CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Tempat Urungan Lipas, Lalat Dan Tikus, 42 Kedai Makan Di Selangor Diarah Tutup Serta Merta

21-3-2023 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13832| Komen: 5

Description: SHAH ALAM – Tindakan 42 premis makanan yang mempunyai urungan lipas, lalat dan tikus di Selangor mengundang padah apabila diarah tutup serta merta dalam tempoh tiga bulan tahun ini.
SHAH ALAM – Tindakan 42 premis makanan yang mempunyai urungan lipas, lalat dan tikus di Selangor mengundang padah apabila diarah tutup serta merta dalam tempoh tiga bulan tahun ini.

Kesalahan itu dikesan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi Operasi Premis Bersih (OPB) di semua daerah bermula Januari lalu.


Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, operasi itu bertujuan memastikan premis bebas  pencemaran makanan dengan bahan cemar mikrobiologi atau toksik yang membahayakan kesihatan.


Foto: kosmo

Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas 673 premis makanan sepanjang tempoh tersebut.

“Sebanyak enam peratus atau 42 daripadanya diarah tutup kerana dikesan berlaku urungan sekali gus mendapat markah merit rendah.

“Selain itu, sebanyak 462 Notis 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dikeluarkan dengan kompaun berjumlah RM287,200,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Jelas Sha’ari, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling merekodkan pemeriksaan tertinggi iaitu 138 premis termasuk tujuh yang diarah tutup. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 21-3-2023 11:39 PM
Cuba la senaraikan kedai mana tu....
Quote Perawankota 22-3-2023 12:17 AM
Bagilahhh nama kedai
Quote rogayahtop 22-3-2023 12:30 AM
tahniah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Mintak tolong tengokkan sekali restoran2 fast food yg kedekut nak hire cleaners sampai berlari2an ratatouille kena viral baru tutup.
Quote Mulotkoyak 22-3-2023 07:28 AM
Bulan pose ni tlg check bazar mana yg duk ulang panas kan lauk smlm and mingguan tu... Check jugak harga bazar ramadhan. Terus bg notis kompaun and diarahkan tutop serta merta.
Quote cmf_premierleag 22-3-2023 07:30 AM
Tutup je? Revoke je la lesen balik

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.288244 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top