View: 1128|Reply: 12
|
Yogi Babu Pilih Ipoh Jadi Lokasi Penggambaran
[Copy link]
|
|
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan penghargaan kepada pelakon terkenal India, Yogi Babu dan kru produksi yang memilih bandar raya ini sebagai lokasi penggambaran filem terbaharu.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata penghargaan itu diberikan kerana secara tidak langsung telah mempromosikan bandar raya Ipoh dan Perak di India serta dunia.
Pengarah Kerja dan Bangunan MBI, Ir Ts Arif Mohd Zainudin mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Yogi Babu di Ipoh, semalam. - FOTO MBI
" ihak produksi telah memilih Little India sebagai lokasi pengambaran yang sinonim dengan penjualan barang-barang perhiasan, baju dan rempah ratus untuk kaum India membeli-belah.
"Kami turut mencadangkan beberapa lokasi di bandar raya ini untuk dijadikan lokasi penggambaran seperti di Kampung Baru Buntong, sekali gus dapat menjana pendapatan dan ekonomi kacang putih di kawasan terbabit," katanya.
Rumaizi berkata, kira-kira 90 kru produksi dari India berkampung di bandar raya ini selama hampir 35 hari dan akan mengetengahkan filem genre komedi romantis yang dibarisi pelakon terkenal, Vijay Sethupathi.
Semalam, Pengarah Kerja dan Bangunan MBI, Ir Ts Arif Mohd Zainudin mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Yogi Babu serta kru penggambaran di Little India.
Antara filem terkenal lakonan Yogi Babu ialah Maan Karate, Komban, Kaaki Sattai, Pokkiri Raja, Jackson Durai, Atti and Sathriyan.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan dapat ' dato' macam saruk khan jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
maaflah chuols sape nokkkk... babu tu maksudnyaaa pembantu ke hamba gittuhh tapi untuk perempuan la... chuols hamba dari kerajaan chola yang di hantar ke melaka untuk pulihkan hubungan ke apa gittuhh....
terima kasih la pilih malaysia gittuh iols nak ucapkan dan selamat maju jaya... filem2 tamil memang best2 pun...
 |
|
|
|
|
|
|
|
Wow dpat jumpa yogi babu..pelakon komedi terkenal kat india niii |
|
|
|
|
|
|
|
eh aku suka movie Mandela dia

setiap undi adalah penting gituuu
movie ni jauh lebih berisi berbanding kebanyakan produk tempatan
unsur satira dia baik punya 
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 4-6-2023 08:41 PM
eh aku suka movie Mandela dia
Mine too..ulang 3x tak muak |
|
|
|
|
|
|
|
iols dah tengok movie ni kaka memang best... tapi kenapa iols tak perasan pelakonnya tu heols ahahahaha...secara random iols play kat netflix masa tu hujung2 layan...

|
|
|
|
|
|
|
|
Igtkan aliputeh susun tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
kaka pun suka cite mandela dan kaka suka babu nie berlakon... |
|
|
|
|
|
|
|
Yogi Babu ni comedian tamil. Dia banyak berlakon dengan aktor aktor terkenal. Orang lama juga la dalam industri |
|
|
|
|
|
|
|
Yogi Babu aje ker? Vijay Sethupathi kan dtg sekali shooting dgn dia
Yogi ni kira pelapis comedian utk kollywood, ada sorg tu x igt nama dah meninggal jd sekrg mmg merata yogi ni berlakon
lakonan dia kt Mandela mmg mantap |
|
|
|
|
|
|
|
takayama replied at 5-6-2023 02:47 PM
Yogi Babu aje ker? Vijay Sethupathi kan dtg sekali shooting dgn dia
Yogi ni kira pelapis comedian ut ...
VS ..emppphhh..suka tgk dia senyum . Selalu gak jadi jahat kan.
Penjahat yg susah nak dibenci sebab suka |
|
|
|
|
|
|
|
takayama replied at 5-6-2023 02:47 PM
Yogi Babu aje ker? Vijay Sethupathi kan dtg sekali shooting dgn dia
Yogi ni kira pelapis comedian ut ...
Yg kurus tu ke? Selalu berlakon dgn yogi |
|
|
|
|
|
|
| |
|