CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33728|Reply: 29

[Tempatan] Nampak Ismanira dua kali tiada kelibat Zayn Rayyan

[Copy link]
Post time 18-2-2025 06:32 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Saksi pendakwaan ke-16 memberitahu dia ada berselisih dengan ibu Zayn Rayyan Abdul Matin, sebanyak dua kali di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada hari kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023.

Rashidah Rajali, 37, yang juga jiran yang tinggal di aras sama di tingkat dua dengan keluarga Zayn Rayyan di apartmen itu berkata, kali pertama dia berjumpa dengan Ismanira Abdul Manaf di tangga pada pukul 12.15 tengah hari, manakala kali kedua pada pukul 12.35 tengah hari.



“Pada 5 Disember pukul 12.15 tengah hari saya buat rutin hantar anak pertama pergi sekolah. Saya terserempak dengan ibu Zayn di tangga. Ketika itu saya hendak turun ke bawah manakala ibu Zayn hendak naik ke atas. Saya nampak dia ada bawa beg sekolah warna biru merah dan turut memakai beg silang,” kata saksi itu.

Kata saksi itu, selepas menghantar anak pertamanya ke sekolah, dia kemudian pulang ke rumah pada 12.35 tengah hari dan ketika itu sekali lagi dia berselisih dengan Ismanira di tangga sama yang mana dia hendak naik ke atas dan Ismanira hendak turun ke bawah.

“Saya ada tengok muka dia, tapi saya tidak bercakap dengan dia. Saya hanya nampak dia pakai beg silang sahaja,” kata saksi itu.

Ujar saksi itu, pakaian yang dipakai oleh Ismanira ketika berselisih dengannya pada kali pertama, berbeza dengan pakaian yang dipakai ketika sekali lagi mereka terserempak kira-kira 20 minit kemudian.

Pendakwa raya: Masa puan jumpa mula-mula pada 12.15 tengah hari, puan ingat pakaian dia?
Saksi: Dia pakai tudung warna hitam, baju warna putih, kain atau seluar macam palazo warna hitam.

Pendakwa raya: Kali kedua ingat tak pakai baju apa?
Saksi: Saya tak ingat keseluruhan, tudung bercorak yang warna sedikit gelap.

Dalam prosiding sama, saksi itu turut memaklumkan dia tidak tahu rumah keluarga Zayn secara tepat dan hanya tahu pada hari kejadian kanak-kanak itu hilang.

Pendakwa raya: Puan kenal Zayn Rayyan
Saksi: Kenal…selisih pernah nampak.

Pendakwa raya: Anak-anak puan pernah main dengan dia?
Saksi: Tidak pernah, Zayn tidak pernah bermain dekat luar.

Pendakwa raya: Puan tahu tak kenapa dia tidak pernah main dekat luar?
Saksi: Saya tidak pasti.

Pendakwa raya: Anak puan ada pernah bermain di taman permainan bawah?
Saksi: Ada pernah main dekat bawah dan saya akan teman anak-anak saya pada waktu petang.

Pendakwa raya: Masa bermain petang, pernah tak nampak Zayn main sekali di taman?
Saksi: Tidak pernah.

Pendakwa raya: Kenapa cakap Zayn tak pernah main di luar, boleh terangkan kenapa kata begitu?
Saksi: Anak saya selalu main basikal di luar koridor, tetapi saya tak pernah nampak Zayn main.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili kedua-dua tertuduh.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi esok.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa lepas tangan, mak pula mental ...jadi camtu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tahu kenapa tukar baju ye..ikutkan ZR dah hilang kan sebab saksi nampak Isma naik tangga sorang2 jah..eh anak ko dah hilang kot..sempat lagi tukar baju.. Kalau aku anak hilanhg, nak kencing pon hold dulu..cari anak sambil histeria mcm orang gila dah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksudnya xder barang dr kedai yg dibeli. Anak pun xder ngan dia. Elok naik ats blik rumah tujo baju smbil buat plan B
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspicious sempat tukar baju.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
toxicated replied at 18-2-2025 09:34 PM
Suspicious sempat tukar baju.

Baju dah kotor kena darah maybe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2025 01:56 AM | Show all posts
DukunSentet replied at 18-2-2025 08:53 PM
Nak tahu kenapa tukar baju ye..ikutkan ZR dah hilang kan sebab saksi nampak Isma naik tangga sorang2 ...

maksudnya
masa ni yg dia kata dia balik dari kedai
dia ingat anak dia ikut belakang tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik arwah zayn ni masih lg dgn jkm ke? Adik arwah ni pun autism jgk kn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 11:14 AM | Show all posts
polyx replied at 19-2-2025 03:06 AM
Adik arwah zayn ni masih lg dgn jkm ke? Adik arwah ni pun autism jgk kn

rasanya jkm bagi penjagaan kat datuk dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
polyx replied at 19-2-2025 11:06 AM
Adik arwah zayn ni masih lg dgn jkm ke? Adik arwah ni pun autism jgk kn

nenek sedara dia yg jaga skrg, yang dulu selalu upload video tt pasal mateen, username farahmozafna ke apa ntah. parents zayn dapat melawat tanpa bermalam je rasanya. i pun tak berapa ingat dah keputusan kes si mateen. sape2 yg ingat boleh la recall balik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau anak dah tetiba lesap i takde teringat dah nak naik atas masul rumah letak barang tukar baju pulak lagi, baru pegi carik anak. dah boleh expect budak under spectrum ni unpredictable, kalau i terus je letak brg2 tepi tangga lari turun carik anak, lantak lah brg2 tu semua. takut in a split second budak tu boleh terjatuh or dilanggar kenderaan. ini boleh siap ada gap 20 minit baru turun carik anak special yg lari hilang kononnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 11:49 AM | Show all posts
menarikkk dan wow mak pak ni lain  mcm
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 12:13 PM | Show all posts
aku ni anak normal pun kalau hilang depan mata sekejap dah gelabah..dia ni boleh rileks tukar baju bagai..ke masa ni dia tak perasan anak dia tak ikut kat blkg?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 12:13 PM | Show all posts
aku ni anak normal pun kalau hilang depan mata sekejap dah gelabah..dia ni boleh rileks tukar baju bagai..ke masa ni dia tak perasan anak dia tak ikut kat blkg?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 19-2-2025 11:43 AM
nenek sedara dia yg jaga skrg, yang dulu selalu upload video tt pasal mateen, username farahmozafn ...

Alhamdulillah kalau mcm tu. Selagi kes ni tak selesai better budak tu dlm jagaan pihak lain. Meols harap cptla dpt tau siapa pelakunya. Sedih bila baca pengakhiran arwah mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 12:41 PM | Show all posts
DukunSentet replied at 18-2-2025 08:53 PM
Nak tahu kenapa tukar baju ye..ikutkan ZR dah hilang kan sebab saksi nampak Isma naik tangga sorang2 ...

mak aku nangis sampai pengsan kutboleh kata 1 keluarga panik weii
cari dalam parit, dalam kebun
time tu plak dah petang

lama gila cari
last2 jumpa bawah katil tengah tdo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat tukar baju...
Isk kalau aiol tahu2 takde depan mata je pun dah gelabah weii.  Bukan senang bawa perut 9 bulan jaga mkn minum pastu dah bela elok2 hilang blh buat bodoh pula
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap pulak naik umah tuka2 baju mase anak hilang? Suspicious eh. Tukar baju sbb ada darah ke. Jiran xpenah nampak arwah main kt luar tp hari kejadian arwah tantrum nk main buai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat nak spekulasi kes ni..ujung2 kes jadi pengabaian je..sape pembunuh x tau la
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 01:13 PM | Show all posts
DukunSentet replied at 18-2-2025 08:53 PM
Nak tahu kenapa tukar baju ye..ikutkan ZR dah hilang kan sebab saksi nampak Isma naik tangga sorang2 ...

ada kat ES tu kan klu tak silap, tukar baju sbb baju 1st tu baju dia guna masa nk tamatkan nyawa arwah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-3-2025 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.071547 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list