CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Shakira Dapat Petanda Suami Curang Gara-gara Jem Strawberi

18-1-2023 08:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5300| Komen: 23

Penyanyi popular, Shakira mengesan bekas suaminya, Gerard Pique berlaku curang selepas mendapati sebotol jem strawberi yang berada di dalam peti sejuk di kediaman mereka telah dimakan seseorang.

Berdasarkan laporan media, Shakira mengetahui perkara itu selepas pulang dari urusan kerja di luar negara.


IG

Penyanyi berusia 45 tahun itu ‘membocorkan’ perkara tersebut menerusi ‘hint’ yang dipaparkan dalam video muzik lagu terbarunya, Te Felicito.

Dalam video muzik tersebut, Shakira dilihat membuka peti sejuk dan menemui replika kepala rakan penulis lagu tersebut, Rauw Alejandro, membuatkan peminat dapat menangkap apa yang sedang ‘diberitahu’ Shakira.

Sebelum itu, kedengaran desas-desus Shakira mengesan bekas suaminya curang selepas pulang dari luar negara dan dia mendapat petanda itu menerusi botol jem strawberi.

“Hal ini kerana bekas suami atau dua anak mereka yang berada di rumah, tidak pernah menyukai jem strawberi. Hanya Shakira yang menggemari jem itu.


“Apabila Shakira mendapati jem strawberi itu hampir habis, seolah-olah dimakan seseorang, daripada situ dia mendapat bukti,” kata sumber.

Penyanyi kelahiran Columbia itu mendirikan rumah tangga dengan pemain pemain pertahanan Barcelona tersebut pada 2011.



Bagaimanapun, kedua-dua mereka dipercayai bercerai sekitar Julai setelah Shakira tidak lagi berkongsi gambar bersama di media sosial.

Ogos lalu, Pique mengejutkan ramai apabila berkongsi detik romantis bersama teman wanita baharu yang juga pelajar, Clara Chia Marti, 23, ketika mengunjungi Summerfest Cerdanya di Catalonia.

Dipercayai, Clara adalah wanita yang menjadi punca kepada keretakan rumah tangga mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 18-1-2023 08:52 PM
Org pompuan ni instinct mmg kuat
Quote norawestallen 18-1-2023 09:00 PM
hebat betul instinct dia. Le-do-lo-le-lo-le, le-do-lo-le-lo-le
Quote -Suri- 18-1-2023 09:20 PM
Best pulak lagu ni. Boleh masuk playlist
Quote AcikBuncit 18-1-2023 09:51 PM
Dh la ambk laki org, jem strawberi bini dia pn ko sebat... Hahaha
Quote hareeeesah 18-1-2023 09:53 PM
Cantik kayo pun tersakiti… kaya susah, miskin pun susah… cantik/ handsome susah buruk pun susah eh apa daaa beli la jam sendiri
Quote namr 18-1-2023 11:07 PM
jem org pun ko kebas dekkk..dasar birah
Quote Carcosa 19-1-2023 12:33 AM
Ex si Shakira ni, kuat ngesek kan? Yelah pucuk muda masa kawin dgn Shakira dulu.
Lepas tu brg kemas dia pun, walah size nya. Tu yg dia menggelijat cari awek student. Bolehlah melayan dia
Quote alesandra 19-1-2023 10:48 AM
bila masa deyols kawen?and... bodo hanat sgt pique  ni bawak skandal ke rumah.such a pig
Quote KirazMevsimi 19-1-2023 11:23 AM
eeee tamalu. hampir habis jem stroberi shakira ditelan nyaaaa

asbab dan petunjuk kecurangan. gituuu haha
Quote sarah_ary2 19-1-2023 03:53 PM
Shakira ni cantik nampak muda ja
Quote iolss 19-1-2023 04:51 PM
xmemasal.... dek mkn jem trs kantoi
Quote caprut 20-1-2023 02:14 PM
Kalau org melayu bini dah tahu laki dok buat seks dgn prempuan lain tnpa ikatan pon dorang okay je
Quote mizzmimi 20-1-2023 05:50 PM
Edited by mizzmimi at 20-1-2023 05:51 PM

Diorang kawen ke.. macam tak je.. cohabit je kan GP ngan shakira ni

Quote epuepy 23-1-2023 03:29 PM
Cantik Shakira ni. Suara pn unik sedap. Birah btl skandal nye. Smpai jem on ko sebat. Btl2 miskin. [em:3:]
Quote beatgirlX 23-1-2023 03:30 PM
Lagu ni catchy laaa....dia x makan usia..
Quote honey_jelly 24-1-2023 10:25 AM
celah manalah diorg kahwin, tunang je rasanya, baidewei ai #teamshakira..pique is such an asshole..pastu terdesak beli jiwa anak2 utk terima gepren dia baguslah dia dah bersara dari team espana
Quote Hoshhi 29-1-2023 03:45 PM
Shakira yang gojes dan kaya pun kena tinggai... muka gelpren pique ni muka macam Shakira jugak...
Quote linxsphynx 30-1-2023 07:18 PM
Women's instinct
Quote anony-mous 30-1-2023 11:36 PM
Sedih jd prempuan. Lawa mcm mana pon akn kalah dgn yg muda. Shakira bertiang2 lg lawa. Kalau compare umur sama masa shakira muda bertiang2 berganda2 lg lawa dari penyondol

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.087965 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top