Tular sebuah kisah sedih lima beranak yang teruja ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha namun moodnya bertukar suram apabila mengetahui mereka sebenarnya tersalah membeli tiket.
Kisah sedih itu yang dikongsikan di Facebook Rahman Nanyan, dipercayai berlaku di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hari ini. “Sebuah keluarga, mak dan ayah dengan tiga orang anak yang mana anak bongsu mereka masih berbedung. Mereka kelam kabut turun ke platform untuk ke Johor Bahru. “Ayah pikul beg besar, abang pegang tangan adik dan si ibu pula dukung bayi. Berlari satu keluarga takut tertinggal bas. “Setibanya di pintu pelepasan, nama dan tiket mereka tidak sah. Bila disemak, tiket mereka adalah esok,” katanya. Sehubungan itu, Rahman berkata, wajah si bapa terus berubah mendengar perkara tersebut dan menyedari dia telah membuat kesilapan.
“Si ibu pula terus duduk, mungkin kepenatan dukung anak bongsu. Ayah masih duduk termenung dan anak-anak masih melambai setiap bas yang lalu kerana terlalu seronok nak balik kampung,” ujarnya. Dalam pada itu, kata Rahman, dia sempat mendengar kata-kata si ibu kepada suaminya yang cuba menenangkan keadaan. Justeru, tambahnya, lelaki tersebut kemudian terpaksa berterus-terang dengan anak-anaknya bahawa tiket yang dibeli sebenarnya dijadualkan pada esok. “Anak-anak yang teruja terus berubah suram, namun mereka tidak menangis,” jelasnya. Sehubungan itu, rata-rata ramai mendoakan agar urusan keluarga itu dipermudah selain kisah tersebut turut menggamit kenangan bagi mereka yang pernah melalui situasi yang sama. Sumber: KOSMO! ONLINE |
chocobozhere replied at 29-6-2023 08:25 PM
Baca kt twitter ramai tak percaya cerita ni sebab katanya nak masuk dalam tu pun dorg akan cek tiket ...
jebatmaspunyer replied at 30-6-2023 12:47 PM
Aku rasa dia maksudkan pintu boarding kat eskalator tu kot. Y mmg kena scan tiket sebelum boleh tu ...
ADVERTISEMENT