CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakcik Tua Mengembara Naik Motor Bawa 11 Ekor Kucing Bersama

21-3-2023 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14073| Komen: 4

Description: BANGKOK – Seorang lelaki Thailand mengembara bersama 11 ekor kucing peliharaannya dengan menaiki motosikal dari Bangkok menuju bandar Nakhon Ratchasima di rantau Isaan.
BANGKOK – Seorang lelaki Thailand mengembara bersama 11 ekor kucing peliharaannya dengan menaiki motosikal dari Bangkok menuju bandar Nakhon Ratchasima di rantau Isaan.

Thaiger melaporkan, perjalanan Pak cik Samsen bersama 11 ekor kuncingnya sejauh hampir 300 kilometer itu mengambil masa kira-kira lima jam.


Orang ramai mengenali Pak cik Samsen atau nama sebenarnya, Choowong Thepkoh, 65, selepas pesohor-pesohor TikTok Thailand menyiarkan video dia bersama kucingnya.


Foto: Facebook

Pak cik Samsen menyara hidup dengan menjual perhiasan di pasar lambak daerah Pom Prap Sattru Phai di Bangkok. Dia juga mengitar semula sampah dan menjualnya kepada kilang kitar semula.

Kumpulan pencinta kucing juga telah membantunya dengan menyumbang makanan dan barang keperluan lain untuk haiwan-haiwan itu.

Laman Facebook kucing popular, Kingdom of Tigers turut mengumpul dana untuk membeli sebuah motosikal roda tiga supaya dia boleh pergi ke pasar bersama kucing-kucingnya.


Pada Jumaat lalu, laman web itu meminta orang ramai melindungi Pak cik Samsen sekiranya bertemu dengannya di jalanan. Lelaki itu ingin membawa kucing-kucingnya melawat Nakhon Ratchasima setelah meninggalkan bandar itu 26 tahun lalu. 

Pasukan penyelamat di bandar Nakhon Ratchasima kemudian membantu menemani Pak cik Samsen sehingga dia tiba di destinasi tersebut pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan).

Dalam satu wawancara, Pak cik Samsen memberitahu bahawa dia tinggal di Bangkok dan menjual apa sahaja supaya mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan untuk dia dan kucing-kucingnya.

Lelaki warga emas itu berkata, semua kucing tersebut adalah kucing terbiar. Dia berhasrat untuk menjaga kucing-kucing itu walaupun kadang kala sukar untuk memberi haiwan itu makan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 22-3-2023 01:51 AM
Bestnya...suka baca cerita-cerita macam ni...tq sharing...
Quote cikatilia 22-3-2023 09:25 AM
Aamboiii seronok kucing2 berehat2 jalan2 tgk dunia
Quote bakingsoda 22-3-2023 09:34 AM
ape agaknya perasaan pencinta kucing thai bila tgk figure paling pemes dr negara dorang lizard blackpig adalah pembeli tegar kucing baka? muka sendiri pon kena reno, ada hati nak memilih2 rupa kucing dan jijik ngan kucing jalanan.
Quote prettyuglybabe 22-3-2023 10:51 AM
i pun pernah bercita-cita one day nak me time jalan makan angin round satu semenanjung with my cats only..
tapi bila mengenangkan peel masing-masing, cancel je la..
mencik bila kucing orang lain elok je diam bila berjalan kena peluk kena cium..
kucing i bukan main diva lagi..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.088554 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top