Jarang sekali berkongsi mengenai keluarganya media sosial, namun baru-baru ini tersebar momen manis antara pelawak senior, Azlee Senario bersama isterinya sehingga meraih pujian ramai. Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan sendiri oleh Azlee di aplikasi TikTok, dia tidak menyangka perkongsiannya itu menjadi tular. Memetik mStar, Azlee atau nama sebenarnya, Mohd Azlee Jaafar yang sudahpun berusia 56 tahun itu memaklumkan perkongsiannya hanyalah untuk meluahkan perasaan isi hati terhadap isteri tercinta.
"Memang amat bersyukur kepada Allah kerana ini semua ketentuanNya. Sebenarnya saya ni tidak pandai sangat bermain TikTok. Tapi bila anak saya rakam dan kemudian memuat naik, tak sangka terus tular pula. Satu rahmat sebenarnya sebab orang doa yang baik untuk saya dan keluarga. Maka saya pun doa yang baik untuk mereka juga. Ingat, pertama itu lebih baik…” – Azlee. "Pada saya, kenapa kita perlu sorok atau sembunyikan isteri, sedangkan dia adalah isteri kita dan tugas sebagai seorang suami kena gembirakannya. Sebab isteri paling teruk kerja di rumah tapi tugas kita hanya cari nafkah sahaja" katanya lagi. Ditanya pandangan tentang apa yang berlaku ke atas isu rumah tangga rakan-rakan artis, Azlee berpandangan mereka lebih tahu apa yang terbaik dan menasihatkan untuk buat satu keputusan yang tepat. Azlee telah mendirikan rumah tangga bersama Aslinda Ayob dan dikurniakan dua orang anak perempuan. - CARI |
Perawankota replied at 9-3-2023 02:30 AM
Dulu2 lupa ke selalu datang kolej cempaka tu..
ezacbee replied at 9-3-2023 03:19 AM
Kolej CK ke?
Aiseh tertinggal ketapi part ni. Klo acik anti pengkid tau laa..
ADVERTISEMENT