Pasti ramai tahu, sejak kebelakangan ini pelakon Zarina Anjoulie menjadi bualan apabila berkongsikan momen bahagianya bersama kekasih baru dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey dan bakal berkahwin tidak lama lagi.
Memetik portal Xtra, baru-baru ini Elzey seolah memberi amaran kepada bekas isterinya agar tidak mengganggu hubungannya bersma Zarina atau lebih mesra disapa Anju.
Menerusi perkongsian di TikTok story, kekasih Anju mendakwa telah jatu talak tiga kepada bekas isterinya kerana nusyuz sekaligus hilang gelaran ‘Datin Seri’.
“Kepada bekas isteri, setelah gugur talak tiga keatas kamu kerana nusyuz dan derhaka maka gugurlah title kamu sebagai Datin Sri. Saya mohon jangan kamu ganggu kekasih saya kelak nanti akan menjadi lebih parah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Elzey juga berharap bekas isterinya itu meneruskan kehidupan dan bertaubat serta tidak mengganggu mereka.
“Just move on dan kembali bertaubat kepada Allah. Move on dan jangan ganggu kami,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun, hasil pencarian mendapati video tidak tidak lagi kelihatan berkemungkinan telah dipadam.
Terdahulu, Zarina berkongsi berita gembira apabila dilihat sudah menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagianya.
Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra.
Pada 20 Julai 2020 pula, Zarina berkahwin buat kali kedua dengan Eilyas Azhar, bagaimanapun mereka bercerai dua kali pada Februari dan Mei tahun lalu. - CARI