CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1159|Reply: 10

Kenyataan Tak Betul, KKM Digesa Tarik Balik Kenyataan

[Copy link]
Post time 27-6-2023 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Hartal Doktor Kontrak (HDK), Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) dan Malaysian Medics International (MMI) menerusi satu kenyataan, hari ini menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik kenyataan berhubung elaun tugas atas panggilan (ETAP) untuk pegawai perubatan sebagai maklumat yang salah.


Jelasnya, elaun ETAP atau EKLWBB (elaun kerja luar waktu bekerja biasa) RM220 adalah untuk tugas atas panggilan hari hujung minggu dan bukan hari bekerja.


Katanya lagi, ayat ‘ETAP dibayar berdasarkan 15 jam sehari’ adalah tidak betul kerana terdapat 24 jam pada hari Sabtu dan Ahad.




Gambar hiasan - Kosmo




“Misalnya, pegawai atas panggilan yang bertugas pada hari Sabtu dikehendaki bekerja dari 8 pagi hari Sabtu hingga ke 8 pagi hari Ahad. KKM harus menarik balik kenyataan tersebut dengan serta-merta dan menyatakan kekesalan terhadap pegawai perubatan Malaysia atas kesilapan fakta yang telah berlaku.


“KKM harus lebih prihatin terhadap kebajikan doktor dan mengambil inisiatif dalam perbincangan isu-isu tersebut dengan persatuan-persatuan yang mewakili pegawai perubatan sebelum mengeluarkan kenyataan yang kurang tepat,” katanya.


Terdahulu, KKM menafikan kaedah pengiraan pembayaran Elaun ETAP bagi pegawai perubatan adalah untuk tempoh 24 jam sehari sebaliknya pengiraan sebenar hanya mengambil kira 15 jam sehari.


Menurut KKM, ETAP mengambil kira tempoh tugas atas panggilan itu selepas waktu bekerja biasa.


“Pengiraan yang dibuat dengan membahagiakan RM220 (kadar ETAP aktif hari kelepasan am dan mingguan bagi pegawai perubatan) kepada 24 jam sehari (RM9.16 sejam) adalah tidak tepat kerana ETAP dibayar berdasarkan 15 jam sehari mengambil kira tempoh tugas atas panggilan selepas waktu bekerja biasa.


“Pembayaran ETAP itu adalah berdasarkan tempoh pegawai diarah bertugas atas panggilan (minimum empat jam bertugas) dan tidak termasuk waktu bekerja biasa pegawai,” jelas KKM sebelum ini.


Dalam masa yang sama, KKM turut memberi contoh pengiraan dibuat bagi keseluruhan gaji dan elaun lain termasuk ETAP.


“Sebagai contoh Dr. Ali, seorang pakar perubatan gred UD52 menerima gaji (gaji pokok dan elaun tetap bulanan) sebanyak RM17,299 dan juga diarah untuk melakukan tugas atas panggilan secara aktif di hospital,” ujarnya.


Bagaimanapun, perkara itu diselar kembali dengan menegaskan contoh tersebut tidak realistik dan sangat jauh dari situasi yang dihadapi oleh kebanyakan pegawai dan pakar perubatan.


“Adalah tidak logik untuk Pakar Perubatan UD52 memiliki gaji sebanyak yang ditunjukkan.  KKM perlu memberikan perincian RM17,299 ini dengan slip gajinya. Berdasarkan jadual tangga gaji minimum-maksimum, seseorang pegawai atau pakar perubatan UD52 hanya akan dapat gaji RM17,299 selepas berada selama 22 tahun di gred yang sama (contoh yang tidak mungkin berlaku).


“Contoh ini yang mengambil gaji maksimum untuk justifikasi gaji pegawai perubatan pada awal tangga gajinya adalah salah dan akan mengelirukan orang awam. KKM telah memberi persepsi yang salah terhadap pegawai perubatan,” ujarnya.


Menurut kenyataan itu lagi, penglibatan persatuan-persatuan dan badan-badan yang mewakili pegawai perubatan adalah sesuatu yang wajib dalam pengkajian semula ETAP dan elaun-elaun pegawai perubatan agar setimpal dengan waktu bekerja dan tugas hakiki.


“Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam bersama KKM harus prihatin terhadap kebajikan pekerja-pekerja dalam bidang kesihatan negara kita, dan seterusnya membuat pelarasan gaji dan elaun sekurang kurangnya setiap lima tahun,” ujarnya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade lettew corp comm officer kna bambu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaliha ni mmg bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak competent betul buat kerja carca marba
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya gaji Dr Ali.. rupanya tak masuk dek akal gaji cenggitu..

Rasanya kiraan elaun tu betui. Lepaih waktu bekerja, termasuk waktu bekerja wiken. Bknnya lepaih waktu keje weekday jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 08:06 AM | Show all posts
PTD gred M52 pun gaji dan elaun around rm10k jerrr..rm17k sekali elaun tu utk gred JUSA ke atas jer..lain laa menteri xpyh susah2 interview sana sini..bergolek tengah jalan pun boleh makan basic gaji rm14k..elaun2 pn nk dekat rm20k..xpyh kerja sampai umur 60 pn dh dpt pencen..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2023 08:42 AM | Show all posts
kesian doctor, kerja teruk gaji ciput....adik meols dulu2 cita2 nak jadi doctor, meols bantah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
9 hengget / hour je rate gaji doc time on call? Laaaaa. Nasib aku tak jadi doc. Penat2 belajar gitu je gaji. Patut on call tu la bayar lebih at least 100/hour.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat zaman LGE jadi menkew dulu

Main hentam je letak SST

Begitulah cincainye dorang uruskan negara ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
adizero11 replied at 28-6-2023 08:06 AM
PTD gred M52 pun gaji dan elaun around rm10k jerrr..rm17k sekali elaun tu utk gred JUSA ke atas jer. ...

Doktor pakar elaun pakar je dah rm3k. Boleh jd total semua rm17k cmpur elaun2 lain lg. Tp yg bodoh nye kkm ninorg cerita elaun pegawai perubatan bkn pakar
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 28-6-2023 08:51 AM
Teringat zaman LGE jadi menkew dulu

Main hentam je letak SST

Org melayu je tasub ckp cina ni pandai. Ada pakar perubatan keluarga tmpt aku cina tp baik la boleh dia ckp forlax tu utk kencing manis. Ke aku yg salah @axl_batch
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064812 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list