CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Filem Bismillah Kunikahi Suamimu Dikatakan Persis Krisis Rumah Tangga Syamsul Yusof

13-1-2023 04:13 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1763| Komen: 5


Sebuah filem Indonesia dikatakan hampir serupa dengan krisis rumah tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan Ira Kazar bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.

Filem berjudul Bismillah Kunikahi Suamimu, karya arahan Benni Setiawan dan terbitan MD Pictures tersebut pantas menuai perhatian khalayak di gelanggang media sosial, lapor Kosmo.


“Penerbit Ira Kazaq (Kazar),” tulis seorang pengguna Twitter berseloroh.


“Sambungannya nanti ‘kutanam jasadmu di belakang dapurku’. Sesedap je nak nikah laki orang,” seloroh pengguna lain.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter lain berpendapat filem bertema sedemikian rupa sememangnya selalu dibikin produksi filem terbabit.

“Ni kalau di Malaysia ‘level’ macam syarikat David Teo. Mujur syarikat itu macam sendu sikit sekarang,” ciapnya.

Poster tertera aksi pelakon wanita sedang hamil sementelah perutnya yang membuyut diusap tangan suaminya dan orang ketiga dalam perkahwinan.



Filem yang dijangka menemui penonton 23 Februari tersebut dibintangi pelakon seperti Syifa Hadju, Mikha Tambayong dan Rizky Nazar.

Terdahulu, Puteri Sarah pernah mendedahkan, hubungan antara Syamsul dan Ira diketahuinya sehari sebelum dirinya melahirkan anak kedua, Sumayyah.

Tajuk filem pun dah bikin seram. Suratan atau kebetulan?  - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mariamariani 13-1-2023 04:26 PM
Indon bukan ke memang suka buat cerita macam ni ke
Quote darling0802 13-1-2023 05:33 PM
sampai ke filem indon pun nak berkait jugak.. nak jugak tu,sambil nyelam minum ayaq
Quote misszaitun 14-1-2023 12:34 AM
Tak ada mood nak layan filem curang2 ni..sakit hati je
Quote sora13 14-1-2023 12:38 AM
Iols rasa filem lebih similar to filem Stepmom yang dilakonkan oleh Julia Robert tu. Isteri ada kanser dan minta best friend kahwin dgn husband supaya boleh jaga anak2 dia bila dia dah mati nanti or something like that. Ingat2 lupa dah filem tu.
Quote Inigo-Montoya 14-1-2023 10:20 PM
sora13 replied at 14-1-2023 12:38 AM
Iols rasa filem lebih similar to filem Stepmom yang dilakonkan oleh Julia Robert tu. Isteri ada kans ...



ada drama melayu i pernah tengok.. isteri tua intan ladyana sakit.. yg nurse untuk rawat tu nora danish tak silap.

last2 dia goda laki intan sampai terlanjur...laki intan tu beto..lepas tu dia cuba bunuh intan tolak whell chair.tapi i tak tengok habis

jadinya, cerita atas ni pun lebih kurang....bukannya scandal senyap2 lepas tu kawin pun

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.048076 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top