Oleh : TS LOO
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, mulai Rabu kementerian terbabit akan mengaktifkan Skim Subsidi Jerebu di poliklinik dan Klinik Kesihatan Awam susulan keadaan jerebu yang semakin buruk, Terdahulu dalam posting Facebook, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Vivian Balakrishnan, berkata pelbagai agensi kerajaan telah menyediakan pelan tindakan mereka. “MOH akan mengaktifkan Skim Subsidi Jerebu bagi membantu rakyat Singapura yang memerlukan keperluan perubatan berkaitan jerebu."
Memetik laporan Bernama, Kementerian Tenaga Kerja, Persekutuan Kebajikan Singapura dan Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC) menyeru semua majikan untuk memberi penjagaan khas kepada pekerja mereka semasa tempoh ini dan sekolah pula perlu menyediakan pelan kecemasan mereka. Selain itu, Persatuan Penduduk turut akan mengedarkan bungkusan ‘We Care’ kepada pihak yang memerlukan.- CARI Infonet sumber : http://www.bernama.com/
|
10
Bagus |
14
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
2
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT