View: 3200|Reply: 12
|
Khai Bahar Mengaku Terlalu Mesra, Buat Orang Tersuka Dan Selalu Salah Faham
[Copy link]
|
|
Khai Bahar, 29, sudah menyelesaikan secara baik salah faham mengenai dia didakwa mempermainkan hati seorang wanita menerusi satu ciapan di Twitter, baru-baru ini.
Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, dia sendiri keliru dan tidak tahu apa salahnya tapi akhirnya ia terlerai tanpa jadi meleret.
Foto: IG
"Tak ada apa pun, cuma salah faham saja. Bila membacanya, saya pun terkejut dan terus hubungi individu yang dikaitkan itu. Saya tanya terus dan selesaikan cara baiklah.
"Bila sudah selesai, individu yang 'tweet' itu saya tak salah pun. Dia pun padam ciapan mula-mula itu sebab tak nak hal ini dipanjangkan. Ini sebab saya tak ada salah pun dengan orang.
"Alhamdulillah dan selesai dan ia tidak terus meleret. Saya kenal, cuma memang ia salah faham saja," katanya.
Penyanyi lagu Luluh itu tidak menafikan salah faham mungkin tercetus kerana sifatnya yang terlalu mesra.
Khai akui dia memang tidak memilih dalam berkawan tapi mahu lebih berhati-hati selepas ini.
"Saya sendiri tuan badan yang tengok hal-hal begini dan rasa bukan salah saya, terus cakap dengan orang itu, tanya apa salah saya? Kalau salah saya, saya minta maaf. Kalau bukan salah saya, tolonglah selesai cara baik.
"Saya berkawan dengan semua orang. Jadi, bila sudah jadi macam ini, saya rasa bingung sekejap. Berterabur sekejap otak, sebab takkanlah saya sekejam itu.
"Saya pun ada hati dan perasaan juga macam orang lain. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya.
Baru-baru ini, satu ciapan mengaitkan penyanyi yang bersih daripada kontroversi itu mencetuskan tanda tanya apabila dia diminta untuk memohon maaf kerana mempermainkan seorang wanita.
"andailah kau berkata-kata. Dulu kau buat kawan aku macam mana? Bertahun-tahun kau diam. Kau nak kau datang, kau tak nak, kau 'blah' macam itu saja. Alasan sebab malu. Gila.
"Malas nak 'ngeteh'. Tapi Khai, kalau kau baca 'tweet' aku ini, aku nak pesan kau satu saja. Tolong minta maaf kat kawan aku. Jangan hilang senyap macam itu saja sampai ke sudah. Berjanji itu ini lepas itu kau hilang menyepi. Jadi orang itu, tolong berhati perut sikit," demikian ciapan ditujukan padanya itu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
“terlalu mesra” yg mcm mana tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
[em:3:] cikki zaman skrg ni kena ada gaydar jugak nok. huntong kalau berkawan dgn geiboy mak nyah lessi semua ni mcm2 ilmu dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah jumpa dia sekali, dia ni kalau bercakap dalam ya renungan dia. Depan2 cute jugak walaupun bukan taste iols. Jd faham je kenapa fans2 diayg muda2 ramai yg tergila2kan dia
|
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 15-3-2023 07:36 PM
pernah jumpa dia sekali, dia ni kalau bercakap dalam ya renungan dia. Depan2 cute jugak walaupun b ...
mesra renungan ala2 cam enrique iglesias kot.. yg tertangkap cintan tu plak jantan ke betina??? |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 individu yang menyukai jejantz la kot, tanpa mengira kromosom
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg mau kat dia ni.. Takde aura charming pun |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, jgnlah terlalu mesra |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 dah terbagi harapan.. Kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat 1 kisah sang jejaka terbagi harapan pada c gadis cantik manis. Di janji kawin namun akhirnya sang jejaka disondol yang terpaling dan diwhoareyouuunyaaa c gadis itu.. Hmmm.. Jangan terlalu mesra ya khai. Nanti org tersalah sangka berkali2.. Hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BLoOmiNg_LeaF at 22-3-2023 06:26 AM
Kai bakar ni dressing dh ok, tp cara komunikasi die tu erkkk.. Bunyik mat rempit habis-habisan.. .. dsbbkan nila setitek rosak sirap sebelanga.. tiberrr... |
|
|
|
|
|
|
| |
|