CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 3

Pemandu Treler Pasir Maut Tersepit Terbabas Masuk Gaung 10 Meter

[Copy link]
Post time 27-6-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu treler muatan pasir yang terbabas ke dalam gaung setinggi kira-kira 10 meter di Kilometer (KM) 43 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi, Bentong hari ini, meninggal dunia akibat tersepit.


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Hasrul Abdul Halim, 33, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Seorang lelaki maut akibat tersepit dalam treler yang terbabas ke dalam gaung di KM43 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi awal pagi ini. - Foto ihsan JBPM




Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 3.45 pagi.


"Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama tiga buah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.


"asukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu menggunakan peralatan hidraulik dan tali," kata beliau dalam kenyataan pada Selasa.


Ujar beliau, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.44 pagi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Karak ni x sesuai memandu waktu mlm...

Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbabas tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053878 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list