View: 13027|Reply: 25
|
Bront Palarae Dilantik Profesor Adjung MMU
[Copy link]
|
|
Pelakon Bront Palarae kini dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Seni Sinematik (FCA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU).
Menurut kenyataan MMU, pemilihan Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 47, adalah berlandaskan kredibiliti, dedikasi serta pengalaman luas di arena seni.
“Bront Palarae ialah seorang penggiat profesional dalam industri hiburan Malaysia dengan berpengalaman selama lebih dua dekad di bidang lakonan, penerbitan dan seni kreatif.
“Beliau sudah membintangi lebih 70 filem merentasi tujuh negara, termasuk memfokuskan karier seninya di tanah air, Indonesia serta Thailand.
“Seorang tokoh terkemuka dalam industri filem, Bront sudah berkhidmat dalam Jawatankuasa Penasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas),” kata kenyataan itu.
Bront juga aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertaraf antarabangsa iaitu Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
“Dedikasinya terhadap masyarakat terserlah menerusi peranan sebagai duta UNICEF Malaysia bagi kempen, Janji Saya Kepada Kanak-kanak dari 2014 hingga 2015 yang memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak.
“Pengalaman industri Bront yang luas dan komitmen positifnya terhadap kempen sosial kemanusian secara tidak langsung memantapkan profil kerjayanya,” ujarnya.
Selain Bront, dua penggiat seni terkenal dalam bidang animasi iaitu Nizam Razak dan Usamah Zaid Yassin turut dilantik MMU sebagai Profesor Adjung di fakulti sama.
Gelaran akademik diraih itu menyaksikan Bront sebaris dengan beberapa selebriti tanah air lain seperti Datuk Afdlin Shauki, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Rizalman Ibrahim, Datuk Ras Adiba Radzi dan Datuk Cef Wan.
Sebelum ini, Afdlin pernah dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Manakala, Cef Wan pula menerima gelaran Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM) juga di UUM pada 2017.
Sumber: Kosmo Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon gred A n papan atas. Xbyk kontroversi n xde cheap marketing. Lakonan mantap . Ada wawasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow! Tahniah Bront.. Meolls baru ja puji chuolls dalam thread bamtah baru-baru ni. Pelakon Gred A yang mantap & takdak kontroversi |
|
|
|
|
|
|
|
Lantikan macam ini kita wajar puji dan rai. Bukan mcm professor adjunct lagi seorang tu, tersalah bidang uni letak sheols. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols approve. Tahniah Bront. |
|
|
|
|
|
|
|
che_yatt replied at 2-3-2025 02:21 AM
Wow! Tahniah Bront.. Meolls baru ja puji chuolls dalam thread bamtah baru-baru ni. Pelakon Gred A ya ...
Ada juga. Diam2. Cerita dia skendel dengan Christine ape tu yang pelakon mix kokesen tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-3-2025 11:52 AM
Ada juga. Diam2. Cerita dia skendel dengan Christine ape tu yang pelakon mix kokesen tu.
mmg dia skendel ke kengkawan je? iols penah jumpa diorg berdua kat mall..tapi time tu Bront kapel dgn gf dia(now wife)..gf heols takde la sekali dgn diorg time iols jumpa tu..tapi i tau la bront tgh kapel dgn gf dia..lamaaaaa diorg kapel.. |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 2-3-2025 03:55 AM
mmg dia skendel ke kengkawan je? iols penah jumpa diorg berdua kat mall..tapi time tu Bront kapel ...
Kata gosip sini, skendel? Tapi masa tu Bront dah berbini. Kalau kapel dari sebelum nikah, kira poligami tanpa nikah la kan.  |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni semua tapau ye,Indon,Thai,Singapore, kelebihan fluent Thai..berlakon pun elok,kontolbesi taktau la ada ke tak..congrats |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-3-2025 11:57 AM
Kata gosip sini, skendel? Tapi masa tu Bront dah berbini. Kalau kapel dari sebelum nikah, kira pol ...
eh, u sebut nikah baru I tringat..bront kan rahsiakan perkahwinan masa awal2 tu..ntah2 time tu bront dah kawen..tapi rasa mcm belum..i tak ingat la pulak timeline/tahun bila i jumpa diorg berdua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 2-3-2025 04:05 AM
eh, u sebut nikah baru I tringat..bront kan rahsiakan perkahwinan masa awal2 tu..ntah2 time tu bro ...
Meols syak memang Bront dah nikah dengan gf masa uols jumpa dia ngan Christine Suzanne (baru ingat nama) tu, hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-3-2025 12:08 PM
Meols syak memang Bront dah nikah dengan gf masa uols jumpa dia ngan Christine Suzanne (baru ingat ...
alamak, harap2 diorg x skendel la..elok dah selama ni i dok ingatkan diorg kengkawan, dahhh terpikir lain pulak skrg ni .. baru tringat jugak yg christine tu pun ada rekod kebas laki member  |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 2-3-2025 04:19 AM
alamak, harap2 diorg x skendel la..elok dah selama ni i dok ingatkan diorg kengkawan, dahhh terpik ...
Yang kebas laki member tu after broke up dengan Bront kan kata gosip porom ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-3-2025 12:33 PM
Yang kebas laki member tu after broke up dengan Bront kan kata gosip porom ni.
agaknya yer..sbb dia kawen kan dengan laki member tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg nih tanpa masalah lantikan yg direstui..no doubt at all..berlakon semua elok gred A |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah jadi pelakon tetap Netflix. Mantap Bront. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah bront, tak sia2 minat dia.. lakonan mantap.. terus menjadi ikutkan pelakon pelakon baharu. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-3-2025 11:52 AM
Ada juga. Diam2. Cerita dia skendel dengan Christine ape tu yang pelakon mix kokesen tu.
oh yeah.. Christine Suzanne.. tapi reputz tak cover banyak sangat..keh keh keh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fattymah at 2-3-2025 10:00 PM
Tahniah budak kolej.. kamaruddin
Kamaruddin ke kamaruzaman... hehehe.. tiber lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Nozot replied at 2-3-2025 12:30 PM
oh yeah.. Christine Suzanne.. tapi reputz tak cover banyak sangat..keh keh keh
Macam tadak kuar lansung gosip pasal meka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|