Sejak kontroversi video panas di kelab malam pada tahun lalu, penyanyi Ismail Izzani beberapa kali mengelak dari menjawab perkara itu yang membabitkan dirinya serta kerap ‘melarikan diri’ daripada media. Menurut Ismail, 23, yang akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar, kejadian video tular tersebut benar-benar meninggalkan impak buat dirinya sehingga turut mengganggu konsentrasi kariernya. Kejadian yang berlaku bagaimanapun membuatkannya bangkit daripada kesilapan lampau, lapor Kosmo. “Perkara ini beri kesedaran buat saya. Sewaktu kejadian saya rasa kehilangan dan tidak dapat berfikir sehingga melengah-lengahkan karier. “Saya tidak merungut tetapi bersyukur atas apa yang telah berlaku kerana jika tidak saya tidak akan menjadi seperti sekarang. “Saya tetap berada di sini meneruskan karier sebagai penyanyi dan sekarang sedang menjalani penggambaran,” katanya ketika ditemui di Listening Party M16 di sini, semalam.
Disebabkan kontroversi yang berlaku, Ismail akur dengan kesilapan dilakukannya dan mahu kembali bekerja keras serta cuba menjadi yang terbaik. “Sayang juga kerana telah melengahkan karier tetapi itu pilihan yang saya buat. Jadi sekarang yang saya buat untuk bangun semula dengan lebih kuat. “Saya tidak akan pernah berhenti mempercayai diri sendiri dan akan cuba yang terbaik. Kalau orang mahu mengata saya, teruskan. Saya memang buat kesilapan,” ujar pelantun lagu Luar Biasa itu.
|
Sunkiss8999 replied at 13-1-2023 09:33 PM
Yihhh si mail dua singgit ni..duk jelah bawah ketiak suliza tu
anggeriklatifah replied at 15-1-2023 10:44 PM
Npe aku tgok dak mail cam budak kecik umur belum baligh terperangkap dlm badan dewasa..muka dia cam ...
ADVERTISEMENT