CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Terhibur Tengok Zarina Zainuddin Nak Ketuk Kepala Salina Saibi Dengan High Heels

3-2-2023 09:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2245| Komen: 4

Gelagat pelakon Salina Saibi dan Zarina Zainuddin meraih perhatian ramai yang bergaduh manja ekoran dipercayai terbawa-bawa watak dalam drama lakonan mereka.

Difahamkan, Salina membawa watak ‘penyondol’ yang menggoda suami kepada Zarina drama tersebut.



IG

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Salina memuat naik sebuah video memaparkan dirinya selesai menjalankan penggambaran untuk drama tersebut.

Dalam video berkenaan, Salina secara spontan seakan menyuarakan dialognya yang berang terhadap isteri pertama.

“Tup-tup, perempuan tua tu jugak yang dia pilih,” kata Salina sambil menunjuk kepada Zarina.

Tidak berdiam diri, Zarina secara spontan turut melayan gelagat ‘masuk air’ Salina itu sambil memegang kasut tumit tinggi.

“Dia yang ambik laki orang, dia pula nak mengamuk. Kau nampak ni tak? Sebelum aku ketuk kau dengan kasut tumit tinggi ni, baik perangai kau elok sikit ya,” balas Zarina.





Berdasarkan ruang kapsyen, Salina yang terkenal dengan watak Asisten Superintenden Polis (ASP) dalam drama Gerak Khas berkata dirinya banyak menerima tawaran menjadi penyondol.

“Alhamdulillah, Insya-Allah dalam drama je! Aamiin..” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terhibur melihat Salina dan Zarina bertekak antara mereka.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 3-2-2023 10:22 PM
haha lawak jugak... lawak sebab yang kata tu kebetulan memang ambil laki orang... dah la penuh semak samun tak tebas
Quote syidasaleh 4-2-2023 02:45 AM
dudaberhias: haha lawak jugak... lawak seba ...

Omai i cry2 kak dud. Pedas tuntas pantas gituuuu
Quote Perawankota 4-2-2023 04:59 AM
Ouchhhh.      
Quote Shayang 4-2-2023 08:44 AM
Sporting je ZZ walaupun real life dia sendiri adalah bini no 2

Sbb dia berbeza ngn hat lelain tu kawen ngn restu dan pengetahuan.
Jd takdela dia nk merempan mcm amira kat tiktok tu, org ngata ira dia lak yg terasa sbb dia pun bini no 2 drpd 4 bini.
Pastu gigihlaa duk justifikasi sana sini kononnya bini no 2 bkn begitu bkn begini..Begitu syulit menerima kenyataan kan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056227 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top