CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai Bahar Mengaku Terlalu Mesra, Buat Orang Tersuka Dan Selalu Salah Faham

15-3-2023 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3128| Komen: 12

Description: Khai Bahar, 29, sudah menyelesaikan secara baik salah faham mengenai dia didakwa mempermainkan hati seorang wanita menerusi satu ciapan di Twitter, baru-baru ini.
Khai Bahar, 29, sudah menyelesaikan secara baik salah faham mengenai dia didakwa mempermainkan hati seorang wanita menerusi satu ciapan di Twitter, baru-baru ini.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, dia sendiri keliru dan tidak tahu apa salahnya tapi akhirnya ia terlerai tanpa jadi meleret.


Foto: IG

"Tak ada apa pun, cuma salah faham saja. Bila membacanya, saya pun terkejut dan terus hubungi individu yang dikaitkan itu. Saya tanya terus dan selesaikan cara baiklah.

"Bila sudah selesai, individu yang 'tweet' itu saya tak salah pun. Dia pun padam ciapan mula-mula itu sebab tak nak hal ini dipanjangkan. Ini sebab saya tak ada salah pun dengan orang.

"Alhamdulillah dan selesai dan ia tidak terus meleret. Saya kenal, cuma memang ia salah faham saja," katanya.


Penyanyi lagu Luluh itu tidak menafikan salah faham mungkin tercetus kerana sifatnya yang terlalu mesra.

Khai akui dia memang tidak memilih dalam berkawan tapi mahu lebih berhati-hati selepas ini.



"Saya sendiri tuan badan yang tengok hal-hal begini dan rasa bukan salah saya, terus cakap dengan orang itu, tanya apa salah saya? Kalau salah saya, saya minta maaf. Kalau bukan salah saya, tolonglah selesai cara baik.

"Saya berkawan dengan semua orang. Jadi, bila sudah jadi macam ini, saya rasa bingung sekejap. Berterabur sekejap otak, sebab takkanlah saya sekejam itu.

"Saya pun ada hati dan perasaan juga macam orang lain. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya.



Baru-baru ini, satu ciapan mengaitkan penyanyi yang bersih daripada kontroversi itu mencetuskan tanda tanya apabila dia diminta untuk memohon maaf kerana mempermainkan seorang wanita.

"Pandailah kau berkata-kata. Dulu kau buat kawan aku macam mana? Bertahun-tahun kau diam. Kau nak kau datang, kau tak nak, kau 'blah' macam itu saja. Alasan sebab malu. Gila.


"Malas nak 'ngeteh'. Tapi Khai, kalau kau baca 'tweet' aku ini, aku nak pesan kau satu saja. Tolong minta maaf kat kawan aku. Jangan hilang senyap macam itu saja sampai ke sudah. Berjanji itu ini lepas itu kau hilang menyepi. Jadi orang itu, tolong berhati perut sikit," demikian ciapan ditujukan padanya itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-3-2023 12:24 PM
kesian ada yang fefeeling khai bahar syok kat dia... lepastu yang berangan tu cikki plak tu... kalau ponen bottom boleh la faham lagi dan ada peluang one night stand pun jadi lah kan bukan boleh mengandung pun... yihhhhh
Quote hokeypokey 15-3-2023 12:29 PM
“terlalu mesra” yg mcm mana tu???
Quote rogayahtop 15-3-2023 06:29 PM
[em:3:] cikki zaman skrg ni kena ada gaydar jugak nok. huntong kalau berkawan dgn geiboy mak nyah lessi semua ni mcm2 ilmu dapat.
Quote rayna_raynes 15-3-2023 07:36 PM
hokeypokey replied at 15-3-2023 12:29 PM
“terlalu mesra” yg mcm mana tu???

pernah jumpa dia sekali, dia ni kalau bercakap dalam ya renungan dia. Depan2 cute jugak walaupun bukan taste iols. Jd faham je kenapa fans2 diayg muda2 ramai yg tergila2kan dia

Quote rosedemon 16-3-2023 09:05 AM
diamla ko gayah
Quote hokeypokey 17-3-2023 07:19 PM
rayna_raynes replied at 15-3-2023 07:36 PM
pernah jumpa dia sekali, dia ni kalau bercakap dalam ya renungan dia. Depan2 cute jugak walaupun b ...

mesra renungan ala2 cam enrique iglesias kot..  yg tertangkap cintan tu plak jantan ke betina???
Quote rayna_raynes 17-3-2023 08:06 PM
hokeypokey replied at 17-3-2023 07:19 PM
mesra renungan ala2 cam enrique iglesias kot..  yg tertangkap cintan tu plak jantan ke betina???

mana2 individu yang menyukai jejantz la kot, tanpa mengira kromosom

Quote iraizz 17-3-2023 09:38 PM
Siapa yg mau kat dia ni.. Takde aura charming pun
Quote eely_shana 18-3-2023 10:50 AM
Jadi, jgnlah terlalu mesra
Quote Nurkaseh01 22-3-2023 01:42 AM
Tiba2 dah terbagi harapan.. Kesian
Quote CurangLagi 22-3-2023 02:10 AM
Teringat 1 kisah sang jejaka terbagi harapan pada c gadis cantik manis. Di janji kawin namun akhirnya sang jejaka disondol yang terpaling dan diwhoareyouuunyaaa c gadis itu.. Hmmm.. Jangan terlalu mesra ya khai. Nanti org tersalah sangka berkali2.. Hihihi
Quote BLoOmiNg_LeaF 22-3-2023 06:20 AM
Edited by BLoOmiNg_LeaF at 22-3-2023 06:26 AM

Kai bakar ni dressing dh ok, tp cara komunikasi die tu erkkk.. Bunyik mat rempit habis-habisan.. .. dsbbkan nila setitek rosak sirap sebelanga.. tiberrr...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047381 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top