CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Drama Dah Siar Hutang Tak Bayar! Ayu Puteh Bengang, Tuntut Stesen TV Swasta Jelaskan Bayaran RM704,000

9-3-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4962| Komen: 27

Description: Gagal melunaskan bayaran kandungan drama yang telah disiarkan sebanyak RM704,000, produser Datuk Ayu Puteh menuntut hutang tersebut dibayar segera daripada sebuah stesen televisyen swasta.
Gagal melunaskan bayaran kandungan drama yang telah disiarkan sebanyak RM704,000, produser Datuk Ayu Puteh menuntut hutang tersebut dibayar segera daripada sebuah stesen televisyen swasta.

Menurut Ayu atau Normashayu Puteh, 47, pemilik Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd., drama bersiri berjudul Di Sebalik Dia itu telah bersiaran pada September tahun lalu, namun sehingga kini pihaknya masih tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan.

Malah, pihaknya juga telah memberikan invois bagi menuntut bayaran selepas lima bulan tayangan namun tiada respons positif dari stesen berkenaan.


Foto:IG

"Kami ada menghantar invois pada Januari lalu tetapi pihak stesen TV masih lagi tidak memberi respons.

"Kita hantar lima invois yang berjumlah RM704,000. Mengikut perjanjian, bayaran akan dibuat dalam tempoh 90 hari, tetapi apabila pihak kami menghantar invois, mereka diam pula," katanya ketika dihubungi mStar.


Apa yang lebih mengecewakan, bayaran tidak dilunaskan sebaliknya pihak produksi pula menerima notis penamatan kontrak serta tuntutan sebanyak RM162,192,000 dengan alasan lewat menyerahkan bahan.

"Pihak produksi menerima Surat Pembatalan Kontrak drama melalui e-mel pada 9 Januari 2023 sedangkan surat tersebut bertarikh 24 November 2022 (backdated).

"Lagi mengejutkan kami menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran berjumlah RM162 juta. Bukannya mereka fikir nak bayar hutang, tapi buat pula tuntutan tak masuk akal secara tiba-tiba," ujarnya.

Kata Ayu, drama berkenaan sepatutnya dihasilkan sebanyak 28 episod namun dipadatkan kandungan dan jalan ceritanya menjadi 26 episod bagi menjaga kualiti kandunga. Ia telah disiarkan sehingga tamat tanpa sebarang masalah dan bantahan dari stesen televisyen itu.

Justeru itu kata Ayu, pihak stesen itu tidak sepatutnya melewatkan soal pembayaran kerana mereka sudah menyelesaikan tugas diberikan.

"Janganlah macam tu kenapa tak mahu bayar hasil kerja saya. Semua kandungan episod telah diluluskan oleh stesen TV berkenaan. Dah tayang pun secara keseluruhannya, Tak ada episod yang tergantung pun.

"Saya buat kerja industri ini ikhlas walaupun untungnya 10 peratus sahaja. Ini minat saya. Saya bukan orang kaya, hanya penerbit filem dan drama saja," katanya.

Jelas Ayu, bukan beliau seorang sahaja yang berhadapan masalah berkenaan malah produser lain juga turut merungut tidak mendapat bayaran selepas karya mereka disiarkan stesen berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SherryZass 9-3-2023 09:54 AM
osem kah? Amboi tak beragaknya tuntujan jota-jota iteww
Quote Lily_Elizabeth_ 9-3-2023 10:01 AM
Rasakan.
Sapa suruh bagi statement konon tahu kisah cinta birah tu dari 19 tahun.
Kejam.
Quote LadyCarefree 9-3-2023 12:40 PM
Stesen TV mana ni? Bagitau je lah nama.
Quote sleepandream 9-3-2023 01:06 PM
dah google, kompem osem tv...
ada 28 episod... 1 episod bajet dalam 25k... tu pun kalau takde deposit la
Quote RoseLuna 9-3-2023 01:13 PM
wow 162 juta
Quote phalanx 9-3-2023 01:32 PM
ochem tb.. diva AA amok tak bayar duit dia tu ochem tb gak kanss?
Quote prizadane 9-3-2023 01:36 PM
Semalam bukan ada berita ohsem tv nak kena saman dengan gomen? Sebab siar berita palsu.. kahkahkah
Quote Pak.dolla 9-3-2023 02:06 PM
Kalu betoi stesen tb tu...aku rs nk padankan muka jg sbb suka nau amik si buah masam tu keluar kat tv depa...menyampahhhhhs...xda mood nk tgk...
Quote anak_minang 9-3-2023 02:15 PM
Pak.dolla replied at 9-3-2023 02:06 PM
Kalu betoi stesen tb tu...aku rs nk padankan muka jg sbb suka nau amik si buah masam tu keluar kat t ...

Sapo pulak si buah masam ni?

Quote auntyonion 9-3-2023 02:19 PM
anak_minang replied at 9-3-2023 02:15 PM
Sapo pulak si buah masam ni?

Ceriberi
Quote rayna_raynes 9-3-2023 03:47 PM
osem tv tengah gelabah sbb bakalan disaman gomen
Quote MistrezHermanaz 9-3-2023 04:59 PM

alamak sapa pulak ni
Quote rayna_raynes 9-3-2023 05:39 PM

sherry ibrahim kan

Quote epal_putih 9-3-2023 05:41 PM
Dio ni yg sokong ik dan sol kan
Adan uke jer
Quote tagas 9-3-2023 06:12 PM
Camane industri media nih generate n recycle

income eh selain income dr iklan

then wat else

ke gomen bg fund



Quote LadyCarefree 9-3-2023 08:11 PM
sleepandream replied at 9-3-2023 12:06 PM
dah google, kompem osem tv...
ada 28 episod... 1 episod bajet dalam 25k... tu pun kalau takde deposi ...

Oooo. Bukan ke dulu si ehsi gelang tu masa buka stesen radio pun ada masalah bayar gaji? Pastu ada yg kaitkan dia dgn scammer? Dulu dia juga kononnya nak buat MyFace ke apa tu.
Quote rayna_raynes 9-3-2023 08:13 PM
LadyCarefree replied at 9-3-2023 08:11 PM
Oooo. Bukan ke dulu si ehsi gelang tu masa buka stesen radio pun ada masalah bayar gaji? Pastu ada ...

ac dah lama quit osem tv, tahun 2020 lg. skrg dia buat SUKE TV

Quote eely_shana 9-3-2023 08:16 PM
Dah kerja mestilah nak gaji
Quote LadyCarefree 9-3-2023 08:23 PM
Edited by LadyCarefree at 9-3-2023 07:24 PM
rayna_raynes replied at 9-3-2023 07:13 PM
ac dah lama quit osem tv, tahun 2020 lg. skrg dia buat SUKE TV


Oooooo gitu. bukan sama je ke? Tukar2 nama dari awal dulu ACTV jadi SyiokTV pastu entah apa lagi.....

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054505 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top