CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Luang Masa Hadir Kenduri Menu Rahmah Di Parlimen

21-3-2023 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13583| Komen: 0

Description: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Kenduri Menu Rahmah Kasih Sayang yang berlangsung di Dewan Serbaguna Parlimen pada Isnin yang menampilkan 15 jenama terlibat dalam ...
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Kenduri Menu Rahmah Kasih Sayang yang berlangsung di Dewan Serbaguna Parlimen pada Isnin yang menampilkan 15 jenama terlibat dalam program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ramai persatuan penyedia makanan menawarkan Menu Rahmah berjaya dikumpulkan dalam majlis itu.



“Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri pada hari ini. KPDN mengucapkan terima kasih kepada semua penyedia makanan kerana menyertai majlis kenduri ini dan menyediakan makanan Menu Rahmah kepada jemputan secara percuma.

“Ini menunjukkan sinergi yang positif antara pengusaha makanan dan kerajaan dan manifestasinya adalah kejayaan penganjuran program pada hari ini,” katanya.

Kenduri itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim. 



Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.080647 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top