Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 30, memohon peminat mendoakan agar umrah kedua yang bakal dilaksanakannya mabrur. Kata, mendoakan adalah lebih diharapkan berbanding dihukum kerana kekal dengan penampilan sama walaupun selepas mengerjakan umrah.
“Saya rasa peminat faham, walaupun ada segelintir yang mempersoalkan kenapa sudah pergi umrah tetapi masih tidak tutup aurat dan sebagainya. “Macam saya katakan tadi, perkongsian yang dibuat adalah secara luaran sahaja, kalaulah masyarakat tahu perasaan kita dan bagaimana seseorang berusaha untuk berubah, pasti mereka tidak akan mempertikaikan perkara tersebut. “Saya cuma minta masyarakat dan peminat terus mendoakan saya untuk menjadi lebih baik dari semua segi kerana yang paling penting ialah hati dan jiwa perlu sentiasa bersih,” jelasnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran koleksi terbaharu kasut Clarks x Daiyan Trisha baru-baru ini.
Bagi pelantun lagu Langit itu, hal-hal berkaitan agama dan perubahan diri seseorang adalah sesuatu yang yang cukup peribadi untuk disentuh. Dalam pada itu, Daiyan berkata, pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadualkan pada minggu depan akan ditemani ibu tercinta, Samsiah Mohd. Nor. Katanya, hatinya terdetik untuk menunaikan ibadah itu pada bulan Ramadan kerana kerinduan mendalam pada Baitullah di samping ganjaran pahala pada bulan mulia. Ujarnya, pengalaman berada di sana pada tahun lalu disifatkan sebagai kenangan terindah dalam hidup, malah banyak mengubah dirinya. “Saya memang tengah merancang, InsyaAllah kalau ada rezeki akan bertolak pada minggu kedua umat Islam berpuasa. “Menunaikan umrah pada Ramadan bagi saya sangat istimewa kerana dalam bulan yang suci ini, apa sahaja amalan kita akan mendapat ganjaran pahala berganda daripada Allah SWT,” katanya. Tahun lalu, Daiyan menunaikan umrah buat kali pertama bersama ibu bapa dan adik lelakinya. Sementara itu, katanya, sebarang aktiviti seni ditangguhkan seketika sepanjang Ramadan ini kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga. Katanya, amalan itu menjadi rutinnya sejak dahulu lagi bagi memudahkan urusan bersahur dan berbuka di samping menunaikan solat tarawih. Sumber: Utusan
|
shernazz replied at 25-3-2023 09:08 PM
Kalau uols.tak taip daiyan Trisha
Iols mmg tak kenal muka dia
Lain Beno lah muka dia sekarang
nolya replied at 24-3-2023 10:30 AM
Sebelum pergi umrah tu, semak dulu Dik maksud sebnear kenapa pergi umrah: kerana publisti dn menghar ...
ADVERTISEMENT