mereka semua lakukan pemeriksaan dan buat ujian darah. 

"Meriah klinik saya apabila 30 orang lelaki hadir untuk melakukan ujian darah. Kesemua mereka pernah melakukan seks dengan pesakit tersebut," katanya.

Ujar doktor itu lagi, daripada semua yang datang, hanya seorang sahaja positif HIV. Terbaru, doktor tersebut memberitahu ada seorang remaja berusia 16 tahun datang untuk mendapatkan rawatan STD. 

Sebagai seorang doktor, beliau berharap ujian darah remaja tersebut negatif.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tiggybiru 23-7-2023 11:00 PM
Doktor kena berubah..tak perlu karang kes pesakit dalam sosial media semata-mata untuk meraih view content yang tinggi..
Quote DeLuna85 23-7-2023 11:38 PM
Hmmm.. naya sampai 30 org
Quote esbok 24-7-2023 08:41 AM
Inilah hikmah nya, tak boleh seks bebas, dah tu kuman di dubur pula, alahai
Quote KamikuP 24-7-2023 09:13 AM
Mcm dah baca cerita ni..kat kg tu ada kenduri orgy ke sampai 30 org dtg test HIV noks? ekekeke
Quote koko12 24-7-2023 10:19 AM
Amarkets ada menyediakn webinar belajar membaca carta dengan tepat. Barulah sharp entry korang nanti!
Quote mamajawie 24-7-2023 01:53 PM
hamboih..kinkynya smpai sekampung menoron heshe ni?hensem sgt ke yachhhh???i yg muka ada manis skit pun takde la jejans beratur nk kt iollsss..uhuk3
Quote shark_eow7 24-7-2023 03:46 PM
baru sembang dgn anak sedara semalam. terkejut ade kt pekan kecik igtkan takde benda2 camtu... rupanya ade... benda gini mmg dah spread all around rasanya.
Quote Lolalala 25-7-2023 10:36 AM
mamajawie replied at 24-7-2023 01:53 PM
hamboih..kinkynya smpai sekampung menoron heshe ni?hensem sgt ke yachhhh???i yg muka ada manis skit  ...

Rasa org kampung luar pun dia panggil datang cek up kat situ kot sebab Dr tu tau kes dia.
Quote sagiman91 25-7-2023 11:17 AM
cerita tah betul atau tidak...

30org satu kampung dah boleh KKM isytihar "Epidemik" di kawasan tuh... mmg kena Lockdown satu kampung.

ni betul2 doktor ker sapa yang buat citer nih...

bullshito0...
Quote trisnalovezul 25-7-2023 12:56 PM
esbok replied at 24-7-2023 08:41 AM
Inilah hikmah nya, tak boleh seks bebas, dah tu kuman di dubur pula, alahai

gro asing layang laki rmai ok aja sihat..kerna itu perlukan perlindungan dan pengetahuan
Quote esbok 25-7-2023 03:48 PM
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:56 PM
gro asing layang laki rmai ok aja sihat..kerna itu perlukan perlindungan dan pengetahuan

hm... i'll pass
Quote chiyoasuka 31-7-2023 08:05 AM
hmmm ntah btl ka tdk cerita ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.219868 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top