Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Hartal Doktor Kontrak (HDK), Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) dan Malaysian Medics International (MMI) menerusi satu kenyataan, hari ini menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik kenyataan berhubung elaun tugas atas panggilan (ETAP) untuk pegawai perubatan sebagai maklumat yang salah.
Jelasnya, elaun ETAP atau EKLWBB (elaun kerja luar waktu bekerja biasa) RM220 adalah untuk tugas atas panggilan hari hujung minggu dan bukan hari bekerja. Katanya lagi, ayat ‘ETAP dibayar berdasarkan 15 jam sehari’ adalah tidak betul kerana terdapat 24 jam pada hari Sabtu dan Ahad. “Misalnya, pegawai atas panggilan yang bertugas pada hari Sabtu dikehendaki bekerja dari 8 pagi hari Sabtu hingga ke 8 pagi hari Ahad. KKM harus menarik balik kenyataan tersebut dengan serta-merta dan menyatakan kekesalan terhadap pegawai perubatan Malaysia atas kesilapan fakta yang telah berlaku.
“KKM harus lebih prihatin terhadap kebajikan doktor dan mengambil inisiatif dalam perbincangan isu-isu tersebut dengan persatuan-persatuan yang mewakili pegawai perubatan sebelum mengeluarkan kenyataan yang kurang tepat,” katanya. Terdahulu, KKM menafikan kaedah pengiraan pembayaran Elaun ETAP bagi pegawai perubatan adalah untuk tempoh 24 jam sehari sebaliknya pengiraan sebenar hanya mengambil kira 15 jam sehari. Menurut KKM, ETAP mengambil kira tempoh tugas atas panggilan itu selepas waktu bekerja biasa. “Pengiraan yang dibuat dengan membahagiakan RM220 (kadar ETAP aktif hari kelepasan am dan mingguan bagi pegawai perubatan) kepada 24 jam sehari (RM9.16 sejam) adalah tidak tepat kerana ETAP dibayar berdasarkan 15 jam sehari mengambil kira tempoh tugas atas panggilan selepas waktu bekerja biasa. “Pembayaran ETAP itu adalah berdasarkan tempoh pegawai diarah bertugas atas panggilan (minimum empat jam bertugas) dan tidak termasuk waktu bekerja biasa pegawai,” jelas KKM sebelum ini. Dalam masa yang sama, KKM turut memberi contoh pengiraan dibuat bagi keseluruhan gaji dan elaun lain termasuk ETAP. “Sebagai contoh Dr. Ali, seorang pakar perubatan gred UD52 menerima gaji (gaji pokok dan elaun tetap bulanan) sebanyak RM17,299 dan juga diarah untuk melakukan tugas atas panggilan secara aktif di hospital,” ujarnya. Bagaimanapun, perkara itu diselar kembali dengan menegaskan contoh tersebut tidak realistik dan sangat jauh dari situasi yang dihadapi oleh kebanyakan pegawai dan pakar perubatan. “Adalah tidak logik untuk Pakar Perubatan UD52 memiliki gaji sebanyak yang ditunjukkan. KKM perlu memberikan perincian RM17,299 ini dengan slip gajinya. Berdasarkan jadual tangga gaji minimum-maksimum, seseorang pegawai atau pakar perubatan UD52 hanya akan dapat gaji RM17,299 selepas berada selama 22 tahun di gred yang sama (contoh yang tidak mungkin berlaku). “Contoh ini yang mengambil gaji maksimum untuk justifikasi gaji pegawai perubatan pada awal tangga gajinya adalah salah dan akan mengelirukan orang awam. KKM telah memberi persepsi yang salah terhadap pegawai perubatan,” ujarnya. Menurut kenyataan itu lagi, penglibatan persatuan-persatuan dan badan-badan yang mewakili pegawai perubatan adalah sesuatu yang wajib dalam pengkajian semula ETAP dan elaun-elaun pegawai perubatan agar setimpal dengan waktu bekerja dan tugas hakiki. “Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam bersama KKM harus prihatin terhadap kebajikan pekerja-pekerja dalam bidang kesihatan negara kita, dan seterusnya membuat pelarasan gaji dan elaun sekurang kurangnya setiap lima tahun,” ujarnya. Sumber: UTUSAN |
adizero11 replied at 28-6-2023 08:06 AM
PTD gred M52 pun gaji dan elaun around rm10k jerrr..rm17k sekali elaun tu utk gred JUSA ke atas jer. ...
kemaruk replied at 28-6-2023 08:51 AM
Teringat zaman LGE jadi menkew dulu
Main hentam je letak SST
ADVERTISEMENT