CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hobi Mahal Pemandu Honda City Yang Menyusahkan Orang Lain!

29-6-2023 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1645| Komen: 23

Description: Hobi mahal yang menyusahkan orang lain membuat pemandu Honda City dikecam berjemaah.Dalam perkongsian di TikTok yang dikongsi semula pengguna Twitter, kenderaan yang diubah suai itu menjadi punca kese ...
Hobi mahal yang menyusahkan orang lain membuat pemandu Honda City dikecam berjemaah.

Dalam perkongsian di TikTok yang dikongsi semula pengguna Twitter, kenderaan yang diubah suai itu menjadi punca kesesakan di kompleks parkir bertingkat di sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya, Pulau Pinang.




Dalam video tular itu, sebuah kereta Honda City dengan bumper hadapan yang direndahkan dilihat teragak-agak untuk menuruni tanjakan (ramp) kerana risau kenderaannya akan menyagat permukaan simen.

Kereta itu diperhatikan mundar-mandir ke hadapan dan ke belakang untuk mencari kedudukan yang terbaik demi menyelamatkan badan kenderaannya daripada mengalami kesan calar.



Tindakan pemandu Honda City itu dikecam warga maya kerana menjadi punca pemandu lain di belakangnya terpaksa menunggu dan masa terbuang begitu sahaja.

Ada juga warganet lain mengatakan insiden serupa juga turut berlaku ketika berhadapan dengan bonggol di jalan raya.






Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 29-6-2023 11:20 AM
lepas geng myvi king, geng honda plak jadik sasaran, tahniah semua
Quote Belibis 29-6-2023 11:30 AM
Ok lagi berbanding 4x4 yang langsung taknak turun tepi bila selisih kat jalan sempit.pegun jer kat tengah,kita pulak yang sagat tar.
Quote OshinDaSolja 29-6-2023 05:16 PM
kereta lowered mmg nmpak smart tapi siap sedia la bila nk lalu bumper dan turun curam mcm ni... confirm sagat depan
Quote OshinDaSolja 29-6-2023 05:17 PM
kereta lowered mmg nmpak smart tapi siap sedia la bila nk lalu bumper dan turun curam mcm ni... confirm sagat depan
Quote hashashes 29-6-2023 06:28 PM
Aku ada sorang pakcik, kalau nak naik kete dia dia akan tengok kita gemuk ke kurus, sebab kete dia lowered gila so kalau berat sangat nanti kalau lalu kat bonggol akan bergeser. Haha ni cite dulu lah masa aku kecik2, vodo betul baca tered ni teringat kat dia
Quote SalenaGomez 29-6-2023 09:26 PM
Gigih turun keta nak merakam
Quote SalenaGomez 29-6-2023 09:27 PM
hashashes replied at 29-6-2023 06:28 PM
Aku ada sorang pakcik, kalau nak naik kete dia dia akan tengok kita gemuk ke kurus, sebab kete dia l ...

Mesti pernah happen org kena turun dr keta dia kan
Quote teen_angelJB 29-6-2023 10:05 PM
Semua lowered pun cmni.. Termasuk keta laki aku.. Haha..
Mmg tebalkn muka je kalau lalu bump ke hape..
Sebb aku mmg akan amik. Masa utk lalu.. Haha
Padan muka org belakang
Quote hashashes 29-6-2023 11:42 PM
SalenaGomez replied at 29-6-2023 09:27 PM
Mesti pernah happen org kena turun dr keta dia kan

Takde kejam sampai camtu sg, cuma dia akan membebel2 je lah haha
Quote SalenaGomez 29-6-2023 11:44 PM
hashashes replied at 29-6-2023 11:42 PM
Takde kejam sampai camtu sg, cuma dia akan membebel2 je lah haha

Maksud SG bila lalu kat bonggol jalan tu, dia minta turun dulu, lepas lalu bonggol baru masuk keta balik
Quote kotakominami 30-6-2023 04:28 AM
Kalau rumah taman satu keje plak nk hadap bonggol ulang alik...
Quote isseliparjepun 30-6-2023 09:55 AM
Yang lowered ni duk padankan muka orang belakang? Please lah why you have to be so selfish.
Quote kucingitam 30-6-2023 10:46 AM
kalau aku kat blkg dia mmg aku hon panjang2..hahah...lps tu mesti ada yang sambung2 hon..biar kau stress..padan muka
Quote mizruncing 30-6-2023 11:13 AM
mmg cam hanat pn sapa pakai kete ni. terpaling H sangat.. aku baru kena mgu lepas kt tol gombak. dah la ko potong q pas tu dgn x bg signal nak sondol2 org. bila hon x puas hati sepanjang jalan
Quote green~tea 30-6-2023 11:47 AM
geng2 myvi king & honda city mmg le puak2 poser ....... (sila sambung sendiri)
Quote insulin 1-7-2023 08:31 PM
Honda Shitty
Quote Jitu 1-7-2023 09:53 PM
tujuan lowered nak bg center gravity rendah
klu setakat pakai kereta utk daily drive tak payah la menyusahkan je bt lowered ni
Quote MissVixen 2-7-2023 01:41 AM
Lowered tapi nak naik dari 0 ke 100 pun lembab. Bunyi ekzos je lebih. Bukannya ada turbo pun.
Quote MissVixen 2-7-2023 01:43 AM
teen_angelJB replied at 29-6-2023 10:05 PM
Semua lowered pun cmni.. Termasuk keta laki aku.. Haha..
Mmg tebalkn muka je kalau lalu bump ke hape ...

Rempitnya perangai. Sendiri pilih nak lowered kan kereta dan menyusahkan pengguna jalan raya lain, sendiri nak padankan muka orang belakang. Selfish.com

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051809 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top