CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Ramai Tak Puas Hati Tengok Pelajar Makan Atas Meja Kotor Dan Berdebu Di Sekolah

21-3-2023 06:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16040| Komen: 42

Kuala Lumpur: "Kena ambil tindakan pantas dan tepat... jangan biarkan. Jika benar seperti dalam video itu, memang tidak patut. Apa pun alasan memang tidak boleh diterima," kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar.


Beliau mengulas mengenai satu video di TikTok menunjukkan sekumpulan murid makan di atas meja yang berdebu.



Menerusi kapsyen video, pengguna terbabit meluahkan kekesalannya terhadap pihak yang membiarkan meja makan di kantin terbiar kotor.

"Kita ini bukanlah nak suruh layan anak kita macam raja. Tapi berilah kebersihan sikit (sedikit) kat anak-anak sekolah ini.

"Kalau sibuk sangat kami ibu bapa boleh tolong bersihkan," tulis pengguna TikTok itu menerusi keterangan pada video berkenaan.

Dr Zainal Ariffin ketika dihubungi berkata, kebersihan persekitaran di sekolah terutama di dalam bilik darjah, kantin dan tandas sangat penting dan perlu diberi keutamaan setiap masa.




Katanya, persekitaran kotor bukan saja membawa pesakit dan kemalangan tetapi membentuk 'mood' dan sikap pelajar.

Beliau berkata, selain makanan, kebersihan premis juga penting dan perlu dititikberatkan.

"Langkah itu bertujuan mengelakkan pencemaran makanan, penyakit dan budaya buruk dalam kalangan pelajar.

"Dalam aspek itu, pihak sekolah dan pengusaha kantin mesti bertanggungjawab, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pejabat Kesihatan Daerah kena pantau secara berkala," katanya. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 21-3-2023 06:59 PM
Edited by Suchi at 21-3-2023 07:00 PM

Begitulah keadaan sekolah diseluruh malaysia tak seragam

Sekolah kebangsaan di putrajaya tiber elok plak serba serbi
Makanan kat kantin  pun ok apatah lagi keadaan meja mkn.
Tp sekolah kat tempat lain hazab bebenor
Quote aleesyasofia 21-3-2023 07:20 PM
Kesiannya kat budak2 tu.. dah kenapa pihak sekolah tak gotong-royong bersihkan? Tak kan nak hrpkan cleaner jer.. dah tahu nak buka sekolah kan.. teruk betul..
Quote krustykrab 21-3-2023 07:28 PM
Ibu bapa la kena gotong royong, byr duit pibg, bg sumbangan.
Quote akies 21-3-2023 07:41 PM
Sekolah mana ni
Quote pooh~key 21-3-2023 07:49 PM
“"Kalau sibuk sangat kami ibu bapa boleh tolong bersihkan," tulis pengguna TikTok itu menerusi keterangan pada video berkenaan.”

Akak syak sejurus jah lepas dia komen macam ni, tang tu jugak dia terus ke sekolah tersebut lalu lap meja itteww kan dek?

Bowdow punya komentar dek.
Quote faraway1 21-3-2023 07:51 PM
Suruh lah anak bawak napkin buat alas tempat makan..
Quote caca_eric 21-3-2023 09:44 PM
Mmg tanggungjawab pengusaha kantin bersihkan dulu
Quote bungarose 21-3-2023 09:54 PM
Kotor gilerr
Quote zamnie 21-3-2023 10:04 PM
Geli nk mkn... kesian bdk2 tuh
Quote Perawankota 22-3-2023 12:18 AM
Geli aku melekit2
Quote ctaz 22-3-2023 12:42 AM
bayar duit PIBG poun culas....
ada hati nak meja lawa2...
terima je la.....seadanya
Quote apalancut 22-3-2023 02:19 AM
Suchi replied at 21-3-2023 06:59 PM
Begitulah keadaan sekolah diseluruh malaysia tak seragam

Sekolah kebangsaan di putrajaya tiber elok ...

sekolah dkt dgn HQ KPM, harus la bersih sis. Ibarat orang jual dadah, takkan nak jualbeli depan balai polis. Satu lagi tengok la sekolah tu samada kawasan T20 ke B40 ke. Kebiasaanya, kalau pengusaha kantin macam nih, boleh laporkan pada saluran yang disediakan untuk diambil tindakan.

Quote dua_chzy 22-3-2023 02:22 AM
Padan muka. Kah.

Kadang2 dah berbuih mulut cikgu ingatkan pengusaha kantin supaya jaga kebersihan, lap meja setiap hari, mop lantai, etc, tapi idok juga dibuatnya. Ni dah masuk tiktok ni confirm laju sepantas kilat ja kasik bersih kantin. Kena buat cara kasar juga, baru nak buat kerja/dengar cakap.
Quote dua_chzy 22-3-2023 02:24 AM
Suchi replied at 21-3-2023 10:59 AM
Begitulah keadaan sekolah diseluruh malaysia tak seragam

Sekolah kebangsaan di putrajaya tiber elok ...

Kena la jaga sebab sekolah2 situ je la jadik tumpuan jika ada pelawat negara luar datang huntok tunjuk ni la kualiti sekolah weols pehtu orang luar pon puji2 tanpa tau realiti sebenar gimana lagipun HQ KPM kat situ kot so haruslah jaga stended katanya.
Quote jari10 22-3-2023 02:50 AM
ctaz replied at 22-3-2023 12:42 AM
bayar duit PIBG poun culas....
ada hati nak meja lawa2...
terima je la.....seadanya

Lawa vs BERSIH

Boleh escape ke part BERSIH ni?
Quote -Suri- 22-3-2023 03:07 AM
Mak aih..kotornya
Quote Suchi 22-3-2023 06:10 AM
dua_chzy replied at 22-3-2023 02:24 AM
Kena la jaga sebab sekolah2 situ je la jadik tumpuan jika ada pelawat negara luar datang huntok tu ...

Yg iols nyampah tu duk pakat bandingkan ngn sekolah lain suh tiru mcm sek situ
Takpun duk ajak semorang pindah g sekolah kat sana.

Apa2 kat putrajaya tu toksah la duk compare ngn sekolah lain sbb hanya akan menyakitkan hati je
Quote Suchi 22-3-2023 06:15 AM
Edited by Suchi at 22-3-2023 06:23 AM
apalancut replied at 22-3-2023 02:19 AM
sekolah dkt dgn HQ KPM, harus la bersih sis. Ibarat orang jual dadah, takkan nak jualbeli depan ba ...


Sek anak iols ni nak minta derma 10k je utk tukar set meja mkn kat kantin kpd fiber ke apatah sbb yg lama bangku kayu tu dh tak ok blh kena selumbar bebudak ni tp susah gak nk cukupkan dana.
Taktau la knp bab kutipan derma ni payah bebenor.
Ekceli takde la semua org susah pun ada je T20 kira semua golongan pun ada.
Tp iols rasa dgn jumlah murid 1600 tu sorang mak pak derma rm10 sorang pun dh lebih drpd cukup ikutkan. Tp gitulaaa RM10 tu mungkin byk sgt kot bg dorang.
Quote akmal 22-3-2023 06:45 AM
Suchi replied at 21-3-2023 06:59 PM
Begitulah keadaan sekolah diseluruh malaysia tak seragam

Sekolah kebangsaan di putrajaya tiber elok ...

Btul tu
Nmpk sgt berbeza antara sekolah di putrajaya n sekolah lain
Sekolah putrajaya semua 1sesi ke

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.065906 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top