CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ingat, Pertama Itu Lebih Baik…” Azlee Senario Beri Peringatan Padu Buat Suami Yang Bercita-Cita Kahwin Dua

9-3-2023 12:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 15484| Komen: 96

Description: Jarang sekali berkongsi mengenai keluarganya media sosial, namun baru-baru ini tersebar momen manis antara pelawak senior, Azlee Senario bersama isterinya sehingga meraih pujian ramai.



Jarang sekali berkongsi mengenai keluarganya media sosial, namun baru-baru ini tersebar momen manis antara pelawak senior, Azlee Senario bersama isterinya sehingga meraih pujian ramai.

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan sendiri oleh Azlee di aplikasi TikTok, dia tidak menyangka perkongsiannya itu menjadi tular.




Memetik mStar, Azlee atau nama sebenarnya, Mohd Azlee Jaafar yang sudahpun berusia 56 tahun itu memaklumkan perkongsiannya hanyalah untuk meluahkan perasaan isi hati terhadap isteri tercinta.


"Memang amat bersyukur kepada Allah kerana ini semua ketentuanNya. Sebenarnya saya ni tidak pandai sangat bermain TikTok. Tapi bila anak saya rakam dan kemudian memuat naik, tak sangka terus tular pula.

Satu rahmat sebenarnya sebab orang doa yang baik untuk saya dan keluarga. Maka saya pun doa yang baik untuk mereka juga.

Ingat, pertama itu lebih baik…” – Azlee.

"Pada saya, kenapa kita perlu sorok atau sembunyikan isteri, sedangkan dia adalah isteri kita dan tugas sebagai seorang suami kena gembirakannya. Sebab isteri paling teruk kerja di rumah tapi tugas kita hanya cari nafkah sahaja" katanya lagi.

Ditanya pandangan tentang apa yang berlaku ke atas isu rumah tangga rakan-rakan artis, Azlee berpandangan mereka lebih tahu apa yang terbaik dan menasihatkan untuk buat satu keputusan yang tepat.




Azlee telah mendirikan rumah tangga bersama Aslinda Ayob dan dikurniakan dua orang anak perempuan. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinky46 9-3-2023 12:05 AM
Aitt bukan dulu beliyau pun ada history jugekk
**Rolled eyes**
Quote ohsoyaya 9-3-2023 12:18 AM
Mcm dia clean pulak ea. Buat2 lupa peristiwa lama la tu
Quote pujanggacinta 9-3-2023 12:20 AM
maybe sbb tu dia bg hints
belajar dr pengalaman sendiri
Quote starcity 9-3-2023 12:25 AM
Kalau komen sebab dh melalui buat perangai curang, kira ok la tu. Tapi kalau komen as if kau tu suami terpaling setia, hello...jgn ingat org lupa ya.
Quote sharlenetexas 9-3-2023 12:31 AM
Kenangan acik loreal.

Quote LadyCarefree 9-3-2023 12:39 AM
macam maid je cara dia potray bini dia.
Quote babynina30 9-3-2023 12:58 AM
Ambui pacik. Zmn kejar lideyawatiyyy dlu acamne ?
Quote de_ikea 9-3-2023 01:03 AM
Semoga terus membahagiakan isteri. Yg lepas2 jdkan sempadan.  
Quote inspektoremos21 9-3-2023 01:30 AM
Bini dia ada iras lydiawati tapi versi air muka lembut.. lydia muka garang
Quote rayna_raynes 9-3-2023 01:53 AM
Dia lupa ke apa dia buat zaman muda2 dulu?
Quote she 9-3-2023 02:28 AM
Alaaa deme dulu kawen mengejut dengan akak Lydiawati

Amboiiiiii
Jangan lupa Melodi terjah depan pagar rumah
Quote Perawankota 9-3-2023 02:30 AM
Dulu2 lupa ke selalu datang kolej cempaka tu..
Quote ezacbee 9-3-2023 03:19 AM
Perawankota replied at 9-3-2023 02:30 AM
Dulu2 lupa ke selalu datang kolej cempaka tu..

Kolej CK ke?

Aiseh tertinggal ketapi part ni. Klo acik anti pengkid tau laa..

Quote Perawankota 9-3-2023 03:22 AM
ezacbee replied at 9-3-2023 03:19 AM
Kolej CK ke?

Aiseh tertinggal ketapi part ni. Klo acik anti pengkid tau laa..

2001,2002 selalu jer datang.. Nmpk lah kereta kenari tak silap lambang senario sebesar Alam..
Quote dua_chzy 9-3-2023 05:37 AM
Eh haah la muka wife dia iras Lydiawati. Patut la dulu boleh sangkut. Memang taste heols.
Quote melinda_kerr 9-3-2023 06:17 AM
Aiyo pokcik ni.. dulu bukan ke hampir….
Quote primarikey 9-3-2023 06:17 AM
Nasib ko la azlee
Ko xleh kelentong acik2 porem
Ingatan dorg kuat


Quote teen_angelJB 9-3-2023 06:40 AM
Haha... Biasanye yg komen acah suci pasal kes terlarang ni.. Been there before
Quote Bawang123 9-3-2023 06:44 AM
Halah halah halaaaahhhh...dlm banyak² ahli senario, aku tak suka dia. Muka gatal.

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059549 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top