Empat mayat, termasuk dua rangka murid Orang Asli yang ditemui di Sungai Perias selepas dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu, dikebumikan di Kampung Penad, Pos Tohoi petang semalam. Terdahulu, mayat mangsa dituntut keluarga di Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira jam 10 pagi sebelum dibawa menaiki empat kenderaan pacuan empat roda (4WD) ke kampung berkenaan. Semua mangsa dikebumikan bersebelahan antara satu sama lain kira-kira jam 2 petang. Identiti mangsa yang disahkan menerusi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ialah Linda Rosli, 8; Haikal Yaakob, 8; Ika Ayel, 9 dan Juvina David, 7. Suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah mayat HGM ketika waris menuntut mayat, berikutan sudah lama menunggu untuk menyempurnakan jasad anak mereka. Turut berada di tempat menuntut mayat dan mengiringi ke kubur ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Nisra Nisran Ramlan dan Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya.
Berita selanjutnya : http://www.bharian.com.my/node/91858
|
DARSITA replied at 26-10-2015 02:13 AM
Pengajaran buat cikgu sekolah walau dimana anda mengajar jangan asyik nak pikir diri sendiri sahaj ...
ADVERTISEMENT