CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaiton Sameon Bersyukur Masih Terima Undangan Nyanyian Pada Usia 66 Tahun

4-6-2023 04:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 402| Komen: 5

Description: Penyanyi Zaiton Sameon berasa bersyukur kerana masih lagi menerima pelbagai undangan nyanyian meskipun usianya kini sudah mencecah 66 tahun.Zaiton berkata, dia menerima banyak undangan untuk memeriahk ...
Penyanyi Zaiton Sameon berasa bersyukur kerana masih lagi menerima pelbagai undangan nyanyian meskipun usianya kini sudah mencecah 66 tahun.

Zaiton berkata, dia menerima banyak undangan untuk memeriahkan majlis makan malam selain turut menyanyi di majlis kahwin.


Malah bayaran yang diterima juga setimpal dengan persembahan yang dia lakukan.



"Alhamdulillah, undangan menyanyi masih ada. Majoriti banyak yang tawarkan untuk majlis makan malam tahunan, majlis kahwin pun ada.

"Kalau majlis makan malam tahunan yang meminta saya menyanyikan lagu Bahasa Cina pun saya boleh. Bayaran pun okay, setimpal" katanya kepada mStar.

Zaiton berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Amal Sumbangan Rahmah Industri Muzik pada malam Rabu.

Kata Zaiton, rata-rata peminatnya seakan tidak percaya dia mampu menyanyi dengan baik selepas disahkan mengalami trauma kecederaan otak.


"Setengah orang tak percaya saya masih menyanyi. Saya masih ingat lagi lagu-lagu saya, saya tak perlu bantuan skrin semasa menyanyi," katanya lagi.

Berkongsi tips menjaga ingatan dengan baik, penyanyi Menaruh Harapan itu memberitau dia mengamalkan pengambilan kurma dan madu setiap hari.

"Saya banyak amalkan makan madu dan kurma, setiap pagi mesti akan akan ambil dua itu," jelasnya.

Berkongsi perkembangan terkini, Zaiton memberitahu bahawa dia baru sahaja siapkan album yang berjudul Reda.

"Saya dah buat album yang bertajuk Reda yang berunsur keagamaan. Saya harap pendengar insaf bila mendengar lagu ini," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-6-2023 04:49 PM
66 tahun omg...

tapi mujur suara masih ok lagi...
lagu sheols memang semua sedap2...

tapi iols tak kertu yach meskipun iols tahu lagu sheols... gittuh disclaimer supaya tak kena pergi konter esteloder...

Quote Themilo 6-6-2023 07:51 AM
setimpal tu maksudnyah cukup la buat makan pakai acik eton hari-hari. tambah pula dengan jualan rendang Menaruh Harapan sheols, memang cukup la. @dudaberhias mungkin hanya bedal rendang air tangan Chef Diva AA sajorkkkk
Quote prince_marhaen 6-6-2023 10:40 AM
masih lagi denial dan hidup dalam dunia superstar dia.... walhal mana-mana video sheols menyanyi teruk & hauk ye suara dia macam mesin tebu dah...this is fact... orang jemput sebab kesian, sebab nak tarikan nama kak eton, sebab she so confident, tu je... bukan sebab showmanship or suara pun sekarang.... tapi biasalah she tetap feeling superstar video klip baju putih dalam air laut bawah jambatan jeti tu...
Quote dudaberhias 6-6-2023 10:57 AM
prince_marhaen replied at 6-6-2023 10:40 AM
masih lagi denial dan hidup dalam dunia superstar dia.... walhal mana-mana video sheols menyanyi ter ...

omg ingatkan chuolsss gurau... rhopernyaaa betul la lepas iols tengokkk live kat youtube yang terbaru...memang macam mesin tebu atau mesin rumput pakai minyak tu jah...
iolss hengat sora sheols sedap lagi sebab beberapa tahun lalu zaman tok kadok masa iolsss masih bawah umo sebelum buka onlyfans tu suara dia ok lagi...
now macam orang jempun dukun baca jampi serapah yach untuk tolak hujan...





Quote prince_marhaen 6-6-2023 11:07 AM
dudaberhias replied at 6-6-2023 10:57 AM
omg ingatkan chuolsss gurau... rhopernyaaa betul la lepas iols tengokkk live kat youtube yang terb ...

ye chuolsss.... meols dulu zaman-zaman merendek kat uptown cheras belakang maktab tu dulu, sheols selalu lepak situ almost tiap-tiap malam, duduk tepi pentas karaoke open tu.... setiap kali sheols datang, kena announce ye, ala-ala superstar gitu..lepas tu sheols feeling orang-orang request sheols nyanyi sambil cakap,

" i nyanyi ni free demi uols semua tau...biasanya bayar ribu2.." aiyooo..sekali nyanyi mesin tebu ye..

tapi sheols still in denial ye hidup dalam dunia superstar sebab orang2 keliling sheols selalu yakinkan sheols adalah superstar beyonce gittew...




Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.071008 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top