CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Treler Pasir Maut Tersepit Terbabas Masuk Gaung 10 Meter

27-6-2023 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 250| Komen: 3

Description: Pemandu trelermuatan pasir yang terbabas ke dalam gaung setinggi kira-kira 10 meter di Kilometer (KM) 43 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi, Bentong hari ini, meninggal dunia akibat tersepit.Pegawai Perhubu ...
Pemandu treler muatan pasir yang terbabas ke dalam gaung setinggi kira-kira 10 meter di Kilometer (KM) 43 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi, Bentong hari ini, meninggal dunia akibat tersepit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Hasrul Abdul Halim, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam treler yang terbabas ke dalam gaung di KM43 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi awal pagi ini. - Foto ihsan JBPM

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 3.45 pagi.

"Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama tiga buah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu menggunakan peralatan hidraulik dan tali," kata beliau dalam kenyataan pada Selasa.


Ujar beliau, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.44 pagi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 27-6-2023 01:08 PM
Karak ni x sesuai memandu waktu mlm...

Innalillah
Quote cap_ayam 27-6-2023 01:10 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote kakikuDibibirmu 27-6-2023 01:16 PM
Terbabas tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa

baba-s-logo-4980FC955E-seeklogo.com_copy_1024x819.png

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.043289 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top