CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Ada Siapa Faham Amy Search " Bila Tidur Malam Saya Memalingkan Wajah Dari Isteri"

15-3-2023 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4014| Komen: 17

Description: Datuk Amy Search, 64, tidak dapat menahan air mata apabila mendedahkan dia pernah mengalami 'anxiety' atau keresahan akibat dikecam teruk netizen ketika konflik bersama kumpulan Search, sebelum ini.Am ...
Datuk Amy Search, 64, tidak dapat menahan air mata apabila mendedahkan dia pernah mengalami 'anxiety' atau keresahan akibat dikecam teruk netizen ketika konflik bersama kumpulan Search, sebelum ini.


Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman, 64, masalah 'anxiety' yang dialami menjadi lebih teruk ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Foto: IG

"Perjalanan kerjaya muzik saya bermula awal tahun 1980-an dan ketika itu tidak banyak gosip seperti hari ini. Sekarang sebagai artis popular, jika kita tersilap bagi kenyataan ia akan mengundang kecaman di media sosial.

"Bila baca komen yang sangat negatif di media sosial, saya berasa lebih terluka. Takkan hasil kerja saya selama empat dekad dalam industri muzik dihina dan mendapat kecaman seperti itu ," katanya kepada Harian Metro.

Amy berkata, dia mula mengalami masalah bila berasakan tiada siapa memahami dirinya ketika dalam fasa naik dan turun dalam industri muzik sebelum ini.




"Saya juga tidak berkongsi dengan isteri masalah itu. Bila tidur malam saya memalingkan wajah dari isteri kerana tidak mahu dia melihat saya menangis," katanya.

Bagaimanapun, Amy berkata, dia tidak pernah bertemu doktor untuk merawat masalah terbabit.



"Saya sendiri tidak tahu ada 'anxiety' kerana tidak pernah didiagnosis oleh doktor sebelum ini. Namun, saya tetap melawan perasaan resah dan bimbang itu kerana tidak mahu menjejaskan kesihatan.

"Ketika dalam perjalanan ke majlis pelancaran ini pun saya berasa seperti mahu menangis," katanya.



Ditanya bagaimana dia mengatasi masalah itu, Amy berkata, dia memilih untuk tidak membaca komen negatif daripada netizen di media sosial.

"Saya mengelak dari membaca komen negatif di media sosial sekarang untuk menjaga kesihatan mental," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 15-3-2023 12:18 PM
amy 64 , ella 57 ,

awie 54 ,


wow 10 tahun amy dan awie ye

kira ella ni pangkat kakak kepada awie...

tp mereka pernah diganding kan dlm filem ..pemburu bayang tak silap...nampak serasi haha
Quote Cleocatra 15-3-2023 12:21 PM
Ubatnya kau bermaaf maafan je lah dengan Kiddin.
Diorang yang sebenarnya tak de salah pun
Sampai bila nak bermusuh
Quote izat123 15-3-2023 12:28 PM
Cleocatra replied at 15-3-2023 12:21 PM
Ubatnya kau bermaaf maafan je lah dengan Kiddin.
Diorang yang sebenarnya tak de salah pun
Sampai bil ...

Kiddin boleh lagi dia minta maaf. Yazit?
Quote zuliana29 15-3-2023 12:30 PM
tak boleh maaf, bagi la bantuan kat keluarga yazit apa yg patut..
Quote epal_putih 15-3-2023 12:34 PM
dah tua2 ni gi lah bermaafan tu jer..
kita x tahu bila Allah nak panggil pulang
Quote Cleocatra 15-3-2023 02:07 PM
izat123 replied at 15-3-2023 12:28 PM
Kiddin boleh lagi dia minta maaf. Yazit?

Kan! Siap kena maki lagi dengan PA a.k.a ex gro
Tu agaknya tok mi pendam, jadi makan dalam
Takut bini...
Dengan yazid tu dari zaman muda bersama
Dari mula2 penubuhan kumpulan lagi
Quote Suchi 15-3-2023 05:00 PM
Edited by Suchi at 15-3-2023 05:05 PM

Pi la jumpa psy, luahkan jela keresahan ko tu
Menda ni akan makan diri.
Iols punya resah sampai masalah org pun iols pikir sampai takleh tidur
Menggeletar sana sini
Walhal tuan badan rileks2 je langsung tak pikir pun.better selesaikanlah apa2 yg meresahkan ko sampai tak leh tidur.
Ada salah ngn org pi minta maaf dan ketatkan apa yg dh longgar perbaiki balik apa yg salah dan silap.
Jadi jujur maka hati lebih tenang,mmg penat nak layan anxiety nih.
Jd apa2 yg mengganggu pikiran tu kena lepaskan dan selesaikan kalau tak sampai bebila takleh nak tenang.
Rasa bersalah ni berat wehhhhh
Quote rayna_raynes 15-3-2023 05:58 PM
Suchi replied at 15-3-2023 05:00 PM
Pi la jumpa psy, luahkan jela keresahan ko tu
Menda ni akan makan diri.
Iols punya resah sampai masa ...

i feel you sis. penat hidup dengan anxiety ni, lagi2 bila dah start 'makan badan'.
iols doakan uols baik2 saja


Quote dudaberhias 15-3-2023 05:59 PM
rhoper kemain ganas keras macam polong... tup tup takut jugak dengan kecaman netizen...
Quote menjad 15-3-2023 06:48 PM
Ada benda lah tuh smpai anxiety. Berbaiklah... sudah lah... dah tuwo nih apa lagi nak carik.
Quote soy_beans 15-3-2023 06:51 PM
Ada anxiety tapi tak diagnose.

Emmm. Kalau rakyat jelata dah kena kecam attention seeker ni.
Quote Fazzbulous 15-3-2023 06:54 PM
Suchi replied at 15-3-2023 05:00 PM
Pi la jumpa psy, luahkan jela keresahan ko tu
Menda ni akan makan diri.
Iols punya resah sampai masa ...

i kena anxiety sbb gerd...benci btul bile kena..kadang2 dlm kereta tgh drive pn i blh kne...tpksa bhnti...huhuhuhu..skrang i takleh drive jauh...sedih btul...i blh drive anta anak pegi skolah & pegi kedai dekat2 rumah je....
Quote ghalibboy 15-3-2023 07:19 PM
Bermaaf maafan, redho dan banyakkan beribadah. Supaya hati lebih tenang. Selain itu  jumpa lah doktor
Quote sleepandream 15-3-2023 08:07 PM
dudaberhias replied at 15-3-2023 05:59 PM
rhoper kemain ganas keras macam polong... tup tup takut jugak dengan kecaman netizen...

hmmm selalunya yg nampak liar dan ganas ni dalam hati ada taman khenn...
ttibe iols teringat mendiang chester linkin park.... tiberrr
Quote rosedemon 16-3-2023 09:03 AM
ngaji la bykkan beribadat ko jap lg kbur dah panggil mari
Quote Suchi 16-3-2023 02:32 PM
rayna_raynes replied at 15-3-2023 05:58 PM
i feel you sis. penat hidup dengan anxiety ni, lagi2 bila dah start 'makan badan'.
iols doakan uol ...

Harap sangat leh hilang rasa risau tu kan best kalau ada ubat leh cuci otak hilangkan rasa risau tu.
Quote Nurkaseh01 22-3-2023 08:16 AM
pegi setel kan apa yang patut.. nanti tenang lah semula hidup tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051247 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top