View: 1242|Reply: 5
|
Filem Bismillah Kunikahi Suamimu Dikatakan Persis Krisis Rumah Tangga Syamsul Yusof
[Copy link]
|
|
Sebuah filem Indonesia dikatakan hampir serupa dengan krisis rumah tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah dan Ira Kazar bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.
Filem berjudul Bismillah Kunikahi Suamimu, karya arahan Benni Setiawan dan terbitan MD Pictures tersebut pantas menuai perhatian khalayak di gelanggang media sosial, lapor Kosmo.
“Penerbit Ira Kazaq (Kazar),” tulis seorang pengguna Twitter berseloroh.
“Sambungannya nanti ‘kutanam jasadmu di belakang dapurku’. Sesedap je nak nikah laki orang,” seloroh pengguna lain.
Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter lain berpendapat filem bertema sedemikian rupa sememangnya selalu dibikin produksi filem terbabit.
“Ni kalau di Malaysia ‘level’ macam syarikat David Teo. Mujur syarikat itu macam sendu sikit sekarang,” ciapnya.
Poster tertera aksi pelakon wanita sedang hamil sementelah perutnya yang membuyut diusap tangan suaminya dan orang ketiga dalam perkahwinan.
Filem yang dijangka menemui penonton 23 Februari tersebut dibintangi pelakon seperti Syifa Hadju, Mikha Tambayong dan Rizky Nazar.
Terdahulu, Puteri Sarah pernah mendedahkan, hubungan antara Syamsul dan Ira diketahuinya sehari sebelum dirinya melahirkan anak kedua, Sumayyah.
Tajuk filem pun dah bikin seram. Suratan atau kebetulan? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Indon bukan ke memang suka buat cerita macam ni ke |
|
|
|
|
|
|
|
sampai ke filem indon pun nak berkait jugak.. nak jugak tu,sambil nyelam minum ayaq |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada mood nak layan filem curang2 ni..sakit hati je |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasa filem lebih similar to filem Stepmom yang dilakonkan oleh Julia Robert tu. Isteri ada kanser dan minta best friend kahwin dgn husband supaya boleh jaga anak2 dia bila dia dah mati nanti or something like that. Ingat2 lupa dah filem tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ada drama melayu i pernah tengok.. isteri tua intan ladyana sakit.. yg nurse untuk rawat tu nora danish tak silap.
last2 dia goda laki intan sampai terlanjur...laki intan tu beto..lepas tu dia cuba bunuh intan tolak whell chair.tapi i tak tengok habis
jadinya, cerita atas ni pun lebih kurang....bukannya scandal senyap2 lepas tu kawin pun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|