Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya, Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya pada Selasa. Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, sepanjang tempoh empat tahun rumah tangga mereka bergolak, Syamsul tidak pernah sekali pun membangkitkan hal dinyatakan dalam permohonannya di mahkamah.
Katanya lagi, dia yakin berada di pihak benar dan dakwaan dibuat Syamsul adalah sekadar rekaan semata-mata. "Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi? "Buatlah apa pun sebab saya tak takut. Saya yakin berada di pihak yang benar. "Cuma ingin saya ingatkan yang mereka (Syamsul dan Ira Kazar) sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah Seksyen 23,” katanya kepada mStar.
Luahan Puteri Sarah itu sekali gus memberi gambaran hubungan Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar sudah lama terjalin. Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia tidak gentar dengan dakwaan dibuat terhadapnya malah menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan keluarga mentua ketika dia berdepan dengan kes mahkamah. Malah kata Puteri Sarah, Ira juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut mahkamah. "Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang,” jelasnya. Pada petang Selasa Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah. -CARI Sumber: mStar
|
totokreturn. replied at 21-3-2023 06:51 PM
bukti mana bukti
_blackbird replied at 21-3-2023 07:17 PM
sol tamau tunjuk ke perbualan wassap ps dengan kekasih lama. huhuhuhu
totokreturn. replied at 21-3-2023 06:51 PM
bukti mana bukti
asfaz replied at 21-3-2023 07:37 PM
Kalau ada video tuttt yg biirahh atr. Tak tally dgn tarikh nikah,hbs la kau sol.. jntan2 dah berso ...
asfaz replied at 21-3-2023 07:37 PM
Kalau ada video tuttt yg biirahh atr. Tak tally dgn tarikh nikah,hbs la kau sol.. jntan2 dah berso ...
missHaidiD replied at 21-3-2023 07:45 PM
Mesti sol muka tgh tebal skrg 1 malaysia tau sol main dgn birah sblm nikah
ADVERTISEMENT