CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 34145|Reply: 45

[Jenayah] 'Sebat je', netizen puas hati keputusan makamah Syed Saddiq

[Copy link]
Post time 23-9-2024 02:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 30-11-2024 04:15 AM



“Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah tidak munasabah seorang pemimpin sayap parti politik tidak mengetahui pengeluaran wang yang banyak daripada akaun sayap parti.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menolak pembelaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyatakan beliau tidak mengetahui transaksi pengeluaran wang RM1 juta daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).


Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid turut tidak bersetuju dengan keterangan Ahli Parlimen Muar itu bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai jumlah sebenar wang yang dikeluarkan.


Beliau sebaliknya berpendirian, tindakan Syed Saddiq, 31, selaku Ketua Armada (ketika itu) yang juga salah seorang pemegang amanah akaun yang mengarahkan pengeluaran RM1 juta tanpa kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, merupakan satu kesalahan pecah amanah.


Pada hemat hakim berkenaan, tindakan menyimpan dan membahagikan wang tunai yang dikeluarkan tanpa diletakkan di tempat yang selamat di pejabat Armada juga menimbulkan satu inferens niat jahat di pihak tertuduh.


“Penafian tertuduh bahawa beliau mempunyai pengetahuan tentang penyimpanan dan kegunaan wang tersebut merupakan sesuatu yang sukar diterima akal,” demikian menurut alasan penghakiman yang diperoleh oleh pihak media melalui laman web mahkamah, hari ini.


MalaysiaGazette




----------------------------

Saya dan Rafiq Hakim mengeluarkan wang tunai berjumlah RM1 juta daripada akaun rasmi Armada pada 6 Mac 2020 atas arahan YB Syed Saddiq


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengarahkan wang tunai berjumlah RM1 juta dikeluarkan daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) kerana bimbang berlaku pertukaran pucuk pimpinan sayap parti itu.



Bekas Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, 32, berkata, beliau pernah dimaklumkan oleh Syed Saddiq bahawa duit dalam akaun Armada Pusat (CIMB) merupakan hasil titik peluhnya mencari sumbangan dan beliau berhak untuk menggunakan duit itu sepenuhnya.

Menurut Pegawai Khas kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin itu, satu perjumpaan diadakan di rumah Syed Saddiq yang terletak di Petaling Jaya, Selangor pada awal Mac 2020.


"Perjumpaan itu dihadiri oleh saya dan Rafiq Hakim Razali (Penolong Bendahari Armada) dan dalam perjumpaan itu, YB Syed Saddiq dan kami ada berbincang mengenai pertukaran kerajaan dan kedudukan Armada dalam kerajaan kerana YB Syed Saddiq berada dalam blok pembangkang bersama-sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.


"YB Syed Saddiq telah mengarahkan Rafiq Hakim dan saya supaya mengeluarkan wang daripada akaun Armada Parti Bersatu secara tunai berjumlah RM1 juta," katanya.


Ahmad Redzuan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram.


Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata, Syed Saddiq mengatakan wang itu perlu dikeluarkan daripada akaun untuk kegunaan bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai Ketua Armada Bersatu sekiranya berlaku pergolakan dalam Armada melalui program-program melibatkan sayap parti itu.


Menurut saksi, Syed Saddiq hanya memanggil beliau dan Rafiq Hakim kerana mereka pemegang amanah dan penandatangan cek CIMB Bank Armada Pusat dan perbincangan itu hanya diketahui oleh mereka bertiga sahaja
.

"Semasa YB Syed Saddiq mengarahkan saya dan Rafiq Hakim mengeluarkan wang itu, beliau tidak ada memberitahu saya dan Rafiq Hakim bahawa pengeluaran wang tunai RM1 juta ini telah mendapat kebenaran atau tidak daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu," katanya yang turut memaklumkan Syed Saddiq ada memberitahu wang itu dikeluarkan untuk kegunaan parti.


Saksi itu berkata semasa di dalam bank, Rafiq Hakim ada bertanya kepadanya, "tahu tak duit ni nak simpan kat mana?" dan beliau jawab "aku cadangkan duit ni kita simpan kat rumah Mohd Daniel kerana kat rumah dia ada peti besi".


Menurut Ahmad Redzuan, Rafiq Hakim bersetuju dengan cadangannya dan setelah wang itu dikeluarkan, Rafiq Hakim membawa wang yang diisi dalam sebuah beg ke rumahnya sebelum diberikan kepada Mohd Daniel.


Ahmad Redzuan berkata, beliau mengetahui arahan daripada Syed Saddiq adalah satu kesalahan selepas dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Jun 2020 kerana melanggar Fasal 24 Perlembagaan Bersatu.


Ahmad Redzuan berkata, menurut Fasal 24 itu, Bendahari Agung hanya dibenarkan menyimpan wang tunai runcit tidak melebihi RM50,000 pada satu-satu masa dan wang itu mestilah disimpan di tempat yang selamat di dalam Pejabat Berdaftar untuk kegunaan perbelanjaan runcit parti.


Katanya, perbelanjaan yang melebihi RM500,000 pada satu-satu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperoleh terlebih dahulu daripada Majlis Pimpinan Tertinggi.


"Saya sahkan YB Syed Saddiq sendiri tidak boleh mengeluarkan wang tunai daripada akaun CIMB Bank atas nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada Pusat) tanpa mengarahkan saya dan Rafiq Hakim mengeluarkannya.


"Berhubung dengan isu RM1 juta itu, walaupun kelulusan dikeluarkan oleh YB Syed Saddiq kepada saya dan Rafiq Hakim untuk mengeluarkan wang bagi mengukuhkan kedudukannya, ianya melanggar etika tatacara pengeluaran wang daripada akaun Armada," katanya dan menambah walaupun mengetahui terdapat perlanggaran tatacara pengeluaran wang, beliau terpaksa akur dengan arahan Syed Saddiq memandangkan kapasiti beliau sebagai Ketua Armada dan juga Ahli Parlimen Muar.


Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.


Astro Awani










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2024 12:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik... Najib bley?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah hapa2 klau ada pertukaran dlm parti or kerajaan pun apa hak engko nak angkut duit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ongtua kerepot yang sakau bilion2 rilek je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengki la tu kalau parti bertukar pemimpin dia takut orang baru guna duit sewenangnya hasil titik peluh dia kononnya. Padahal itu sumbangan orang kot..duit persatuan bukan hak kau. Kau turun takhta pun bukan bawak sekali duit2 masa kepimpinan kau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 23-9-2024 08:05 AM

sebat??? damn berbirat montot dah la muda lagi
iols dah cakap dulu saddiq ni bukan cerdik pon, jadi toy je pada atuk untuk political move..baik kau sambung study kat harvad ke mana dulu, kot2 balik jadi cerdik sikit
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tashabar nak lehat bontot gebus syed saddiq sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 23-9-2024 08:17 AM
sebat??? damn berbirat montot dah la muda lagi
iols dah cakap dulu saddiq ni bukan cerdik pon, jad ...

Belajar pandai2 pun klau join politik teruih jd auto bodoh....cth wak waslan & kj
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bukak company masyuk budak ni. Pandai mintak derma. Nasib la ko dek sapa suruh nak jadi wakil rakyat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina2 kalau derma memang gila2. Guard sekolah anak aku meninggal, cina2 derma 300 sorang, 1000 sorang. Paling koman 100. Gila betul. Guard aje pun tapi ramai2 derma.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 23-9-2024 09:27 AM
Belajar pandai2 pun klau join politik teruih jd auto bodoh....cth wak waslan & kj

ahh betul jugak ni..kelabu mata nampak duit banyak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan…

ke dalam!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-9-2024 08:44 AM
Tashabar nak lehat bontot gebus syed saddiq sissy.

uols ke yg tukang sebat
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 01:04 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 23-9-2024 01:06 PM
cm_vungtau replied at 23-9-2024 09:53 AM
Cina2 kalau derma memang gila2. Guard sekolah anak aku meninggal, cina2 derma 300 sorang, 1000 soran ...

bagus kan.
moga ramai lagi orang melayu yang boleh ikut culture org cina.

setiap kali berlaku kematian, derma ramai2 pada keluarga waris,
dan berdoa cara masing2 pada si mati.


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah jadikan ibrah dik.. baru kau Tau Kotor ya duk dalam dunia politaik yinnih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 02:13 PM | Show all posts
highlight yg jadi perhatian ialah adakah bontot sadiq akan berjaya dirotan nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
_kelly replied at 23-9-2024 08:17 AM
sebat??? damn berbirat montot dah la muda lagi
iols dah cakap dulu saddiq ni bukan cerdik pon, jad ...

Dia dpt oxpod dolu2.. rugi tak sambung blajaq masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Abislahh...mesti lunyai bontot gebu heol kena babab
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-9-2024 03:09 PM
Dia dpt oxpod dolu2.. rugi tak sambung blajaq masa tu

oo oxford ke, ingatkan harvard..kan rugi tak sambung belajar..peluang bukan nak dapat selalu kecuali kau berduit dan berkabel la
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
X study law, x ada penasihat, asal boleh duit parti spt aku punya duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.050587 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list