View: 5658|Reply: 19
|
Daiyan Trisha Mohon Doa Peminat Agar Beroleh Umrah Mabrur
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 30, memohon peminat mendoakan agar umrah kedua yang bakal dilaksanakannya mabrur.
Kata, mendoakan adalah lebih diharapkan berbanding dihukum kerana kekal dengan penampilan sama walaupun selepas mengerjakan umrah.
“Saya rasa peminat faham, walaupun ada segelintir yang mempersoalkan kenapa sudah pergi umrah tetapi masih tidak tutup aurat dan sebagainya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/24/094223iqmadq5hf3fh3wyy.jpg) IG
“Macam saya katakan tadi, perkongsian yang dibuat adalah secara luaran sahaja, kalaulah masyarakat tahu perasaan kita dan bagaimana seseorang berusaha untuk berubah, pasti mereka tidak akan mempertikaikan perkara tersebut.
“Saya cuma minta masyarakat dan peminat terus mendoakan saya untuk menjadi lebih baik dari semua segi kerana yang paling penting ialah hati dan jiwa perlu sentiasa bersih,” jelasnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran koleksi terbaharu kasut Clarks x Daiyan Trisha baru-baru ini.
Bagi pelantun lagu Langit itu, hal-hal berkaitan agama dan perubahan diri seseorang adalah sesuatu yang yang cukup peribadi untuk disentuh.
Dalam pada itu, Daiyan berkata, pemergiannya ke Tanah Suci yang dijadualkan pada minggu depan akan ditemani ibu tercinta, Samsiah Mohd. Nor.
Katanya, hatinya terdetik untuk menunaikan ibadah itu pada bulan Ramadan kerana kerinduan mendalam pada Baitullah di samping ganjaran pahala pada bulan mulia.
Ujarnya, pengalaman berada di sana pada tahun lalu disifatkan sebagai kenangan terindah dalam hidup, malah banyak mengubah dirinya.
“Saya memang tengah merancang, InsyaAllah kalau ada rezeki akan bertolak pada minggu kedua umat Islam berpuasa.
“Menunaikan umrah pada Ramadan bagi saya sangat istimewa kerana dalam bulan yang suci ini, apa sahaja amalan kita akan mendapat ganjaran pahala berganda daripada Allah SWT,” katanya.
Tahun lalu, Daiyan menunaikan umrah buat kali pertama bersama ibu bapa dan adik lelakinya.
Sementara itu, katanya, sebarang aktiviti seni ditangguhkan seketika sepanjang Ramadan ini kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga.
Katanya, amalan itu menjadi rutinnya sejak dahulu lagi bagi memudahkan urusan bersahur dan berbuka di samping menunaikan solat tarawih.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
OK. Mohon doa ya.. . Kita doa lah.
Esok lusa perangai pakaian melalut, kita kecam lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Xfaham. Apa tujuan dia P umrah ek. P umrah mcm p mkn angin. Pastu balik pakaian seksi gak |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum pergi umrah tu, semak dulu Dik maksud sebnear kenapa pergi umrah: kerana publisti dn mengharap sanjungan atau seutuhnya kerana Lillahi Ta'ala. Tekad-niat yg disemai sebelum pergi itulah sebenarnya yg akan menentukan mabrur-tidaknya.
Ketika umrah, pemusatan aktiviti jemaah boleh dikatakan 90% beribadah di tempat yg digelar Tanah Haram. Solat waktunya tepat, segera dilakukan lagi berjemaah. Lapang waktu beriktikaf pula atau buat solat2 sunat: solat taubat, solat tasbih, Qiamul-lail dll. Maka apakah setelah detik waktu penyerahan jiwa ke hadrat Allah swt, tak ade terdetik ke bermuhasabah diri, mengolah ketaqwaan yg lebih bererti sebelum ini?
Apakah ketaqwaan tak naik selevel setelah pergi umrah shngakan tuntutan paling ringan untuk menutup aurat pun tak mampu?
Mengharapkan doa orang ramai untuk kita berubah belum tepat Dik sedangkan usaha dn inisiatif itu bermula drp sanubari sendiri. Doa dn iktikad kita itu yg penting sambil mohon Allah untuk merealisasikannya. Allah sentiasa mendengar, mudah2an dimaqbuli.
Selamat tunaikan Umrah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Laku keras dik Dayan nih ni, job kiri kanan..
Semoga dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
back to back ye umrah nya…x apa …kan di tnye duit banyak gi mana….
moga dipermudahkan ibadah di sana…
rezeki dpt gi sana bulan ramadan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau uols.tak taip daiyan Trisha
Iols mmg tak kenal muka dia
Lain Beno lah muka dia sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Nak umrah mambrom ke apa broom ke apalak minta doa orang? Sendirilah usaha. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 25-3-2023 09:08 PM
Kalau uols.tak taip daiyan Trisha
Iols mmg tak kenal muka dia
Lain Beno lah muka dia sekarang
Lain betul muka sheols.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh kau doalah utk diri sendiri atau suruh parents doakan dah cukup. Yang pi umrah kau bukan kitorang. Sana ada tempat2 mustajab utk berdoa. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak menggalakkan, tapi iols rasa better sheols free hair je kalau rasa taknak pakai proper pun, daripada acik2 pakai tudung tapi senteng ketet terjojol pastu baju lengan pendek ketat, seluar jeans ketat nampak bontot besar gedabak. Aiyooo iols tengok pon rasa malu kalau nak menyeksi tu, cabut je la tudung tu takyah nak acah2 sangat yach.
iols positif dak daiyan ni baik je budaknya, idokla sundal ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada collab dgn jov kan. Selendang. Biasa je scarf tu, nmpak lawa sbb dipadan dgn baju cantik. Kalau slendang tu saja takda apa istimewa. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 24-3-2023 10:30 AM
Sebelum pergi umrah tu, semak dulu Dik maksud sebnear kenapa pergi umrah: kerana publisti dn menghar ...
Sbb circle dia mcmtu kak noly. Rakan2 tu penting. Jd nt bila balik umrah dia sntiasa tempted untuk pakai baju melaram balik. Tu tak kira offer kerja lagi. Dia kan mmg ckp suka dgn job skrg ni (attend event, promote brand mcm2). Kne kuat sgt nk lawan keiinginan dan minat sendiri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Condifent sheols ada peminat yer? ![](static/image/smiley/biggif/new_14.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
dia tahu ke maksud umrah mabrur tu apa
takut2 mintak doa mabrur tapi tak tahan dgn ujian2 lps dpt umrah mabrur tu… syurga mahal yach…. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoh heshe tua dari iols rupanya tapi cantik lagii tak dinafikan |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak cakap lebih.. nanti puasa aku yang tak mabrur, |
|
|
|
|
|
|
| |
|