Rita Rudaini bersyukur kerana diberi kekuatan untuk membesarkan anak-anaknya sebagai seorang ibu tunggal. Di Instagram, Rita memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama anak-anaknya ketika masih kecil sehinggalah meningkat remaja.
Dia juga berkongsi perjalanan suka duka dalam membesarkan anak-anak dan tak menyangka dirinya mampu menghadapi segala cabaran itu seorang diri. "Tak pernah terbayang, waktu mereka sekecil ini, aku sudah galas tanggungjawab sorang-sorang. Hebatnya tenaga dan emosi yang Allah hadiahkan pada aku dan juga ibu-ibu tunggal yang lain,"katanya. Tambahnya perasaan yang dirasainya sukar untuk digambarkan sebaliknya hanya mampu meluahkan hal itu kepada yang Maha Esa.
|
gerbera.memopad replied at 11-5-2023 10:19 PM
Waktu PKP dulu adalah juga cerita lain pasal vaksin, cengkih segala. Ni u-turn balik pasal isu ibu t ...
ADVERTISEMENT