Fizo Omar antara individu yang gembira dengan pengumuman kerajaan apabila pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu melekat cukai jalan di hadapan cermin kereta. Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, keputusan tersebut antara usaha baik kerajaan kerana selepas ini pemilik kenderaan tidak perlu bersusah payah menanggalkan pelekat berkenaan bagi menggantikan yang baharu kerana ia melecehkan.
"Selamat tinggal cukai jalan, tak perlu dah lepas ini cukai jalan fizikal nak kena tampal di cermin kereta. Senang, jadi taklah kita susah payah nak tanggal cukai jalan terutamanya bila nak menukar yang baharu. "Lesen fizikal pun tak perlu dah selepas ini. Semua digitalkan lebih senang. Jadi tak adalah kelam kabut nak cari lesen bila ada sekatan jalan," katanya menerusi Instagram miliknya.
|
Perawankota replied at 10-2-2023 07:42 PM
Aku pon sejenis tak suka benda2 sticker ni melekat kat mana2.. Aku geli sebenarnya.. Tapi polis traf ...
DeLuna85 replied at 10-2-2023 08:13 PM
Aku pernah tertinggal lesen memandu. Polis cek guna device dorang je guna ic aku. Ada je dah lama. ...
ADVERTISEMENT