View: 34997|Reply: 23
|
[Tempatan]
Cikgu lelaki umur 30-an bercinta dengan anak murid darjah 6
[Copy link]
|
|
Seorang guru lelaki berusia 30-an disiasat kerana didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang murid perempuan tahun enam di sebuah sekolah kebangsaan dekat Dengkil, Selangor.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, polis menerima laporan yang dibuat bapa murid berkenaan pada Rabu lalu, mendakwa anaknya sering dihubungi guru terbabit.
Norhizam berkata, kejadian itu terbongkar apabila bapa mangsa memeriksa telefon bimbit anaknya dan mendapati terdapat beberapa mesej daripada guru terbabit yang tidak menampakkan hubungan antara seorang guru dengan murid, namun dinafikan anaknya.
Katanya, polis sudah memanggil guru berkenaan untuk dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan.
"Murid berkenaan juga sudah dirujuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017(AKTA 792).
"Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita atau maklumat tidak benar berkaitan kes ini," katanya lagi.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Murid berkenaan juga sudah dirujuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan," Expect cedera di otak ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 2-3-2025 07:52 AM
Expect cedera di otak ka?
Kemaluan lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam anak dgn bapak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua esok jarak tu akan jadi makin dekat
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-3-2025 03:59 PM
Beza umur 18 tahun.
ok je tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 2-3-2025 11:08 AM
ok je tu.
Erm...No.
Tapi meols know for a fact meme hado cikgu2 jantan aim budak2 SK/SMK ni, groomed, then sampai legal age of marriage, menikoh. |
|
|
|
|
|
|
|
jantan pedo grooming budak..semoga nonek ko reput kena gangren |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 2-3-2025 07:08 PM
ok je tu.
Tak ok.. budak tu umo 12 tahun
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 3-3-2025 04:30 AM
Tak ok.. budak tu umo 12 tahun
yes bdk² x ok la. i meant utk adult 18 tahun gap ok lg |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm couple nashrah n kelana tu lahhh.
Umo laki tu mcm bapak2 |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-3-2025 07:11 PM
Erm...No.
Tapi meols know for a fact meme hado cikgu2 jantan aim budak2 SK/SMK ni, groomed, then ...
definitely not ok . amongst student pun ada yg couple. dorg x kan sedar unless ada org lain tolong nasihat |
|
|
|
|
|
|
|
euwww cikgu pun tggu la bdk tu sampai legal age kalau sggup
kalau iols pun report polis, anak2 umur camtu wpun dah start merenyam tp still considered "tak brp reti" lagi. kdg2 hepi ada org melayan tambah2 cikgu ensem melantun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 3-3-2025 05:12 AM
yes bdk² x ok la. i meant utk adult 18 tahun gap ok lg
Iols tetap rasa tak ok.. gap besaq sgt.. tapi ada jahh org ok.. sbb umo dah hampir sama dgn mertua |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 2-3-2025 10:55 PM
euwww pedo
Nak tau pedo tak pedo tunggu budak tu besar. Kalau cikgu tu setia menunggu itu cinta sejati. Kalau dia pedo dia cari budak lain, darjah 6 or younger.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 3-3-2025 07:34 AM
yg tua bangka pun kelaku tak habis pikir, ko rasa budak 12 tahun elok sgt ke kepala hotak dia. cuma tu lah, kita lagi tua, kita rasa kita lg bagus la. tu yg dtg perangai ngena kan budak2/org lagi muda dri kita. tunggang kad umur. pdhal sangkak je dri atas ke bawah zahir batin.
kalau dh buas tu, buas jelah. tak payah konar konar. pakai tiket kad sgala yg ade. kad jantina kad umur kad pangkat kad hubungan anak beranak, kad ape lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pedo kalau Tak grooming, di SA terus mangsanya.
Untuk kes ni, Tahniah untuk parents sebegini. Cakap banyak x guna report polis je dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
senior ku ada mcm ni..cgu lelaki tu asalnya couple dgn mak nya tp mak dia kawin org lain. boleh plak cgu tu couple dgn anak nya. abis jugek lah senior tu SPM. lps tu menikah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|