Penyanyi sensasi Baby Shima tampil menempelak netizen yang ‘mencari pasal’ dengannya di media sosial. Dalam video terbaru dikongsi menerusi Instagramnya, Baby Shima mendedahkan wajah netizen berkenaan.
Menerusi tangkap layar komen netizen yang dimuat naik, individu dikenali sebagai @hyunmoyyyy itu menggelar Baby Shima sebagai wanita yang semakin tidak mempunyai perasaaan malu. Tidak berdiam diri, Baby Shima memuat naik akaun pemilik wanita itu serta menyifatkan penampilannya yang dilihat lebih ‘terdedah’ berbanding apa yang dipaparkannya selama ini. Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen memberikan sokongan terhadap Baby Shima, malah ada yang turut mempersoalkan jantina sebenar netizen wanita tersebut. Sumber: Murai
|
dudaberhias replied at 13-1-2023 02:46 AM
comeon lah baby shima kot... bukannya heliza si mata ikan buntal...
memang la heshe tak tahu malu.. ...
ADVERTISEMENT