CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 8 Tahun Hidup Bermadu, Adira Nak Tenang-Tenang Je "Yang Ada Masalah Rumah Tangga Semoga Dipermudahkan"

15-3-2023 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2582| Komen: 5

Description: "Semoga dipermudahkan untuk sesiapa saja yang berhadapan dengan krisis rumah tangga, Setiap orang lain dugaannya," kata penyanyi, Adira Suhaimi apabila diminta mengulas mengenai krisis rumah tangga da ...
"Semoga dipermudahkan untuk sesiapa saja yang berhadapan dengan krisis rumah tangga, Setiap orang lain dugaannya," kata penyanyi, Adira Suhaimi apabila diminta mengulas mengenai krisis rumah tangga dalam kalangan selebriti yang menjadi bualan hangat ketika ini.


Adira berkata, apa yang dialaminya sebelum ini sudah lama berlalu dan fokusnya ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak dan memastikan keharmonian keluarga terpelihara.

Foto: IG

"Biasalah turun naik dalam kehidupan bukanlah sesuatu yang asing. Alhamdulillah semuanya bertambah baik dan dipermudahkan. Mungkin juga kerana faktor usia.

"Saya sudah lapan tahun bermadu. Anak-anak sudah semakin ramai dan keluarga kami pun semakin besar. Apa yang baik, kita lalui saja.

"Kita makin lama makin tua. Sekarang saya nak kehidupan yang tenang saja," katanya.



Terdahulu, Adira memuat naik video mesra bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red di media sosial.

Menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat itu, mereka dilihat berpakaian sedondon rona hitam sambil berpimpin tangan menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal iaitu Datuk Radzuan Radzwill.



Bukan saja Adira, video berkenaan turut dikongsikan Datin Red di TikTok dengan kapsyen berdoa semoga Allah SWT menjaga hubungan rumah tangga itu.

"Dalam sesuatu perhubungan, bukan seorang saja yang perlu mengalah sebaliknya kedua-dua pihak memainkan peranan. Malah suami juga harus bersikap adil dan tidak melebihkan sesiapa," katanya.



Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayoub yang kini berusia enam bulan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 15-3-2023 12:25 PM
ko jaga la hati madu ko tu baik2, kang kalau laki ko curang lagi, boleh take team ngan tin red hempuk kepala laki korg hokehhh
Quote snowater 15-3-2023 12:27 PM
walaupon kategori penyondol tp die tak provok and kacau bini first. content n post pun x penah tjk laki. so oklah, dimaafkan..
Quote shida81 15-3-2023 02:30 PM
selagi bini 1st x meroyan so ko still selamat
ko jaga je hati bini 1st tu
Quote wzwna26 15-3-2023 05:55 PM
bini 1st dia selalu je meroyan kt story haha tp cara dia ckp more to bengang kat laki depa. dia x pernah mention adira pun. yg aku tergelak org QA dia tanya macam mana giliran bermalam ada masalah ke? dia jawab ok je setakat ni bergilir-gilir, ha macam tu lah sampai laki aku mamposss haha
Quote rosedemon 16-3-2023 09:04 AM
ok la bmadu tjaga kbjikan adira pon nmpk wangi jew

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.049161 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top