CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

SRK Terus Call Lepas Ketua Menteri India Tanya Wartawan Siapa Shah Rukh Khan

23-1-2023 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1784| Komen: 5

Description: Ketua Menteri negeri Assam, Himanta Biswa Sarma mengemukakan soalan: “Siapakah Shah Rukh Khan (SRK)?”, sebagai jawapan ringkas kepada pertanyaan pemberita berhubung sekumpulan perusuh yang menyerbu ...
Ketua Menteri negeri Assam, Himanta Biswa Sarma mengemukakan soalan: “Siapakah Shah Rukh Khan (SRK)?”, sebagai jawapan ringkas kepada pertanyaan pemberita berhubung sekumpulan perusuh yang menyerbu sebuah pawagam yang menyiarkan filem Hindi terbaharu, Pathaan di bandar raya Guwahati, lapor agensi berita Press Trust of India semalam.


Media telah menimbulkan persoalan mengenai protes ganas oleh aktivis kumpulan Bajrang Dal kerana menyerbu sebuah pawagam di Narengi yang terletak di bandar raya Guwahati Jumaat lalu di mana filem itu dijadualkan akan ditayangkan. 



Aktivis-aktivis tersebut mengoyak poster filem itu dan membakarnya. Filem Pathaan menerima kecaman daripada sebilangan kumpulan kerana ia memaparkan babak aktres Deepika Padukone memakai bikini ketika menyanyikan lagu Besharam Rang.

Ramai pemimpin termasuk dari kumpulan nasionalis Hindu, Vishwa Hindu Parishad telah menuntut pengharaman filem itu.   


“Siapa Shah Rukh Khan?” soal Biswa Sarma ketika ditanya oleh wartawan mengenai kejadian rusuhan tersebut.

Bagaimanapun, selepas beliau membuat kenyataan tersebut, laman berita India.com melaporkan bahawa SRK kemudian menghubunginya menerusi telefon.



Ketua Menteri itu membuat ciapan di Twitter bahawa SRK telah menelefonnya dan melahirkan kebimbangan mengenai insiden di Guwahati.

Beliau kemudian memberi jaminan kepada pelakon Bollywood popular itu bahawa menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 23-1-2023 03:49 PM
kakahkah[em:4:]
Quote zuuu 23-1-2023 05:05 PM
Over ko,xkan x kenal srk kut...kalo pelakon baru yg jadi pelakon filem boleh la ko nk who r yuss,tapi aq lagi x faham kenapa rakyat india marah sanggat ngan movie ni,ada isu sensitif ke???takat deepika bikini tu bukan nye dia x penah pakai bikini sebelum ni,aq rasa movie2 dia yg lain lagi daring kut,debut dia ngan movie om shanti om tu pon leh tahan seksi dress dia,movie dia ngan laki dia tu apa ke nama movie yg tajuknya panjang tu aq dh x ingat yg ada kiss scene tu pon seksi gila pakaian dia,bukannya sebelum ni dia blakon pakai baju punjabi je[em:4:]
Quote Freezies 23-1-2023 06:17 PM
Ohh berani dia whoareyuskan SRK..siap sedialah dihencap oleh fanatik SRK..
Quote awekjepun 23-1-2023 09:35 PM
Aku rasa bukan sbb filem ni sgt pun
.tp sbb srk pergi umrah kot.
Quote anony-mous 30-1-2023 11:58 PM
Dia saja2 buat xkenal nk publisiti

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.043217 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top