CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tini Ariffin Tak Keruan Nampak Ketulan Masa Mandi, Lepas 2 Bulan Baru Kongsi Hidap Kanser Payudara

21-3-2023 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19826| Komen: 57

Description: Tini Ariffin berkongsi mengenai dirinya yang disahkan menghidap kanser payudara tahap satu.IGSelepas dua bulan, bekas pengacara program 3R itu membuat pendedahan menerusi Instagram berkata, dia kini b ...
Tini Ariffin berkongsi mengenai dirinya yang disahkan menghidap kanser payudara tahap satu.


IG


Selepas dua bulan, bekas pengacara program 3R itu membuat pendedahan menerusi Instagram berkata, dia kini bersedia untuk berkongsi selepas dapat mengawal emosi dan mencari maklumat terperinci untuk manfaat bersama.

Katanya, dua bulan lalu dia disahkan menghidap barah payudara selepas menyedari kewujudan ketulan di payudara ketika mandi. 




Menurut Tini, dia yang melakukan Mammogram dan Ultrasound secara konsisten diberikan dua cadangan.

"Saya secara konsisten, melakukan Mammogram dan Ultrasound setiap tahun sejak saya melangkah ke usia 40 tahun. Tahun lalu, tak ada apa-apa.



"Cadangan pertama, saya perlu jalani pembedahan dan sampel ketulan itu akan dihantar ke makmal untuk diuji. Kalau ia kanser, doktor akan teruskan dengan prosedur seterusnya.

"Saya seterusnya meneruskan dengan biopsy selepas meneliti cadangan kedua. Saya nak tahu sama ada ketulan atau ketumbuhan itu adalah benda biasa atau yang akan merosakkan.



"Tak ada pembedahan besar, cuma ambil sampel pertama dan hantar ke makmal. Langkah ini lebih sesuai dengan situasi pada ketika itu, di mana, saya agak tertekan selepas mendapat tahu mengenai wujudnya ketulan itu.

Selepas menerima khabar keputusan ujian bahawa ketulan itu adalah kanser, Tini bagaimanapun rasa bertuah kerana bertindak lebih awal.



Tini juga meminta agar setiap individu yang merasakan ada perubahan luar biasa di mana-mana bahagian tubuh, untuk melakukan pemeriksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 21-3-2023 06:23 PM
Radiotherapists yg Aku buat mammogram Kata bagus Kalo buat 2x setahun

Tapi Aku buat setahun 1x je
Perit boob kene kepit masa buat Tu
Trauma jugak la
Quote Suchi 21-3-2023 06:26 PM
Semoga diberi kesembuhan,

Nak buat ujian tapi takut
Takut kalau tau ada sakit nnt mesti terus menjadi2 sakitnya
Tapi kalau taktau nnt tak elok juga kalau tau bila dah lewat sgt.
Quote TerataiMelur02 21-3-2023 06:30 PM
penmerah replied at 21-3-2023 06:23 PM
Radiotherapists yg Aku buat mammogram Kata bagus Kalo buat 2x setahun

Tapi Aku buat setahun 1x je

Sakit ke mammogram?lama tak?
Quote zuri154 21-3-2023 07:53 PM
TerataiMelur02 replied at 21-3-2023 06:30 PM
Sakit ke mammogram?lama tak?

Aku baru buat mamogram last year. Tak selesa sangat masa terkepit tu sb mcm rasa susah nk nafas. Trauma kena kepit tu x hilang
Quote babynina30 21-3-2023 09:18 PM
Kalau ultrasound saja, not good enough ke compared to mammogram?
Quote dudaberhias 21-3-2023 09:23 PM
iols hengat sheols juliana ibrahim dalam spilt gravy tu... rupa nak sama gittew
Quote primarikey 21-3-2023 10:14 PM
zuri154 replied at 21-3-2023 07:53 PM
Aku baru buat mamogram last year. Tak selesa sangat masa terkepit tu sb mcm rasa susah nk nafas. T ...

Tu la
Member pnah cite nenen sakit masa kena kapit tu...iols jd takut nk buat
Taun lps adik kak ipar breast cancer...muda lg..baru 27 taun..kesian..awal taun aritu dh operate...ramai kena kanser skrg
Quote penmerah 21-3-2023 10:19 PM
TerataiMelur02 replied at 21-3-2023 06:30 PM
Sakit ke mammogram?lama tak?

Perit juga lah kene kepit beria
Lepas kepit nurse Tu tgk kat screen, Kalo gambar tak memuaskan hati, she betulkan kedudukan b**b lagi... Kepit lagi...
Side Kiri, kanan
Lama tak Lama lah... Tapi beberapa minut yg menyeksakan

Trauma jugalah sbb kepit

Tapi iols tetap buat setahun sekali insyaallah

Utk buat 2x setahun... Belum Ada kekuatan
Quote missbigrockstar 21-3-2023 10:29 PM
Edited by missbigrockstar at 22-3-2023 07:22 AM
TerataiMelur02 replied at 21-3-2023 06:30 PM
Sakit ke mammogram?lama tak?


Tak sakit from my experience. Rasa pressure bila kena besi ja. And aku kurus isi lemak pun tak berapa ada
Go ladies, especially yg dah menginjak 40s, jgn takut buat mammogram. Better be safe than sorry
Quote becir 21-3-2023 10:42 PM
I buat mammo 2 tahun sebelah sakit sebelah tak..lepas tu bila doctor tengok katanya takleh guna sebab tissues I padat lagi cam anak dara gitew..so buat la ultrasound. I mmg ada lump and instead of biopsy I chose to operate keluarkan semua sebab it's quite big. Masa ultrasound lagi doc dah cakap it's fibroadenoma, takde apa but bila operate rasa risau pun hilang. Tu paling penting.
Quote pinkypetal 21-3-2023 10:46 PM
babynina30 replied at 21-3-2023 01:18 PM
Kalau ultrasound saja, not good enough ke compared to mammogram?

Ikut umur you.Kalau bawah 40, doctor akan buat ultrasound. Kalau 40 ke atas baru mammogram.
Quote samperit 21-3-2023 10:54 PM
tini ni bukan ke dulu masuk aljazeera & migrate? ke salah org
Quote cik_ingeniare 21-3-2023 11:12 PM
pinkypetal replied at 21-3-2023 10:46 PM
Ikut umur you.Kalau bawah 40, doctor akan buat ultrasound. Kalau 40 ke atas baru mammogram.

Kaka.. sorry meols mencelah.. ultrasound dekat klinik biasa or kena pi pakar ye?
Quote pinkypetal 21-3-2023 11:37 PM
cik_ingeniare replied at 21-3-2023 03:12 PM
Kaka.. sorry meols mencelah.. ultrasound dekat klinik biasa or kena pi pakar ye?

I pergi hospital private. Klinik biasa tak boleh rasanya sebab yang buatkan tu radiologist then dia hantar imbasan tu ke doctor pakar. Then you akan di panggil ke bilik doctor tu untuk penerangan. Pernah jugak doctor pakar yang scan sendiri. Tapi ni ultrasound. Tak pernah buat mammogram sebab I below 40. Ada kena mengena dengan breast density untuk ultrasound dengan mammogram ni. Doctor pakar tu yang akan tentukan. Tapi generally if below 40, breast lagi dense so ultrasound lagi better. Ni apa yang I paham sepanjang pergi yearly check up tu.
Quote rogayahtop 21-3-2023 11:43 PM
Semoga mendapat rawatan sampai sembuh. Akak pun dah beranak  br ambiktau pasal breast cancer ni, kawan2  ada yg dah sembuh pun.

nak gi checkup tgk kat list ni siap ada rege dah pun tp better tanya dulu psl ada yg caj consultation sekali.

https://www.breastcancerfoundati ... cs-in-kuala-lumpur.
Quote mishungu 21-3-2023 11:53 PM
Teringat kisah sendiri.. First health screening 2019 lepastu covid apa segala plan nak buat tiap tahun tu asyik postponed je.. Sampai la end of feb aritu iols decide nak gi jugak buat.. Termasuk dgn 5 cancer marker.. Sekali keluar result ovarian cancer marker iols tinggi dr sepatutnye.. Tak ke gelabah.. Terus dorang suruh refer doc utk scan.. Gi la kk doc detect ada ovarian cyst kat belah kanan 12cm.. Doc ckp ada insurance gi je la private kalau tunggu gov takut lambat.. So iols gi private.. Dia detect belah kiri pon ada 7cm.. Bersyukur jgk la iols nekad nak pi jugak buat check up tu.. Sbb iols mmg takde simptom yg teruk ke apa.. Period regular.. Period pain normal.. Sekali ambik membesar bagai juara.. Dah selamat buang last friday..

Utk tak ot.. Kalau nak mammo free try tanya lppkn.. Mak iols last year dpt buat free kat private hospital.. Staff situ ckp malay selalu tak tau.. Cina je rajin dtg buat..
Quote Miss_LoveLeen 22-3-2023 01:35 AM
Meolss baru buat mammogram Oktober lepas. Tu pun gi klinik LPPKN, ambik surat refer buat mammogram kat pantai medical. Bayar rm 55 je, sekali dia buat test pap smear & HPV DNA ( yg ni sample staff klinik LPPKN yg ambil ). Tp mammogram kat LPPKN ni untuk umur 40 and above. Secara tak langsung kat komen ni, meolss ter reveal pulak umur meolss [em:2:]
Quote HelgaPataki 22-3-2023 07:59 AM
Tini betul2 practicing apa yg dorg preached masa 3R dulu. Regular check-up pastu sebarkan detailed info. Semoga she diberikan kesembuhan.
Quote harkktuih 22-3-2023 08:07 AM
HelgaPataki replied at 22-3-2023 07:59 AM
Tini betul2 practicing apa yg dorg preached masa 3R dulu. Regular check-up pastu sebarkan detailed i ...

Iols suka program 3R..sgt informative and create awareness pasal sesuatu issue.. Harap ada stesen tv buat balik 3R ni..

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.061539 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top