View: 2375|Reply: 1
|
Edisi Jerebu : Singapura Sedia Skim Subsidi Untuk Rakyatnya
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto : http://www.freemalaysiatoday.com/
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk, kementerian terbabit akan mengaktifkan Skim Subsidi Jerebu mulai Rabu di poliklinik dan Klinik Kesihatan Awam.
Terdahulu dalam posting Facebook, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Vivian Balakrishnan, berkata pelbagai agensi kerajaan telah menyediakan pelan tindakan mereka.
“MOH akan mengaktifkan Skim Subsidi Jerebu bagi membantu rakyat Singapura yang memerlukan keperluan perubatan berkaitan jerebu."
Memetik laporan Bernama, Kementerian Tenaga Kerja, Persekutuan Kebajikan Singapura dan Kongres Kesatuan Sekerja Nasional (NTUC) menyeru semua majikan untuk memberi penjagaan khas kepada pekerja mereka semasa tempoh ini dan sekolah pula perlu menyediakan pelan kecemasan mereka.
Selain itu, Persatuan Penduduk turut akan mengedarkan bungkusan ‘We Care’ kepada pihak yang memerlukan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|