CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Especially To My Beautiful Adik. Percayalah Selepas Hujan, Pastu Akan Ada Pelangi,” Bella Astilah Titip Pesanan Buat Nurul Shuhada

9-3-2023 06:14 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 10283| Komen: 47

Description: Umum tahu pelakon Bella Astilah pernah melalui fasa keretakan rumah tangga namun dek kerana kesabaran dan cekal, hubungan rumah tangganya kembali bertambah baik.


Umum tahu pelakon Bella Astilah pernah melalui fasa keretakan rumah tangga namun dek kerana kesabaran dan cekal, hubungan rumah tangganya kembali bertambah baik.

Menerusi perkongsian terkini di Instagramnya, Bella Astilah memuat naik video pendek memaparkan momen ketika berjumpa bersama bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri di sebuah restoren.

Perkongsian video tersebut berserta kapsyennya seakan meruntun jiwa ramai.

Dalam video berkenaan, raut sayu Shuhada yang mempunyai parut kekal di wajahnya akibat ditumbuk sebanyak tiga kali oleh Hafidz telah menyentuh hati.


Menerusi ruangan kapsyen, Bella turut menitipkan pesanan kepada Shuhada bersempena dengan Hari Wanita yang jatuh pada tarikh 8 Mac ini.

“Happy Women’s Day to all the incredible and beautiful women! Shine on… not just today but everyday.

“Especially to my beautiful adik, Shuhada. Percayalah selepas hujan, pastu akan ada pelangi,” tulisnya.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri luahan hati rakan-rakan selebriti yang sayu melihat raut wajah Shuhada tampak sangat terluka.

Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan netizen menitipkan pesanan indah buat mereka agar masing-masing disuntikkan kekuatan dalam mengharungi segala ujian kehidupan dan rumah tangga.



Terdahulu, keluarga Shuhada mengesahkan Hafidz dan Shuhada telah berpisah dengan lafaz cerai talak satu menerusi sebuah panggilan telefon.

Tidak habis disitu, Hafidz juga telah menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali baru-baru ini sehingga mendapat kecaman hebat daripada netizen. - CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote red_velvet 9-3-2023 01:48 AM
Beriye2 nasihat orang.. tapi rasanya ko tu lepas hujan hujan balik, pastu mendung, pastu hujan lebat, pastu ribut petir, pastu puting beliung, then mendung lagi, hujan ais pulak lepas tu.. bila  masanya ada pelangi
Quote fariarizai 9-3-2023 02:13 AM
Adik?? Bukan both of them born 94 ke?
Quote anony-mous 9-3-2023 02:26 AM
I tot bella yg adik? Xlawa plak si shu dlm video. Dlm gmbar latest nmpk lawa sikit dah.


Calling @LadyCarefree bella dah riding the issue
Quote she 9-3-2023 02:30 AM
Pepandai aje dia
Hidup dia pun hujan semedang

Rumahtangga sendiri pun tak terjaga
Sibuk nak menelaah jadi penasihat rumahtangga orang lain
Quote hatikutertutup 9-3-2023 03:59 AM
anony-mous replied at 9-3-2023 02:26 AM
I tot bella yg adik? Xlawa plak si shu dlm video. Dlm gmbar latest nmpk lawa sikit dah.



Iols tengok muka shu dlm video mmg xlawa. Muka marhaen, tp kalau dia pandai touch up muka kan ok.
Quote Cleocatra 9-3-2023 05:24 AM
Ko tak payah nak sibuk hal orang wahai tin biskut kemek
Diri sendiri pun masih hujan ribut petir disiang hari
Quote wikedsaikel 9-3-2023 05:32 AM
she replied at 9-3-2023 02:30 AM
Pepandai aje dia
Hidup dia pun hujan semedang



Selepas hujan ada pelangi lepas tu tiba tiba major storm balik lepas tu pelangi lepas tu… hehehe.
Familiar much dik bell?
Quote she 9-3-2023 07:09 AM
wikedsaikel replied at 9-3-2023 05:32 AM
Selepas hujan ada pelangi lepas tu tiba tiba major storm balik lepas tu pelangi lepas tu… hehehe. ...

Siap banjir
Kemain bagi nasihat pelangi bagaiii

Yihhhh macik emosi
Kome pegang macik pegangggg
Quote Kurex 9-3-2023 07:10 AM
Duduk rumah je la su oi.. kulu kelo dgn muka berjahit tu. Kang kena kuman ke, apa ke, kan susah..
Quote noor2 9-3-2023 07:12 AM
Muka Bella sama lawa je dgn Shu....x dela wow mana bila dia bergambar dgn shu...sama lebih kurang lawanya...
Quote rbmy 9-3-2023 07:24 AM
red_velvet replied at 9-3-2023 01:48 AM
Beriye2 nasihat orang.. tapi rasanya ko tu lepas hujan hujan balik, pastu mendung, pastu hujan lebat ...

tambah sikit..  aurora iceland pastu dtg plak taufan piabarakbah
pastu siklon tropis...tetap juga dgn alip tu...
Quote 3chanceno 9-3-2023 07:47 AM
noor2 replied at 9-3-2023 07:12 AM
Muka Bella sama lawa je dgn Shu....x dela wow mana bila dia bergambar dgn shu...sama lebih kurang la ...

On point betul komen acik nie & meols agree

Rumahtangga baru setahun jagung, siap kontrobesi tapi sibuk nak nasihat orang lain
Quote yondu 9-3-2023 07:50 AM
Quote incess.my 9-3-2023 07:52 AM
Acah acah jadi penasihat 25% si bella ni. Laki ko tu  pantang nampak betina, pastu play victim. Kita tgk pelakon pompuan mana pulak jadik mangsa konon tergilakan laki ko tu lps ni
Quote rosevelvet 9-3-2023 07:55 AM
Aku sian tgk shu ni. Masing2 riding nk buat content about her. Dia x rs apa ke bila org buat content dia tgh nangis n bsedih. Kalau aku, aku x suka terlihat lemah. Sbb dlm melodi nmpk sheol gigih untuk terlihat kuat n move on. Shu, sudah2 lah hidup dgn kwn2 yg take for granted on your situation. Sguh kesian kt dia mungkin sheol ni naive.
Quote fofuler 9-3-2023 07:56 AM
Dahh start nak buat content dahhhh. Ramai penunggang content ni wachaut dikshu. Kau pun tak payah melebih sangat layan penunggang, kalau ikut history kes macam ni kat malayzier mula2 orang suka , layan dan kesian. Nanti bila dah muka asik keluar lama2 orang akan kecam. Nuff said
Quote 3chanceno 9-3-2023 08:00 AM
red_velvet replied at 9-3-2023 01:48 AM
Beriye2 nasihat orang.. tapi rasanya ko tu lepas hujan hujan balik, pastu mendung, pastu hujan lebat ...

Hahaha....betul tu...cycle yg sama diulang lagik & lagik  tapi tapi si bini masih anggap tok laki sesuci embun pagi  masih pelik apa yg peminat si bella nie minat kat bakat dia..selain dari meraih simpati & potpet2 di medsocs, bakat apa yg menyerlah
Quote noor2 9-3-2023 08:10 AM
3chanceno replied at 9-3-2023 07:47 AM
On point betul komen acik nie & meols agree

Rumahtangga baru setahun jagung, siap kontrobesi ta ...

Ye la..duk kata mcm selena gomez la...tang mana selena gomez nya...dgn muka CT tanpa mekap pun jauh...ampon
Quote elzy 9-3-2023 08:11 AM
Lepas hujan, pastu akan ada pelangi kalau adalah..
Kalau ada pelangi pun tak kekal lama, camne tu?..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.132338 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top