CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gerak Solo Jual Madani Coffee, Tak Bermakna Syida Gaduh Dengan Adik-Beradik Melvin

21-3-2023 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16079| Komen: 30

Description: Tindakan Syida Melvin bergerak solo tanpa adik-beradik lain untuk memulakan perniagaan baru berasaskan minuman, Madani Coffee mencuri perhatian ramai.Syida, 25, dilaporkan OhBulan berkata, tidak berma ...
Tindakan Syida Melvin bergerak solo tanpa adik-beradik lain untuk memulakan perniagaan baru berasaskan minuman, Madani Coffee mencuri perhatian ramai.

Syida, 25, dilaporkan OhBulan berkata, tidak bermaksud dia ‘keluar’ daripada produk kosmetik yang sudah makin dikenali apabila memutuskan mencabar diri dengan memulakan bisnes sendiri.



IG

"Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri," jelasnya.

Pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin itu berkata, keputusannya itu tidak mendapat tentangan daripada adik beradik, malah mereka secara terbuka menyokong usahanya itu.



"Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

"Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu," ujarnya.



Dalam pada itu, Syida yang mengusahakan Madani Coffee bersama suaminya, Shafiq Shaheen memberitahu, dia ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya.

Difahamkan, Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi seperti habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa), probiotik, fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika.

Untuk tahun pertama, Syida menyasarkan jualan sehingga 100,000 peket.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rotipitadaging 21-3-2023 06:44 PM
Patut kopi letak nama kopi bingit
Quote aleesyasofia 21-3-2023 07:18 PM
Maheinya..
Quote Manusiabesa 21-3-2023 07:20 PM
Xkan la xgduh kot. Masing2 mulut pakai hembus ja tu, mmg risiko tinggi.hahaha. 4 ketul ni muka 1 template ja smua tp alhmdlh syukur, skrg iols dh dpt cam dh setiap satu. Dulu mmg btul2 xdpt cam. Mcm kembar 4.
Quote putu 21-3-2023 07:23 PM
Dia sndr pun rimas kot dgn kebingitan adk bradik ya itu
Quote pocongkiutss 21-3-2023 07:25 PM
Kupi rahmah takde ke ?
Quote codenamedream 21-3-2023 11:00 PM
49 sepeket... Untuk 1 cup ke.

Baiklah pi beli kat stabak jer
Quote jambatannetizen 21-3-2023 11:12 PM
Syida ini tahun ini 26. Tapi muka tuaaa betui !
Quote cikatilia 22-3-2023 09:22 AM
kalau 3in1 RM49
baik beli jenama lain.. old town ke.. french roast ke nescafe kopiko .. berganda2 murah takat belas2 ringgit 1 pek
tiba dia jual sampai dekat 50 hengget sepeket.. harga mahal sbb ko adik badik ipaq duai artis ke?

cuma aku curious 1 pek ada berapa sachet
Quote ibu_haritz 23-3-2023 11:20 AM
Baik iols beli kopi Aik Cheong je..
Quote Nurul8001 23-3-2023 11:24 AM
Manusiabesa replied at 21-3-2023 07:20 PM
Xkan la xgduh kot. Masing2 mulut pakai hembus ja tu, mmg risiko tinggi.hahaha. 4 ketul ni muka 1 tem ...

Siap bersyukor sbb dah dapat cam


Mcm mana nak beza. Saya tengokkan samaaaaaa je
Quote slyfynx 23-3-2023 11:37 AM
retis ke pompuan ni?
Quote redz85 23-3-2023 12:38 PM
25 tahun? macam 35
Quote doridori_hi 23-3-2023 01:40 PM
iols skip byk coffee shop, sejak pkp tu hari, iols feeling2 bartender kt rumah, cuba campur2 itu ini, yg terbaru aik cheong peket kuning  campur dgn nescafe dark roast sesudu... tanpa gula ...
Quote pembacagosip 27-3-2023 11:14 AM
mmg cakap mcm nak gaduh kah?
Quote NazRysha 27-3-2023 11:28 AM
rela minum coffe bean dengan starbucks
Quote kakigojes 27-3-2023 11:46 AM
She Artis ke???
Quote Zaien 27-3-2023 12:16 PM
hahaha harga punnn
baik pi setabak & kopiben...
Quote dudaberhias 27-3-2023 12:16 PM
bisnes produk oem nak bungkuih dah ke sampai beralih ke kopi?
ye la nak pakai pun tak konfiden tengok muka ponder semua berlangas dan wajah tua sebelum usia dah kalau gitu baik aku pakai krim temulawak tu je
Quote epal_putih 27-3-2023 12:20 PM
Byk sgt dah kedai2 kopi hipster nih

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.072654 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top