CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36982|Reply: 6

[Tempatan] Wanita alah dengan air- Hanya mandi dua kali seminggu, minum air pun tekak rasa terbakar

[Copy link]
Post time 18-2-2025 08:34 PM | Show all posts |Read mode
London: Menyedihkan kisah seorang wanita di United Kingdom (UK) yang bukan hanya menderita akibat alahan air malah berasa seperti terkena pemetik api pada tubuhnya sewaktu mandi atau terperangkap dalam hujan.

Metro UK melaporkan, Kendall Bryce, 25, menghidap 'urtikaria akuagenik' iaitu penyakit jarang jumpa yang menyebabkan kulitnya membengkak naik ruam apabila bersentuhan dengan air.

Ibu seorang anak dari Durham yang kini hamil cahaya mata kedua itu berkata, dia mengalami kesakitan setiap kali cuba mencuci tangan atau membersihkan badannya.

Keadaan itu juga dipengaruhi oleh air hujan dan hari yang sangat lembap dan ia bermakna hidupnya ditentukan oleh cuaca.



Difahamkan, satu daripada 2.3 juta individu di dunia mempunyai alahan berkenaan.

Setakat ini, doktor belum dapat mencari sebarang ubat yang berkesan untuk Kendall dan ia menyebabkan wanita itu terpaksa meneruskan hidupnya dalam kesakitan.

"Ia benar-benar perjuangan harian saya. Saya hanya boleh mandi dua kali seminggu kerana kesakitan yang amat sangat namun saya jadi bimbang jika badan berbau busuk.

"Hidup saya ditentukan oleh cuaca kerana saya perlu mengelak hujan dan juga hari panas lembap. Saya perlu lihat ramalan cuaca setiap hari dan tinggal di rumah jika hujan atau akan hujan.

"Tapi jika saya terkejut, badan saya bertindak balas dan ia sangat menyakitkan.

Saya tidak pernah dapat memandikan anak lelaki saya yang berumur setahun.

"Ibu saya perlu melakukannya untuk saya. Tekak saya juga berasa terbakar apabila minum air," katanya.

Kendall berkata, penyakitnya semakin teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Saya akan mengalami kesakitan selama kira-kira setengah jam selepas mencuci tetapi rasanya seperti dua jam. Saya menangis sepanjang masa.

"Ia sebenarnya sangat teruk sehingga badan saya boleh mengalami kejutan jadi ia berbahaya," katanya.

Kendall mula mengetahui keadaannya ketika berusia 15 tahun selepas mengalami kulitnya berasa gatal setiap kali mandi.

Pada mulanya, dia boleh merawat penyakit itu dengan Piriton namun keadaan kesihatannya bertambah merosot.

Kendall kemudiannya dirujuk kepada pakar dermatologi di Hospital Universiti North Durham yang akhirnya mengesahkan dia menghidap urtikaria akuagenik pada 2021.

Bagaimanapun, Kendall masih belum menemui sebarang penawar yang membantu menyembuhkan penyakitnya.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 10:24 PM | Show all posts
Ce try air zam zam
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya sampai kan minum air pun terasa sakit
Pastu kena drip ke cemana?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp she blh bersama ngn pasangan..cmne air yg dilepaskn dlm she.. xrasa terbakar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Carilah ubat. Nabi Muhammad kata tiada penyakit yang tak ada ubat kecuali mati. Mungkin boleh try makan madu ke, sebab Allah dah letak ubat di madu tu atau minum air zamzam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ataupun masuk islam dan baca Quran setiap hari atau pergi umrah berdoa depan kaabaj minta sembuhkan penyakit. Nabi kata berdoa depan kaabah sangat mudah dan doa cepat makbul. Ada kisah pasangan suami isteri yg isteri dia kanser tahap 4 dah, doktor yg rawat isteri dia tu kafir dan masuk islam kerana kisah ni. Doktor yg jadi mualaf tu cerita semula kisah ni macam mana dia boleh masuk islam. Suami isteri tu pergj kerjakan haji dan berdoa minta Allah sembuhkan penyakit kanser tu. Padahal isteri dia tak buat apa2 rawatan kimoterapi ke apa, tapi doktor yg rawat dia terkejut bila isteri yg kena kanser tu didapati sembuh sepenuhnya seolah2 tak pernah kena kanser. Maha Suci dan Maha Besar Allah, berkat mereka doa depan kaabah, Allah makbulkan doa mereka dan sembuhkan penyakit isteri kawan tu. Akhirnya doktor tu dapat hidayah, dia terkejut dan takjub dengan kuasa Allah dan terus masuk islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2025 10:58 AM | Show all posts
kesianya laa....
nak minum pun sakit...kena drip masukkan air ke...? kang dehydrated pulak x cukup air...uhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.039092 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list