CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Danial Tinggal Di Jeddah Jawab Status Kontroversi Saiful Nang

28-9-2015 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 41560| Komen: 247

Oleh:  Fyruz Hanna

Ramai mengatakan tindakan jurugambar terkenal Saiful Nang, memuatnaik status mengaibkan mengenai tanah suci sebagai tindakan yang menghina malah berniat buruk.

Terkini tampil, Mohd Danial Madani bagi menjawab kembali semua tulisan Saiful Nang:




Status Saifung Nang yang dikecam oleh orang ramai

Jawapan Penuh Dari Danial

MENJAWAB BALIK STATUS SAIFUL NANG - AIB TANAH HARAM

Saya telah berhubung dengan beliau di whatsapp sebelum melakukan status ini untuk meminta penjelasan terakhir sebelum saya menulis apa-apa tentang statement atas status beliau. Saya akan fokus tentang tanah haram dan Negara Arab Saudi secara umumnya. Seperti mana tulisan beliau yang saya copy terus dari status beliau:

"Tahukah anda, terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung-kampung di sekitar Tanah Haram anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi?"

Saya yakin ramai orang Islam yang membaca tulisan ini samada yang pernah datang ke tanah haram Mekah atau belum akan rasa terkilan kerana dengan berani beilau menyebut perkara seperti ini didepan orang awam dan dibaca oleh ratusan ribu orang. Persoalan awalnya untuk tujuan apa didedahkan kepada orang awam?

Saya telah bertanya beliau apa motif status ini?
Jawab beliau:

"Supaya manusia sedar islam sudah masa untuk dibangkitkan bukan terus menerus dalam kebatilan yang nyata dihadapan mata"

Persoalanya apakah dengan cara menulis status itu adalah cara yang betul dan paling baik serta menjadi jalan untuk membangkitkan Islam? Apakah semua perkara yang kita tahu kita perlu beritahu? Dan apakah medan FB adalah tempat yang sesuai untuk menceritakan segala-galanya lebih-lebih lagi berkaitan keaiban tanah haram yang mulia?

Saya tanya lagi, apakah nama kampung yang banyak tempat pelacuran tu?
Jawab beliau:

"Tahan pemandu teksi badwi.. tanyakan sahaja tempat pelacuran disekitar perkampungan (saya tidak tulis nama kampung) dan sebuah lagi kampung jika nak ke arafah akan melaluinya. Saya pernah dengar perkara itu dan saya tanyakan orang biasa disana dan ramai mereka juga yang tahu"
Jika kita diteliti tulisan beliau seakan-akan beliau pernah pergi sendiri dan melihat, walhal beliau hanya tanya orang biasa disana (mekah) dan minta saya tanya pemandu teksi badwi. Ini jelas menunjukkan beliau tidak pernah pergi dan nampak sendiri, atau jika pernah pergi sekalipun atas tujuan apa? dan bagaimana tergamak boleh sampai ke sana dan ambil tahu keburukan-keburan tanah haram? Sepanjang saya bermuamalat dengan jemaah umrah dan haji tiada yang ringan mulut mereka mahu bercerita perkara-perkara buruk apatah lagi mahu mencari-cari keburukan dan menceritakan bila sampai ke tanah air. Na'uzubillah.

عن حفص بن عاصم رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " كفى بالمرء كذبا أن يحدّث بكل ما سـمع
Daripada Hafs bin 'Asim radiallahu 'anhu, berkata Rasulullah saw: "Cukuplah seseorang itu dianggap seorang penipu jika dia menceritkan apa sahaja yang dia dengar. (HR Muslim)

Jika ia benar sekalipun, ia tidak wajar disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah yang besar dan mengelirukan perasaan orang awam tentang kebaikan tanah haram.

الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها
"Fitnah itu sifatnya seperti sesuatu yang tidur, dan laknat Allah atas mereka yang mengejutkannya"

Kami sebagai pelajar yang duduk tanah haram pun tidak sanggup nak tahu, dan nak dengar apatah lagi menceritakan kepada orang awam kerana tiada keperluan bahkan mewujudkan perasaan benci dan sangka buruk kepada tanah suci haram. Kami tahu ada kelemahan-kelemahan atau kekurangan yang berlaku di tanah haram atau Arab Saudi yang kami nampak didepan mata sendiri, tapi kami anggap itu ialah dosa atau keburukan yang tidak dapat dielak seperti sikap orang arab yang kasar dan lain-lain, tidak pula kami mahu tangkap gambar-gambar buruk atau menyibukkan dengan bercerita tentangnya. Ini tugas kita untuk menjaga aib ini dari orang Islam sendiri atau musuh-musuh Islam.
Saya tanya beliau kenapa ambil khabar hanya dari bertanya sahaja? JIKA benar apakah wajar untuk memburukkan nama bumi haramaian di status FB? Kenapa tidak bertindak memberi teguran terus kepada pihak berkuasa?

Jawab beliau:
"Saya berani cakap kerana saya takut memfitnah tanah haram jika itu tidak benar. "All the best kami ada cara kami untuk kembalikan islam pada islam, tuan buat cara tuan, jika tujuannya sama kita akan berselisih lagi nanti"

Apakah jika tidak berani memfitnah tanah haram menjadi harus dan perlu untuk mengaibkan tanah haram? Mengaibkan tanah haram itu kenapa boleh jadi berani? Kenapa tidak diadukan kepada pihak berkuasa, samada polis sendiri, badan-badan dakwah seperti badan amar makruf nahi mungkar, maktab-maktab yang berkaitan dan banyak lagi jalan untuk berkongsi maklumat dengan tujuan mencegah kemungkaran. Bukankah itu lebih baik? Menutup aib dan menegur secara senyap. Jika tidak lebih baik DIAM dan cegah dalam hati bukan beritahu semua orang! dan bukankah lebih MENDAMAIKAN dari menyibukkan lidah menceritakan keburukan. Saya tidak dapat pastikan tentang "banyaknya" rumah pelacuran seperti yang beliau dakwa, dan saya tak nak tahu perkara-perkara buruk seperti itu. Jika ada wajib untuk simpan dan berdosa memberitahu tanpa tujuan yang jelas.

Buat pengetahuan pembaca, kerajaan Arab Saudi telah melakukan terbaik dalam urusan dakwah, banyak buku-buku agama disebarkan secara percuma dan poster-poster dakwah ditampal serta pamplet-pamplet diedarkan secara percuma untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Situasi seperti ini dirasai oleh kami sendiri yang hidup disini. Selain itu ada kereta yang meronda dikawasan pekan untuk mengajak masyarakat solat dan segera tutup kedai untuk menunaikan solat. Saya tidak pernah rasa situasi seperti ini di Malaysia malah beberapa negara yang saya pernah singgah, iaitu waktu solat dihormati sepenuhnya dan masjid dipenuhi untuk menunaikan solat dan kedai-kedai ditutup kesemunya. Subhanallah. Apakah ini bukan sesuatu yang baik dan wajar ditiru dan diikuti dan dijadikan tauladan yang baik buat semua umat Islam?

Apakah sehingga sekarang kita masih tidak sedar bahawa SYIAH LAKNATULLAH selalu memburuk-burukkan nama ARAB SAUDI bagi kepentingan nafsu dan agenda mereka? Apakah kita masih jahil bahawa IRAN sentiasa mengambil peluang untuk memburuk-burukkan negara Ahlus Sunnah seperti Arab Saudi? Bacalah kenyataan-kenyataan fasad dan batil mereka seperti yang dalam akhbar. MEREKALAH sebenarnya yang menjadi orang tengah yang memecah belahkan kaum muslimin sunni. Mereka mencari apa sahaja jalan untuk memburukkan Arab Saudi terutamanya Mekah dan Madinah agar kaum muslimin timbul rasa benci, sangka buruk dan bertelagah sesama sendiri. Hayatilah surah al-Hujurat ayat 6 yang mana Allah mengarahkan kita memeriksa (tabayyun) apa sahaja berita yang datang dari orang fasiq agar kita tidak menyesal kerana menyebarkannya.

PERSOALAN TERAKHIR:

1. Kenapa beliau menulis status diwaktu ini yang mana dunia sedang mencari-cari keburukan Kerajaan Arab Saudi dalam isu haji, ini akan menyebabkan kemarahan orang lain yang susah memahami isu dengan baik dan menyebabkan ramai orang salah faham. Apakah beliau menyimpan sesuatu dendam?

2. Apakah tanah haram itu sifatnya mensucikan? apakah semua yang duduk ditanah haram mesti kena suci dari dosa? apakah langsung tiada pelaku maksiat di zaman Nabi saw, bahkan ramai melakukan syirik menyembah berhala di kota Mekah ketika Nabi saw masih hidup? Apakah tugas dan yang dilakukan Nabi saw ketika itu?

Tidakkah beliau tahu dizaman Nabi saw ada seorang lelaki yang kuat minum arak dan telah dihukum tetapi Nabi saw tetap melarang para sahabat melaknatnya kerana kata Nabi saw

لا تلعنوه فالله ما علمت أنه يحب الله ورسوله
"Janganlah kalian melaknati beliau, demi Allah aku mengetahui bahawa beliau mencintai Allah dan Rasul" (HR Bukhari)

3. Apakah Kerajaan Arab Saudi perlu jadi sempurna sentiasa dimata beliau tanpa sedikit pun kekurangan dan kelemahan yang pasti akan berlaku? Apakah tugas orang Islam bila mengetahui kekurangan seseorang? apakah mengaibkan? menambah rosak? menjatuhkan?

عن المبارك قال : كان الرجل إذا رأى من أخيه ما يكره أمره في ستر , فيؤجر في ستره , ويؤجر في نهيه , فأما اليوم فإذا رأى أحد ما يكره استغضب أخاه وهتك ستره
Berkata Ibn Mubarak:
"Dulu, seseorang apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang dibenci diapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas teguran secara sembunyi dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi). Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang dia benci, dia membuat saudaranya marah dan dia sebarkan aibnya(saudaranya)."

Persoalan saya apakah dengan status itu akan menambah baik? atau menambah kebencian sesama muslim?

4. Apakah wujud negara yang maksum atau sunyi dari segala maksiat, dosa, dan jenayah? Apakah Mekah dan Madinah telah dijamin maksum oleh Allah dan Rasul bahawa penduduknya akan bersih dari dosa!

5. Apakah beliau dikatakan tidak bertanggungjawab jika andaikata beliau ada pekerja-pekerja yang berdosa dan melakukan jenayah walhal beliau telah melakukan terbaik untuk menjaga pekerja-pekerja beliau. Situasi yang sama, maka apakah Kerajaan Arab Saudi tidak melalukan apa-apa tindakan, arahan dan gerak kerja bagi membasmi jenayah di Arab Saudi khususnya di Mekah dan Madinah jika wujud juga rakyatnya yang melakukan jenayah?

6. Tulisan beliau di status:
"Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh nabi muhammad saw. Dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini. Suci bermakna tiada setitikpun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cicak jatuh ke dalamnya. Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5% sahaja"
Ini adalah qiyas (anologi) yang fasid, bagaimana air susu boleh diqiyaskan dengan sesebuah negara?

Apakah Tanah suci itu bermakna tiada kekotoran maksiat dalamnya? Jadi jika begitu cara fikirnya iaitu tidak sanggup minum susu yang jatuh tahi cicak, maka apakah beliau tidak sanggup juga ke tanah haram atas sebab rumah pelacur dan keburukan-keburukan lain?

7. Beliau menyatakan dengan jelas, terdapat BANYAK rumah pelacuran ditanah haram. Dimanakah bukti banyak tersebut?

Kesimpulan saya untuk isu ini, saya tidak menafikan kebaikan beliau dan ada kritikan-kritikan dalam status beliau sebelum ini yang baik dan boleh difikirkan oleh rakyat Malaysia tetapi TIDAK untuk status ini. Bahkan kami pernah berhubung sebelum ini untuk saya kongsi maklumat berkaitan Universiti Islam madinah kepada beliau TETAPI untuk isu ini saya anggap beliau tersasar jauh dan seperti yang saya sebutkan "BUKAN SEMUA PERKARA KITA KENA TAHU DAN BUKAN SEMUA PERKARA YANG KITA TAHU KITA KENA BERITAHU" - Jangan cuma jadi ahli untuk semua perkara! Contohilah akhlak lidah Imam Malik yang tidak malu untuk menjawab " Ana La Adri " saya tidak tahu walhal beliau adalah Imam Darul Hijrah!

Rasulullah saw bersabda:

من حسن اسلام المرء تركه ما لايعنيه
"Antara kebaikan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat buatnya" (HR Termizi)

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيرا أو ليصمت
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau DIAM" (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mukmin yang jauh dari hasad, dendam dan sukakan kebencian sesama muslim. Moga Allah pimpin terus hati kita untuk jadi 'agent' ISLAH dan sentiasa memberi nasihat demi Maslahat kepentingan kesatuan Umat Islam dengan cara yang betul. Saya bersedia berjumpa beliau untuk menyambung silaturrahim kerana kita masih ada banyak kerja untuk Islam dan Umat Islam kearah mengajak manusia kepada tauhid, akhlak dan Ilmu yang sahih.

Wallahu'alama bissawab

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia" ( Ali-Imran: 96)

Mohd Danial Madani,
Sabtu 26 September,
Jeddah KSA


18

Bagus
13

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
19

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanakikan 27-9-2015 02:14 PM
Ye la. Mari la kita junjung negara arab tu. Arab bangsa paling mulia kat dunia. Tp last2 main dgn maid sendiri
Quote pyropura 27-9-2015 02:17 PM
...hahaha mati2 mulayu sunni membela arob pujaannya...mekah mana ada suci lagi, penjaga tanah harom dah jadi zionis versi isle pegi bom rakyat tak berdosa...
Quote abangbikerz 27-9-2015 02:22 PM
Mcm harem je reply die
Quote hanakikan 27-9-2015 02:24 PM
Punya la nak bela arab dia tu smp keluar semua hadith
Quote kelapaparut 27-9-2015 02:24 PM
Cubela type prostitution in Saudi arabia kat google kat youtube siap ade bidio dok tgh berurusniaga,documentary pun ade uolz,mmg byk ceritenye, kat mekah pun ade tp underground,ummah meleis ni yg bajet2 suci je xtau, ye la korang kat sane dlm korang punye circle of community, mane bgaul dgn ereb lain, tu blom lg rape maid indon maid pinoy kat kota suci, sampai beranak pinak anak ereb mix indon mix pinoy
Quote Bedah.Cun 27-9-2015 02:25 PM
Paper jer lar, kau duk burukkan Syiah ker Yahudi ker, kau hengat orang pedulik? Pendek kata makin meluat dengan perangai kau sume baik Sunni, Syiah, Yahudi sume blahhh laaaahhhh neh Tanah Melayu bukan Tanah Arab!!!
Quote sabbath_shalom 27-9-2015 02:25 PM
Kalau maid yg dirogol itu dirogol di Mekah lalu melawan dan membunuh tuannye...
mesti maid tu kena potong kepala sebab tidak walak pada tuan dan pemimpin.
Quote white_musk 27-9-2015 02:27 PM
tanah haram dijunjung... suchi segala.. semua baik baik belaka... elok tiada cacat cela langsung...  tapi tak pulak dengar melayu migrate ke sana..
Quote cHimo 27-9-2015 02:31 PM
Berabisan nak pertahankan tuan arab.. Penjilat tegar
Quote taikor 27-9-2015 02:35 PM
nak pusing2 konar2 dgn ayat2 suci pulak. yg pernah kerja kat Saudi tahu lah
Quote ecahaha 27-9-2015 02:40 PM
aku tak pernah suka ng status update daripada saiful nang.. sebab tulisan dia seolah dia sangat lah bagus.. dan dia terang terangan condemn orang.. kalau dia rasa diri dia baik dia tak akan buat macam tu.. orang macam dia ni ramai stok bajet bagus, banyak ludah ke langit seolah diri sendiri tak pernah ada khilaf ala2 maksum.. orang lain atau semua yg berlaki keliling dia semua salah.. dia dengan status n kepala hotak dia je lah yg betul..
Quote makkaupurple 27-9-2015 02:43 PM
Haha nama kampung pun tak tahu..setakat dengar cakap2 orang..
Quote primemova 27-9-2015 02:44 PM
Aku pun sama.. Tulisan saiful nang pada aku sgt up kan diri dan perasan bagus
Quote spankee_fili 27-9-2015 02:46 PM
#teamSaifulNang

reply dari Jeddah nih terlalu membekap macam tutup mata dan takmo terima kebenaran....
Quote mommymonster82 27-9-2015 02:46 PM
primemova replied at 27-9-2015 02:44 PM
Aku pun sama.. Tulisan saiful nang pada aku sgt up kan diri dan perasan bagus

Yep..me pon cuba kagum dengan usaha beliau tapi tak boleh sbb terasa amat kebanggaan dia tu..
Quote taikor 27-9-2015 02:47 PM
hanakikan replied at 27-9-2015 02:24 PM
Punya la nak bela arab dia tu smp keluar semua hadith

diorang belum tengok arab simpan arak kat rumah. begi Bahrain dan negara2 jiran teguk arak siang hari, lalu imigresen pun keadaan mabuk
Quote primemova 27-9-2015 02:48 PM
Sepul nang ni dia rasa dia dh tahu segala2nya... Dpt dgr hearsay je terus gatal tgn nak canang, populariti seeker
Quote mommymonster82 27-9-2015 02:49 PM
Per2 jerlah...
Mana2 pon tetap ada org buat jahat..tp bezanya antara meluas ke tidak..ni sampi lam semak pon jadi..depan org pon xheran nk peluk2 blkg org apa lagi..
Quote nikaido 27-9-2015 02:54 PM
dia setakat interview mamat pemandu teksi sembang kencang dah boleh tulis artikel.kata fotografer, at least pergilah snap pic kat tempat pelacuran tu

Lihat semua komen(247)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.146146 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top