Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan penghargaan kepada pelakon terkenal India, Yogi Babu dan kru produksi yang memilih bandar raya ini sebagai lokasi penggambaran filem terbaharu. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata penghargaan itu diberikan kerana secara tidak langsung telah mempromosikan bandar raya Ipoh dan Perak di India serta dunia.
"Pihak produksi telah memilih Little India sebagai lokasi pengambaran yang sinonim dengan penjualan barang-barang perhiasan, baju dan rempah ratus untuk kaum India membeli-belah. "Kami turut mencadangkan beberapa lokasi di bandar raya ini untuk dijadikan lokasi penggambaran seperti di Kampung Baru Buntong, sekali gus dapat menjana pendapatan dan ekonomi kacang putih di kawasan terbabit," katanya.
Rumaizi berkata, kira-kira 90 kru produksi dari India berkampung di bandar raya ini selama hampir 35 hari dan akan mengetengahkan filem genre komedi romantis yang dibarisi pelakon terkenal, Vijay Sethupathi. Semalam, Pengarah Kerja dan Bangunan MBI, Ir Ts Arif Mohd Zainudin mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Yogi Babu serta kru penggambaran di Little India. Antara filem terkenal lakonan Yogi Babu ialah Maan Karate, Komban, Kaaki Sattai, Pokkiri Raja, Jackson Durai, Atti and Sathriyan. Sumber: Bernama
|
PULANGKAN replied at 4-6-2023 08:41 PM
eh aku suka movie Mandela dia
PULANGKAN replied at 4-6-2023 08:41 PM
eh aku suka movie Mandela dia
takayama replied at 5-6-2023 02:47 PM
Yogi Babu aje ker? Vijay Sethupathi kan dtg sekali shooting dgn dia
Yogi ni kira pelapis comedian ut ...
ADVERTISEMENT