|
KUALA KRAI: Seramai 40 peniaga lemang di Kampung Lepan Jenut, Manek Urai, di sini, terpaksa menaikkan harga jualan sejak dua bulan lalu disebabkan harga santan yang semakin meningkat.
Mereka mendakwa, jika sebelum ini harga yang dijual RM15 untuk tiga batang, namun kini terpaksa dinaikkan kepada RM20.
Ia berikutan harga santan yang semakin meningkat menyebabkan mereka terpaksa berbuat demikian.
Peniaga, Sharifawati Yaacob, 48, berkata sebelum ini dia dan peniaga lain menjual lemang dengan harga RM15 untuk tiga batang sejak 2023 lagi.
"Namun disebabkan harga santan yang naik mendadak menyebabkan kami terpaksa menaikkan harga bagi mengelak kerugian.
"Ini kerana untuk menghasilkan lemang perlu menggunakan santan yang banyak dan kita berharap pembeli memahami kenapa kami terpaksa menaikkan harga.
"Susulan kenaikan harga sejak dua bulan lalu, ada yang pertikai namun ramai pembeli yang memahami kenapa kami berbuat sedemikian," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun katanya, sambutan terhadap jualan lemang masih lagi menggalakkan dan tempahan dijangka semakin meningkat menjelang Aidilfitiri.
"Biasanya awal Ramadan lemang kurang sambutan namun memasuki dua minggu Ramadan jualan semakin rancak sehinggalah beberapa hari sebelum Aidilfitri.
"Ramadan tahun lalu, 2,000 batang lemang dijual setiap hari bermula dua hari sebelum Aidilfitri. Saya berharap situasi sama juga untuk Ramadan kali ini," katanya.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|