CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1141|Reply: 13

Kontroversi Beri Impak, Ganggu Karier. Ismail Izzani Tampil Jelas Keadaan Sebenar. “Perkara Ini Beri Kesedaran Buat Saya.."

[Copy link]
Post time 13-1-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode



Sejak kontroversi video panas di kelab malam pada tahun lalu, penyanyi Ismail Izzani beberapa kali mengelak dari menjawab perkara itu yang membabitkan dirinya serta kerap ‘melarikan diri’ daripada media.

Menurut Ismail, 23, yang akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar, kejadian video tular tersebut benar-benar meninggalkan impak buat dirinya sehingga turut mengganggu konsentrasi kariernya.

Kejadian yang berlaku bagaimanapun membuatkannya bangkit daripada kesilapan lampau, lapor Kosmo.

“Perkara ini beri kesedaran buat saya. Sewaktu kejadian saya rasa kehilangan dan tidak dapat berfikir sehingga melengah-lengahkan karier.


“Saya tidak merungut tetapi bersyukur atas apa yang telah berlaku kerana jika tidak saya tidak akan menjadi seperti sekarang.

“Saya tetap berada di sini meneruskan karier sebagai penyanyi dan sekarang sedang menjalani penggambaran,” katanya ketika ditemui di Listening Party M16 di sini, semalam.

Disebabkan kontroversi yang berlaku, Ismail akur dengan kesilapan dilakukannya dan mahu kembali bekerja keras serta cuba menjadi yang terbaik.

“Sayang juga kerana telah melengahkan karier tetapi itu pilihan yang saya buat. Jadi sekarang yang saya buat untuk bangun semula dengan lebih kuat.

“Saya tidak akan pernah berhenti mempercayai diri sendiri dan akan cuba yang terbaik. Kalau orang mahu mengata saya, teruskan. Saya memang buat kesilapan,” ujar pelantun lagu Luar Biasa itu.



  


  


Kata pemilik nama lengkap Ismail Izzani Zainal Nazeri itu, keputusan ‘mengunci mulut’ memang sengaja dibuat untuk meredakan keadaan yang sedang hangat.

“Dipendekkan cerita, waktu tersebut semua tengah tegang dan bagi saya semua pihak mahukan jawapan.

“Kalau saya berikan penjelasan ketika itu, rasa buang masa kerana orang akan tetap menghakimi apa saya lakukan. Saya cuba untuk mempertahankan diri dan mengakui salah saya pada ketika itu,” jelasnya.



  


Kontroversi sebegini bukan kali pertama berlaku kerana Ismail pernah dikecam berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelas malam beberapa tahun lalu.

Apapun, buang yang keruh ambil yang jernih. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2023 05:32 PM | Show all posts
eh dah sedar ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mail berlakon cerita apa pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yihhh si mail dua singgit ni..duk jelah bawah ketiak suliza tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi sekolah la budak..syush...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
usahbrisau,mama pembekap kan ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2023 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mail plis release lagu Anugerah yg jadi commercial song for BSN tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 10:16 PM | Show all posts
Sunkiss8999 replied at 13-1-2023 09:33 PM
Yihhh si mail dua singgit ni..duk jelah bawah ketiak suliza tu



mail upin ipin ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Npe aku tgok dak mail cam budak kecik umur belum baligh terperangkap dlm badan dewasa..muka dia cam dak darjah 4
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 15-1-2023 10:44 PM
Npe aku tgok dak mail cam budak kecik umur belum baligh terperangkap dlm badan dewasa..muka dia cam  ...

Hahahha kira dia babyface lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sampah sarap..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 11:42 PM | Show all posts
Dia ni kalau groom elok2 lagi 10 tahun mungkin boleh jadi top. Tapi kena jaga disiplin la lepas ni. Fokus dengan career
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 12:44 AM | Show all posts
si anju ke sape ntah penah spill tea khen kejadian lepas "kelas malam" tu heols ke hotel
apapun heols ni sesuai belakon multi character mcm jd budak sekolah-student ipt-keje
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps kes haritu, aku dah x boleh tengok si dek mail ni… zizik…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.357837 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list