CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaafar Onn Masuk Hospital Sebab Sesak Nafas

21-3-2023 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13739| Komen: 2

Description: "Papa (Jaafar Onn) maklumkan kepada saya, dia tak sihat dan perlu berehat di hospital. Mungkin saya akan pergi melawatnya esok kerana hari ini jadual agak padat."Papa sebelum ini mengalami sesak nafas ...
"Papa (Jaafar Onn) maklumkan kepada saya, dia tak sihat dan perlu berehat di hospital. Mungkin saya akan pergi melawatnya esok kerana hari ini jadual agak padat.

"Papa sebelum ini mengalami sesak nafas, ditambah dengan kepenatannya disebabkan banyak bekerja. Apabila doktor buat pemeriksaan, didapati paru-parunya juga sedikit berair."


Demikian kata selebriti, Haiza Nordin mengulas keadaan kesihatan pelakon dan pengacara terkenal, Jaafar Onn, 72, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, semalam selepas mengalami sesak nafas.


Foto: IG

Terdahulu, berita ini mula tersebar apabila anak saudara Jaafar dikenali sebagai Fahmi Aziz berkongsi gambar pakciknya di Hospital Ampang sambil meminta rakan-rakan dan keluarga mendoakan kesejahteraan Jaafar.

"Untuk makluman, pakcik saya mengalami sesak nafas dan masih menunggu keputusan selanjutnya. "Semoga doa kalian memberikan asbab kesembuhan. Amin," tulisnya.


Bagaimanapun, tinjauan di Facebooknya mendapati Fahmi sudah memadamkan status terbabit.

Haiza yang mendapat bimbingan Jaafar ketika memulakan karier nyanyian berkata, Jaafar ketika ini memerlukan masa untuk berehat.

"Antara lain tujuan Papa dimasukkan ke wad disebabkan mahu beri peluang kepadanya untuk berehat.

"Papa dimasukkan ke wad berkenaan jam 4.30 petang semalam selepas pulang daripada menjayakan sebuah program di Kedah, selain menjelaskan, keadaannya masih stabil.

"Papa maklumkan, sejak kebelakangan ini banyak tawaran kerja yang diterima, jadi masa untuk berehat itu agak kurang.

"Semalam, dia rasa sesak nafas dan terus dibawa ke hospital. Keadaannya stabil, cuma perlukan masa untuk berehat," katanya.

Haiza bagaimanapun tidak pasti bila Jaafar akan dibenarkan keluar dan mengharapkan keadaannya tidak begitu serius dan boleh sembuh dalam masa terdekat. "Papa (Jaafar Onn) maklumkan kepada saya, dia tak sihat dan perlu berehat di hospital. Mungkin saya akan pergi melawatnya esok kerana hari ini jadual agak padat.

"Papa sebelum ini mengalami sesak nafas, ditambah dengan kepenatannya disebabkan banyak bekerja. Apabila doktor buat pemeriksaan, didapati paru-parunya juga sedikit berair."

Demikian kata selebriti, Haiza Nordin mengulas keadaan kesihatan pelakon dan pengacara terkenal, Jaafar Onn, 72, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, semalam selepas mengalami sesak nafas.

Terdahulu, berita ini mula tersebar apabila anak saudara Jaafar dikenali sebagai Fahmi Aziz berkongsi gambar pakciknya di Hospital Ampang sambil meminta rakan-rakan dan keluarga mendoakan kesejahteraan Jaafar.

"Untuk makluman, pakcik saya mengalami sesak nafas dan masih menunggu keputusan selanjutnya. "Semoga doa kalian memberikan asbab kesembuhan. Amin," tulisnya.

Bagaimanapun, tinjauan di Facebooknya mendapati Fahmi sudah memadamkan status terbabit.

Haiza yang mendapat bimbingan Jaafar ketika memulakan karier nyanyian berkata, Jaafar ketika ini memerlukan masa untuk berehat.

"Antara lain tujuan Papa dimasukkan ke wad disebabkan mahu beri peluang kepadanya untuk berehat.

"Papa dimasukkan ke wad berkenaan jam 4.30 petang semalam selepas pulang daripada menjayakan sebuah program di Kedah, selain menjelaskan, keadaannya masih stabil.

"Papa maklumkan, sejak kebelakangan ini banyak tawaran kerja yang diterima, jadi masa untuk berehat itu agak kurang.

"Semalam, dia rasa sesak nafas dan terus dibawa ke hospital. Keadaannya stabil, cuma perlukan masa untuk berehat," katanya.

Haiza bagaimanapun tidak pasti bila Jaafar akan dibenarkan keluar dan mengharapkan keadaannya tidak begitu serius dan boleh sembuh dalam masa terdekat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-3-2023 09:28 PM
Semoga cepat sembuh.


Quote 3chanceno 21-3-2023 09:38 PM
Semoga diberikan kesembuhan..

Reporter Cari nie, copy paste berita pun tak pass! Ulang2 same paragraph sampai pening bila baca

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.048056 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top